Syed Saddiq bersyukur dibebaskan, dilihat memeluk ibu tanda syukur. Hari ini adalah hari paling bahagia buat ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilepas dan dibebaskan daripada empat sabitan kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), tujuh tahun lalu.
Dilihat meraup wajahnya selepas Hakim membacakan keputusan itu, dirinya kemudian dilihat memeluk ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz yang setia menanti di setiap perdengaran kesnya. Momen bahagia dua beranak itu diperhatikan penuh setia oleh Bella Astillah yang dilihat semakin akrab dengan ahli Parlimen Muar ini hingga mendapat julukan BASS.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara memutuskan bekas menteri Belia dan Sukan itu tidak bersalah sekali gus menerima rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.
Turut bersidang Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
“Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang. Jelasnya, tindakan memerintah atau mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana.
“Pendakwaan gagal membuktikan niat tidak jujur Syed Saddiq ketika memberikan arahan supaya wang RM1 juta itu dikeluarkan daripada dana Armada.
“Susulan itu, perayu iaitu Syed Saddiq Syed Saddiq dilepaskan dan dibebaskan daripada sabitan bersalah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta,” katanya.
Sebelum ini, Syed Saddiq memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
Syed Saddiq didakwa bersubahat bersama bekas Penolong Bendahari ARMADA Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana ARMADA berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.