Selebriti

Penat Simpan Nak Tutup Aib, Akhirnya Syida Melvin Buka Mulut Isu Rumah Tangganya

Share

Pergolakan rumah tangga adik kepada pelakon wanita, Syida Melvin kembali menjadi perhatian ramai. Difahamkan, wanita itu telah memfailkan penceraian pada Disember 2025 dan prosiding mahkamah masih berjalan sehingga kini.

Penat Simpan Nak Tutup Aib

Walaupun belum ada keputusan rasmi dikongsikan oleh mana-mana pihak, hantaran yang dimuat naik Syida semalam bagaimanapun mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pengikut.

“Tak sangka aku kena jadi pengemis dalam syarikat yang ada nama aku,” tulisnya.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Syida meluahkan rasa kesal kerana dia seolah-olah hilang hak ke atas syarikat yang dahulunya dibangunkan dengan 50% modal sendiri.

Akhirnya Syida Melvin Buka Mulut Isu Rumah Tangganya

Dia berkata individu bernama “SS” tidak mengendalikan aliran wang syarikat dengan betul, termasuklah membiarkan tunggakan hutang. Selain isu syarikat, individu berkenaan didakwa sempat tinggal di rumah kelamin mereka tanpa melunasi bayaran bulanan sehingga pihak Syida dikejar bank.

“Benda ni semua libatkan duit. Hutang, bank cari aku. Minta elok-elok tak layan.”

Selama ini, Syida sudah berusaha mengunci mulut dan enggan isu peribadi tersebut menjadi pengetahuan umum.

Namun kali ini, adik kepada Syatilla Melvin ini menyifatkan pihak SS seakan-akan mencabar kesabaran yang sudah lama disimpan.

Syatilla Melvin Tampil Bersuara

Malahan pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin juga tampil memberikan amaran kepada seorang individu berinisial SS yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap adiknya, Syida Melvin.

Adiknya mempunyai sistem sokongan yang sangat kuat dan tidak akan dibiarkan menghadapi kemelut tersebut sendirian.

Mangsa gangguan personaliti narsisistik (NPD) (Syida) kali ini mempunyai sistem sokongan yang amat dahsyat! Awak ada siapa?

“Saya rasa orang luar pun tahu macam mana rapatnya kami adik-beradik.”

Malah, Syatilla berkata Syida juga mempunyai kekuatan mental yang kuat dan tidak akan sesekali hilang kewarasan hanya kerana berdepan dengan individu narsistik.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut memberi peringatan agar individu terbabit berfikir panjang sebelum berniat untuk menyakiti atau menganiaya adiknya lebih jauh.

“Kalau orang lain mungkin dah gila tapi adik saya takkan gila sebab dia tahu tak berbaloi langsung.

“Dia tahu kakak-kakak dia akan memperjuangkan untuk dia dan anak-anaknya.

“Jadi, minta berfikir banyak kali ini sebelum nak aniaya dia.

Kata Syatilla, dia sememangnya bukan seseorang yang suka mencampuri urusan rumah tangga orang lain, namun baginya, kes NPD merupakan satu pengecualian.

Kalau melibatkan benda lain saya memang tidak kuasa nak campur hal rumah tangga orang tapi NPD kes yang istimewa.

“Darah daging aku tu. Awak silap sebab bonding kami adik-beradik terlalu luar biasa.”

Sebelum ini Syida meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya dizalimi oleh seorang individu berinisial SS yang dipercayai merujuk kepada suaminya.

Apa pun yang dialami keluarga ini, kita doakan semoga urusan Syida Melvin dipermudahkan dan tidak semakin keruh.

 

Published by
Nadia Mohamad