
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.
Syida Melvin Failkan Cerai Terhadap Suami

Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.
“Syida yang failkan cerai pada Disember tahun lalu, tapi sebutan pertama baru dijalankan pada 2 April lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Jamaliah turut memaklumkan perbicaraan kes berkenaan juga pernah ditangguhkan sebelum ini sebagai usaha untuk berdamai.
“Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tetapi Syida nekad untuk teruskan (penceraian) juga,” ujarnya.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.
Gambar: Syida Melvin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




