Sememangnya sweet dalam rumah tangga ini berbeza ikut persepsi setiap pasangan, paling manis waktu susah sebenarnya tatkala kita terima seadanya. Oleh sebab itu tak perlu cemburu orang lain sweet dengan pasangannya.
‘Sweet’ dalam rumah tangga mungkin berbeza mengikut persepsi setiap pasangan. Ada yang rasa sweet bila dapat bunga setiap kali Valentine Day.
Ada yang rasa sweet bila pasangan kita ingat birthday kita. Ada yang rasa sweet bila kita selalu dapat hadiah dari pasangan. Lalu kita tunjukkan pada umum, betapa sweetnya pasangan kita.
Hingga kita lupa, ‘sweet’ itu milik kita dan pasangan kita, bukan untuk ditayang untuk tontonan umum. Kerana bimbang ianya disalah erti oleh orang yang melihat, lebih takut jika diri sendiri menjadi riak dan berlagak bila segala kebahagiaan dipaparkan.
Sweet Dalam Rumah Tangga Berbeza
Tahu tak? Ada sesuatu yang lebih ‘sweet’ dalam hubungan suami isteri, yang jarang kita tunjukkan pada umum. Pada kita itu tak layak dipaparkan, tapi itulah ‘sweet’ yang sebenarnya. Itulah gaduh-gaduh manja laki, bini kata orang.
(1) Bila gaduh itu, mulut kata menyampah, tak nak pandang muka dia. Tapi masa makan, ajak juga.
(2) Bila gaduh itu, tarik selimut bantal tidur tempat lain, tapi tak boleh nak lena sebab yang sebelah itu tak ada.
(3) Bila gaduh itu, rasa macam lantaklah apa hendak jadi dengan dia, tapi bila dengar dia batuk tersedak, jenguk juga kan, pasang telinga juga kan.
(4) Bila gaduh tu, dia duduk depan, kita duduk belakang. Dia datang belakang, kita lari ke depan. Tak nak tengok kononnya. Tapi bila tak nampak, tercari-cari pula.
(5) Bila gaduh itu tak nampak sudah semua yang baik. Semua buruk saja sudah. Tapi bila tengok dia lena tanpa bantal, kejutkan pula suruh tidur dekat katil elok-elok.
(6) Bila gaduh, marah tak sedar diri. Bila berbaik, pun tak sedar diri juga.
Masa Susah Paling Sweet
‘Sweet’ berpasangan ini adalah pada masa susah sebenarnya. Masa sama-sama masih terkontang-kanting mencari arah hidup, masa masing-masing masih naik motor, berhujan berpanas.
Masa mula-mula ada anak, masing-masing tak cukup rehat, asyik nak marah saja. Semua itu akan jadi kenangan paling ‘sweet’ bila kita sudah hidup lama dengan pasangan kita.
Tengok saja mak, ayah kita yang sudah tua dekat kampung. Tiap kali kita balik, masing-masing mengadu. Ayah kamu macam itu, mak kamu macam ini. Macam-macamlah.
Tapi bila hendak ke mana-mana, pasangan merekalah yang mereka cari dulu. Kalau tak nampak mak, mulalah ayah tu tanya, “Mak kamu mana?” Macam itu juga mak.
Bila tak nampak ayah, mula tanya anak-anak, “Ayah kamu mana?” Walhal baru lepas marah tu.
Makin Lama Makin Sweet Rumah Tangga
Makin lama hubungan suami isteri tu, makin ‘sweet’. Mak ayah kita yang sudah tua itu, merekalah paling ‘sweet’ sebenarnya. Kalau salah seorang sudah tak ada, anak-anak ajaklah duduk rumah anak-anak tapi selalu ditolak, kenapa?
Lepas itu kalau datang rumah anak-anak, paling lama seminggu dia sudah kalut nak balik rumah dia sendiri. Kononnya risau ayam, itik tak makan, risau pokok bunga tak berjirus.
Padahal ramai saja geng mereka dekat kampung itu boleh tolong bagi ayam, itik makan, boleh tolong jiruskan pokok bunga. Itu cuma alasan.
Yang sebenarnya, mereka tak boleh berjauhan dari tempat mereka dan pasangan mereka hidup bersama, dari dulu hingga salah seorang pergi menghadap Ilahi. Mereka rindu.
