
Isi Kandungan
ToggleIni cara senang perangkap nyamuk untuk anda yang rumahnya selalu ada nyamuk. Jenuh juga kalau setiap malam nak kena sembur dulu sebelum tidur, tambah pula kalau anda ada anak kecil. Jimat tak perlu beli racun penyembur.
Jadi macam elok sangatlah kalau Hakak kongsi tip ini demi tepis segala penyakit yang puncanya dari seekor nyamuk. Jom semak, apa yang anda perlu…
Sediakan bahan-bahan ini ya…
200 ml air
50 gram gula perang
1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya)
1 botol plastik 2 liter
Cara nak perangkap:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher.
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu gaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Serius, kaedah perangkap nyamuk ini sangat berkesan, sila cuba demi nyawa orang tersayang!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilunya Hati Hilang 4 Ahli Keluarga Dalam Tempoh 2 Jam, Termasuk Anak Sulung 6 Bulan & Isteri Tercinta

Isi Kandungan
ToggleTak dapat digambarkan dengan kata-kata jika dikhabarkan dengan berita sebegini. Pilunya rasa hati, apabila kehilangan empat orang ahli keluarga secara serentak, lebih-lebih lagi melibatkan orang-orang tersayang. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaan Mohamad Fazzli Toriman, 30 yang kehilangan empat ahli keluarganya serentak selepas terbabit dalam kemalangan maut membabitkan lori dan kereta di Sabak Bernam, semalam.
“Dalam tempoh dua jam, saya kehilangan empat ahli keluarga tersayang, terutama anak sulung (Aniq Anaqi) yang baru sahaja memasuki usia enam bulan,” katanya.
Mohamad Fazzli yang juga suami kepada Munira Abd Rahim, 30, salah seorang mangsa kemalangan maut Kilometer (KM) 43, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang, tengah hari semalam.Turut terkorban ibu bapa Munira, Abd Rahim Abd Ghani, 61 dan Siti Fatimah Amat, 55 yang juga maut di lokasi kejadian. Kejadian itu turut mengorbankan anak sulungnya Aniq Anaqi, yang meninggal dunia dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ).
Sempat Cium & Peluk Anak
Ketika ditemui pemberita di Bilik Mayat HTAJ, Mohamad Fazzli berkata, dia sempat mencium dan memeluk anaknya sebelum bertolak ke tempat kerja di Teluk Intan.
“Saya sempat berpesan kepada isteri (Munira) untuk berjumpa di kampung Khamis ini sebelum mereka bergerak dari rumah pada jam 10 pagi.Namun, tidak sampai dua jam, saya mendapat panggilan dari abang, Mohamad Fauzie, 36, yang memaklumkan isteri saya, anak dan ibu bapa mentua terbabit dalam kemalangan dan ketika itu, saya berasakan dunia gelap sebentar,” katanya.
Tidak Sangka Dapat Panggilan Mengejutkan
Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohamad Faeeiz, 22 berkata, dia tidak menyangka panggilan yang diterima dari telefon bimbit Munira adalah panggilan yang mengejutkan buat mereka sekeluarga.
“Pada mulanya, saya ingatkan kakak ipar (Munira) menghubungi saya kerana ada perkara mustahak. Namun, jangkaan itu meleset selepas orang awam menggunakan telefon bimbit kakak ipar dan memberitahu dia dan ahli keluarga lain terbabit dalam kemalangan.
“Malah, saya meminta individu itu mengesahkan kejadian berkenaan dan dia membacakan maklumat kad pengenalan kakak ipar. Ketika itu, badan terasa lemah apabila mengetahu kejadian itu,” katanya.
Mohamad Faeeiz berkata, dia turut terkilan kerana tidak sempat berjumpa Aniq Anaqi sejak anak saudaranya itu lahir enam bulan lalu. Jenazah keempat-empat mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lorong Tujuh, Kampung Sungai Sireh, Sabak Bernam, malam tadi.
Kereta Terbabas Rempuh Lori
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata,
“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Kancil terbabit terbabas ke laluan lori sebelum merempuh bahagian hadapan kenderaan berat itu, namun siasatan lanjut masih dilakukan.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala bayi terbabit meninggal dunia di hospital.”
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati salah seorang penumpang hadapan Perodua Kancil itu tersepit.
“Anggota kami kemudian menggunakan alat pemotong hidraulik bagi mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian yang menimpa. AlFatihah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idola

Isi Kandungan
TogglePelakon yang begitu popular kerana suka berkongsi cara memasak di akaun Instagram miliknya, Datin Paduka Eina Azman, 25 atau lebih mesra dengan panggilan Eina Azman yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef sedikit pun tidak kekok menguruskan rumah tangga walaupun berkahwin dalam usia muda.

