Tak Guna Jadi Suami, Tapi Tak Pertahankan Isteri

Share

Begitulah antara dialog yang dilontarkan oleh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang melakonkan watak Dian. Sewaktu scene berbual dengan abangnya, Affan lakonan Saharul Ridzwan yang tak pertahankan isteri sendiri, Fira.

Perbualan antara abang dan adik ini meninggalkan kesan di hati para penonton setia, drama bersiri Sabarlah Duhai Hati. Apabila Fira, lakonan Amyra Rosli melarikan diri dari suaminya.

Tak Pertahankan Isteri

Babak sedemikian hakikatnya, berlaku juga pada dunia realiti. Apabila segelintir suami yang terlalu terlalu ego dengan perasaan sendiri.

Dan menganggap diri selalunya betul. Hinggakan apabila berlakunya konflik, suami masih tetap menyalahkan isteri.

Dian marah Affan jadi suami tapi tak boleh buat apa-apa Sabarlah Duhai Hati. “ Demikian hantaran Puteri Sarah di instagramnya.

Dialog Tiada Dalam Skrip

Malah akuinya, dialog yang diucapkan itu tidak ada di dalam skrip pun. Sebaliknya ditambah baik sebaik dia memahami gambaran situasi yang diberikan oleh pelakon Saharul Ridzwan.

Sejujurnya dialog yang dilontarkan datang dari Puteri Sarah tp dalam jelmaan Dian. Dialog kebanyakkan takde dalam skrip, kami improvised dialog sendiri. masa nak shoot scene ni, I bgtau @saharulridzwan boleh tak bagi moment kat i untuk i feel scene ni. Saharul kata ok, take your time. Maka terjadilah scene ni sampai tak tahan air mata kami berdua nak keluar. Kita berdua je tau beb @saharulridzwan.

Wahai para suami diluar sana… janganlah jadi buta… pertahankan isteri anda bila nampak kejahatan tu di depan mata DIAN MARISSA.” kongsi Puteri Sarah lagi.

Sebak sebenarnya babak teguran adik pada abangnya ini. Hinggakan ada yang mengalirkan air mata kerana begitu terkesan dengan derita hati yang dilalui Fira.

Malah, ada juga yang menyebut ipar sebeginilah yang dicari-cari. Menjadi pendamai dalam sesebuah rumah tangga.

Drama bersiri slot Akasia ini juga dibintangi oleh Fadilah Mansor, Iman Suhana, Izzue Islam, Haleeda Mazlin, Emelda Rosmila, Marisa Yasmin, Azri Iskandar, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Puteri Sarah Bebas Covid-19

Terbaru, Puteri Sarah yang disahkan Positif Covid-19 memaklumkan dirinya sudah pun bebas daripada virus berkenaan.

Sepanjang tempoh kuarantin itu, ibu kepada dua orang anak ini, Syaikhul Islam dan Sumayyah mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuhnya.

Malah deria rasa dan bau juga semakin baik. “Sentiasa positif itu kunci dia.” Akuinya lagi.

Sumber/Foto : Puteri Sarah Liyana

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN