Inspirasi

Suri Rumah Nekad Jadi Peguam, Demi Bebaskan Anak Dari Penjara

Share

Niat untuk membantu bebaskan anak dari penjara, seorang suri rumah sanggup belajar dari tiada SPM tetapi akhirnya menjadi peguam asbab anaknya dituduh membunuh.

Demi Bebaskan Anak Dari Penjara

Cerita Puan Azlina Abdul Aziz yang berusia 52 tahun tular di media sosial, datang dari keluarga susah, berhenti sekolah malah SPM pun tidak ambil. Berkahwin awal tetapi jodohnya tidak panjang. Kemudian bertemu jodoh dengan warga Australia.

Berpindah ke Australia pada 2003 dan pulang ke Malaysia pada tahun 2010 dan menjadi suri rumah sepenuh masa sehinggalah anaknya dituduh membunuh pada tahun 2016.

“Mula-mula saya ingat kes dadah, tapi bila polis cakap kes bunuh, memang terkejut sangat. Anak saya mempunyai masalah pembelajaran didakwa bersama individu lain dalam kes berkenaan. Anak saya nampak macam biasa, tapi sebenarnya dia seorang yang lembam.”

Pengesahan Anak-anak Istimewa

Anak-anak istimewa yang mempunyai learning disabilities ini kadang kita sebagai ibu bapa pun tidak tahu. Nampak anak macam okay.

Membaca English Literature seolah-olah anak buah Shakespear tetapi bila bagi instructions yang senang pun tidak faham. Mula lah si emak rasa nak marah, cakaplah tidak faham bahasa.

Kongsi Puan Azlina, memang anak istimewanya didiagnose mempunyai ‘learning disabilities+ADHD’ dari umur 12 tahun. Siapa yang tahu latar belakang dari lahir kemudian tinggal dengan keluarga angkat sampai berumur 7 tahun.

Kita tidak tahu trauma yang Said lalui (mak dia tahulah). Sebenarnya ramai kanak-kanak begini tapi ada ibu bapa yang tidak boleh terima.

Kata ibu ini, “dia awal-awal dulu pun keliru juga. Orang pergi sekolah, dia pergi sekolah. Orang balik, dia balik tetapi buku tidak bawa dan pencil case tidak ada.”

Bangun pagi tidak payah kejut. Jadi kita ini sebagai ibu bapa terdetik dalam hati, “mungkin sebab dia budak lagi” sampailah kami dipanggil ke sekolah dan dalam parents meeting itu pun ada yang cakap Said ‘normal’ tetapi ada yang cakap tidak dan cadanngkan bawa jumpa doktor.

Di situlah bermulanya pengesahan anak mempunyai learning/mental disabilities termasuklah dengan dirinya sekali didiagnose doktor ada ADHD.

Suri Rumah Nekad Jadi Peguam

Maka bermula dari situlah semuanya. Dalam usia 43 tahun, tanpa SPM Puan Azlina memulakan pengajian dalam bidang undang-undang di UIAM mengikut laluan khas (APEL) dengan menggunakan pengalaman kerjanya sambil mengurus kes anaknya.

Akhirnya 6 tahun kemudian pada tahun 2022, anaknya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah dan sempat melihat konvokesyen ibunya. Lebih hebat, Puan Azlina kini ada Lawyer Firm sendiri dengan memberi fokus kepada kes sivil.

Cabaran Mendidik Anak

Berkongsi pandangan tentang anak, bagi Puan Azlina setiap ibu bapa mempunyai cabaran mendidik anak-anak.

Menurutnya, dia belajar atau memahami keadaan anak dengan cara yang perit. Puan Azlina tidak kesiankan dirinya tetapi lebih kasihankan anak yang terpaksa merengkok hampir 6 tahun ditahan reman disebabkan oleh perbuatan orang lain dan kerana dia berada ditempat dan diwaktu yang salah.

Kita tidak perlu salahkan anak atau ibu bapa sebab banyak pengajaran tentang anak dan ibu bapa sudah disebut dalam Al-Quran. Berat tak berat kita terpaksa hadap juga. Kita kena kuat untuk anak-anak dan untuk diri kita juga. Nak salahkan diri sendiri? Salahkan suami? Salahkan ibu bapa kita? Salahkan adik beradik? Salahkan kerajaan.. bolehlah salahkan lepas itu kita dapat apa?

Tulis Puan Azlina lagi, dia tidak salahkan sesiapa. Sama ada polis, Dpp, mahkamah, penjara, anak sendiri atau kawan-kawan, memang tidak boleh nak tunding jari.

Baginya perkara telah berlaku dan sekarang macam mana kita nak bertindak. Terpaksa ikut flow system perundangan kita.

Nak cepat semua nak cepat tapi kita siapa? Kalau kita tidak boleh sabar kemudian kita nak buat apa? Nak culik anak keluar dari penjara? Nak telan air liur pun rasa perit.

Ketika itu yang orang nampak Puan Azlina atau lebih dikenali sebagai Makcikmanis pergi mengopi makan kek ambil gambar.

Itu cara Puan Azlina menjaga kewarasan pemikiran. Jadi buat ibu bapa yang sedang struggle dalam ujian masing-masing, hadapilah dengan tenang dan cuba fikir jalan tanpa menyalahkan pihak lain. Terima dengan reda dan selesaikan. Insya Allah.

Sumber: Azlina Abdul Aziz II

Published by
Nadia