“Tak Ada Nak Lelong Rumah” itulah antara luahan penyanyi dan pelakon Kilafairy. Kila berasa terkejut apabila ada yang mendakwa rumah milik arwah ibunya Rohana Jalil akan dijual.
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Kilafairy mengakui dirinya menjaga baik rumah milik arwah ibunya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
Malah Kila juga menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan segala butiran informasi yang diiklankan di media sosial itu bercanggah dengan fakta sebenar.
“Siapa cakap ni? Pandai-pandai sahaja. Mama (Rohana) meninggal dunia bukan sebab paru-paru.
“Kaya betullah kalau ini rumah saya.
“Lagi pun rumah Mama bukan seperti alamat yang tertulis.
“Setakat ini, tak ada lagi nak lelong rumah.
Saya cuma ada sebuah rumah milik mama yang saya tinggal sekarang dan saya takkan jual,” luah Kilafairy.
Pada masa sama, Kila juga menegaskan dia dan bapanya Jahangir Khan pada waktu ini tinggal di kediaman milik arwah ibu.
“Rumah mama ada sahaja lagi, saya tinggal bersama papa di sini dan dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah semua urusan harta mama sudah diselesaikan mengikut hukum,” kongsi Kila yang sudah menguruskan segala harta pusaka milik arwah Rohana.
Untuk makluman sebelum ini menerusi hantaran di Facebook Selangor Auction Property, rumah banglo 2.5 tingkat lot sudut yang terletak di SS18, Subang Jaya itu dilaporkan telah didaftarkan atas nama arwah bersama seorang ahli keluarga dipercayai anaknya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang membuat tekaan banglo mewah itu adalah milik Allahyarham penyanyi Rohana Jalil.
Sumber : mStar Online
Baca Disini : “Sekejap Je Allah Pinjamkan Mama Untuk Adik Dekat Dunia Ni,” Kilafairy
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.