Mereka rindu. Percayalah, hanya itu sebabnya. Rumah itulah kenangan kehidupan mereka dengan pasangan.
Saya mengenali seseorang ini, umur sudah 70-an. Suaminya masa hidup telah memadukannya. Dia ditinggalkan, digantung tak bertali. Dirinya tak mendapat hak sepatutnya bersama 5 orang anak.
Itu cerita dulu. Suaminya pun sudah meninggal dunia, anaknya pun sudah besar. Dia sudah bercucu pun. Tapi setiap kali melihat makanan kegemaran arwah suaminya, pasti dia akan sebut “Arwah abang dulu suka makan ini”.
Nampak tak? Benci dan marah macam mana pun, kalau kita ikhlas sayangkan pasangan kita, kita tetap ingat dia. Hati tak tenang kalau tak jumpa seharian.
Farizal Radzali
MW: Sweet dalam rumah tangga ini berbeza ikut pandangan masing-masing. Oleh itu hargailah pasangan seadanya dan cara sweet masing-masing.
Selepas kehilangan neneknya pada Ogos lalu, pelakon Daler Yusof sekali lagi diuji dengan pemergian bapanya, Dusmat Hamroyev, 54, yang meninggal dunia di Uzbekistan, semalam.
Menurut Daler, kematian bapanya disebabkan jangkitan Covid-19, sama seperti arwah neneknya sebelum ini.
Pelakon kacak yang pernah popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta itu berkongsi khabar duka tersebut menerusi laman Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan agar dia terus kuat berdepan ujian itu.
“Ini adalah tahun paling sukar untuk saya lalui. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.
“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian, tapi saya percaya ALLAH lebih sayangkan dia.
“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Minta semua doakan saya dan keluarga kuat,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama arwah bapanya.
Terdahulu pada 7 Ogos lalu, nenek Daler, Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan disebabkan Covid-19.
Menerusi perkongsian MALBATT 850-7, anggota pengaman MALBATT 850-7, Lans Kopral (LKpl) Mohd Noh Samsudin sedang menjalankan amanah negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan selama setahun.
Kepulangan dia ke tanah air kali ini menjadi penghormatan terakhir seorang suami buat isteri tersayang, Norhidayah Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Semoga allahyarhan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas hampir seminggu koma, penyanyi dan juga peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.
Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak Sabtu lalu selepas mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu lalu.
Allahyarham yang juga anak penyanyi kelahiran Sabah itu merupakan artis naungan syarikat rakaman Sony Music dan dikenali ramai menerusi lagu Hey Kau.
Berita duka tersebut dikongsi rakan-rakan seperjuangan Sandra dalam program Big Stage 2020 menerusi laman sosial masing-masing awal pagi tadi, diikuti rakan-rakan artis yang turut terkesan dengan pemergian mengejutnya itu.
Antara rakan artis seangkatan yang begitu terkesan dengan pemergian Sandra ialah penyanyi Sarah Fazny, menerusi entri di Facebook, Sarah menerangkan Allahyarham merupakan seorang rakan yang baik.
“Perjuangan dia dalam industri dah berakhir. Tapi doa doa dr orang yang mengenali dia tak pernah berakhir InshaAllah. “In person arwah sangat baik, tak suka cakap pasal orang, sentiasa positif. “Susah senang sama nak naik dulu kita je tau. “Kereta mati, tak ada minyak nak ke photoshoot. “6 hari you fight di ICU. It is time untuk you berehat. “”Tenang lah kau B di sana, semoga Allah sentiasa merahmati Rohnya. “Al-Fatihah buat Alessandra Dianne ️” – Sarah Fazny
Antara rakan artis lain yang turut meluahkan kesedihan;
Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai Mentor Legend 2014 dan menjadi protege kepada Dayang Nurfaizah.
Jenazah Sandra Dianne juga akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.
Salam takziah juga kami daripada Mingguan Wanita ucapkan buat keluarga Sandra dan mohon kita semua mendoakan agar roh Allahyarhamah Sandra dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sumber Foto: Facebook Sarah Fazny dan Instagram Sandra Dianne Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.