Mengimbas kembali kisah yang pernah dikongsikan bersama Mingguan Wanita ketika menjayakan sesi fotografi majalah MW sebelum ini, pelakon cantik ini berasa sangat bertuah kerana pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden begitu memahami dan sentiasa menyokong segala aktiviti yang dipilihnya terutama yang berkaitan seni dan juga perniagaan.
Malah Eina juga akui begitu selesa dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun aktiviti harianya begitu padat namun Eina begitu bijak membahagikan setiap kerjayanya.
Bayang Pedihnya Kulit Berdarah Baby Afiya, Eina Azman Terus Hulur Bantuan
Ibu Idola, Eina Cekap Kendalikan Rumah Tangga
Mengusik Eina bagaimana dia cekap dalam mengendalikan rumah tangga memandangkan dia berkahwin dalam usia muda.
Eina menerangkan ibu (panggilan Mummy) merupakan idolanya dalam menguruskan rumah tangganya.
“Segalanya saya mulakan dari bawah. Saya ni bukannya jenis yang terus pandai memasak. Saya belajar perlahan-lahan. Sifu saya merupakan Mummy.
“Sejak kecil saya lihat Mummy menguruskan rumah tangga dengan baik. Setiap hari bapa saya akan bawa bekal yang dimasak Mummy ke pejabat. Mummy juga selalu pesan ikat perut suami dengan air tangan sendiri.

Masa Baru Kahwin Cuma Pandai Masak Tiga Lauk
“Masa baru-baru kahwin saya cuma tahu masak tiga lauk saja. Kemudian perlahan-lahan saya belajar masak menerusi Internet dan paling penting banyak bertanya kepada Mummy.
“Pernah suami teringin nak makan Nasi Dagang, saya belajar masak nasi tersebut, alhamdulillah menjadi dan suami pun suka. Saya juga sangat bersyukur dalam penjagaan anak-anak saya memang perlukan pembantu dan saya memang kesian nak tinggalkan anak lama-lama,” ungkap Eina lagi.


Kongsi Resipi

Antara resipi yang pernah Eina kongsikan di akaun Instagram miliknya;
Resipi Sayur Asparagus Bersama Tauhu

Bahan – Bahan :
•300g asparagus
•2 kiub tauhu
•100g cendawan
•50g isi ayam
•4-5 ulas bawang putih (dicincang)
•2 lada merah (dihiris)
•1 sudu makan lada sulah
•2 sudu makan MAGGI CukupRasa
•2 sudu makan sos tiram
Cara Nak Masak :
1: Goreng tauhu sehingga keemasan dan angkat ketepi
2: Panaskan minyak dan masukkan isi ayam
3: Lepastu masukkan bawang putih dan cendawan
4: Masukkan sayur asparagus
5: Masukkan sos tiram
6: Masukkan MAGGI CukupRasa
7: Masukkan sedikit lada sulah lepastu masukkan tauhu yang dah digoreng tadi
8: Last sekali, masukkan hirisan lada merah. Kacau kesemua sehingga rata. IT’S DOOOONE!
Lebih 410 000 Views Perkongsian Resipi Nasi Goreng Petai Pelakon Eina Azman Ni, Aduhai Sedapnya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Pedas Asam Jawa Original Thai, Sesuai Dibuat Bahan Pencicah Segala Jenis Daging

Isi Kandungan
ToggleSos pedas asam jawa resepi original dari Thailand ini memang unik dan mudah saja nak buat. Enak dinikmati bersama daging bakar, ayam panggang, kambing golek, ikan stim, ulam-ulaman, malah keropok mahupun udang atau sotong celup tepung.
Wanita yang menetap di Thailand ini, Puan Suttarat Wan Hanifah berkongsi resepi dan cara-cara membuatnya. Wanita ini yang lebih mesra dipanggil Iffah anak jati kelahiran Kelantan. Berjodoh pula dengan orang Thailand dan sekarang menetap di sana.
“Ini resepi TAMARIND Sauce (nam chim jeal) enak dimakan dengan daging/ayam panggang. Best sangat. Made in Thailand uolss. Sapa tak try rugi.”
Bahan-bahan
? 2 sudu besar air asam jawa
?1 sudu kecil nisan kabong (jika tak de uolls pakai gula perang yea)
?1 sudu besar kicap sotong
? 1 sudu besar bawang merah yang siap dimayang
? 1 sudu besar lada kering yang dikisar (yang ni readymade)
? Beras goreng (readymade) jika kat Malaysia tak de uolls boleh ambil beras goreng tanpa minyak kemudian kisar.
? 1 pohon daun bawang (dihiris)
? 1 pohon daun sup (dihiris)
Cara Buat
1. Masukkan semua bahan kecuali daun-bawang, daun sup dan bawang merah. Gaul sebati(campuran ni uolls boleh simpan dalam peti sejuk jika tak nak dihidangkan lagi)
2. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang merah kacau kemudian hidangkan.???
Nota: Bila nak makan barulah hiris daun bawang,daun sup dan bawang merah.

Nota:
√ Sedap dimakan dengan ulam.
√ Jika di Thailand, sos ini diratah begitu saja. Sedap!
√ Antara ulam yang enak dimakan bersama sos pedas asam jawa Thai ini timun, kubis, daun salad dan lada hijau yang kecil tu.
√ Jika disimpan dalam chiller boleh tahan seminggu.
Specialnya Sos Pedas Asam Jawa Ni
√ Menambah rasa makanan.
√ Kurangkan bau daging seperti ayam,lembu,kambing dan ikan.
√ Bila makan berjemaah seronok sikit sebab bila makan macam nak berebut-rebut.
√ Yang penting lagi menu ni kalau orang nak turunkan berat badan sesuai untuk dijadikan meal terakhir iaitu waktu petang sebab lebihkan protein dan sayuran (ulam-ulam yang dimakan bersama)
Sumber/Foto: FB Suttarat Wan Hanifah – Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI