Sumud Flotilla: Anak Zainal Rashid Rebah, Terpaksa Dipindahkan Ke Kapal Hospital

Share

Sumud Flotilla: Anak Zainal Rashid rebah, terpaksa dipindahkan ke kapal hospital. Seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Ilham Fansuri dilaporkan jatuh pengsan dan terpaksa dipindahkan ke sebuah kapal yang dilengkapi kemudahan hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Sumud Flotilla: Anak Zainal Rashid Rebah, Terpaksa Dipindahkan Ke Kapal Hospital

Perkembangan itu dikongsikan bapanya, Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA Strim, ketika siaran langsung di TikTok bersama penulis geopolitik, Ahmad Faezal.

Menurut Zainal, insiden itu berlaku pada hari ke-28 pelayaran menuju Gaza apabila anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia tidak sihat, rebah, (dalam keadaan) teruk sebab pelayaran terlampau lama. Jaminan 16 hari (mengikut jangkaan asal), selepas itu (berlarutan kepada) 28 hari. Hari ke-28, dia rebah. Saya hantar (dia) ke kapal bertaraf hospital (iaitu) Hospital Alma.

“(Saya) tinggalkan (Ilham) dengan pakar-pakar untuk uruskan dia. Tolong jaga anak saya. Dia tak boleh buka mata sampai saya (kena) buka mata dia suluh dengan lampu suluh.

“Anak mata dia sudah tak kembang. Dr Hashim dari Türkiye beritahu (keadaan Ilham) ini sudah teruk,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Zainal Rashid bersama anaknya, Ilham antara rakyat Malaysia yang kini mengikuti misi Global Sumud Flotilla.

Menjelaskan keadaan yang dialami anaknya, Zainal berkata Ilham mengalami muntah berulang kali dan hanya bergantung kepada buah oren untuk mengalas perut kerana bekalan gas untuk memasak sudah kehabisan.

Beliau menambah, ruang kapal yang sempit serta keadaan laut yang bergelora turut memburukkan lagi keadaan.

“Saya nampak tak jadi apa anak aku ini. Kalau dibiarkan jadi lain macam. (Jadi) saya hubungi kecemasan untuk mereka bawa anak saya sebab sudah teruk.

“Dia pegang telefon tapi dia tidur sebab (keadaan) teruk,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, konvoi dijangka memasuki fasa getir apabila tiba di perairan Zon Merah 3 sekitar jam 7 malam esok.

Ketika ini, katanya, kapal misi tersebut sudah pun berada di Zon Kuning 2 sejak jam 10 pagi waktu tempatan, bersamaan 3 petang waktu Malaysia.

Sumber: Berita Harian dan Kosmo online 

Artikel lain: Misi Sumud Flotilla Ke Gaza Diuji Serangan Drone, Farah Lee Mohon Doa Orang Ramai

Faktor Kesihatan, Ardell Aryana Dedah Kemungkinan Besar Tidak Dapat Teruskan Misi Kemanusiaan Bersama Global Sumud Flotilla

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has