“Sukar Sebenarnya Untuk Ubah Fikiran Orang Yang Percaya Bumi Itu Rata..” Dr Sheikh Muszaphar

Share

Satu persatu isu dibangkitkan oleh penyanyi nasyid Suhaimi Saad, 40 ini menimbulkan kontroversi dan reaksi kurang senang ramai pihak. Lantaran sering memiliki pendapat berbeza terutama dalam isu tidak mengambil vaksin untuk anak-anak, tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan terbaru mendakwa Bumi berbentuk rata.

Lantang menyuarakan pendiriannya yang tersendiri, penyanyi ini juga ada mencabar Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama ALLAH SWT bahawa teori bumi berbentuk bulat sfera.

Penjelasan Fakta Sebenar

Ramai mengetahui bahawa Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia pada 10 Oktober 2007. Beliau merupakan Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas dan merasakan menjadi tanggungjawabnya menceritakan fakta sebenar daripada pengalamannya 12 tahun yang lalu.

Walaupun tidak menujukan kenyataan tersebut kepada sesiapa, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tampil memberi penjelasan mengenai bentuk sebenar bumi didalam posting terkini beliau di laman Instagram.

“Adakah Bumi ini rata? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan tersebut. Dengan nama Allah, penjelasan ini datang dari sudut hati saya.

“Bumi ini berbentuk sfera atau lebih tepat Geosfera. Tertumpu di kutub dan bonjol di Khatulistiwa. Bukan macam bola tapi lebih kepada seperti bentuk telur.

Kongsi Perasaan Di Angkasa Lepas

Dr Sheikh Muszaphar juga ada berkongsi perasaannya ketika melihat kebesaran Allah SWT ketika di angkasa lepas.

“Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari, setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam, mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000 kilometer per jam, laungan Azan kedengaran seketika, bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi.

“Melihat Bumi dengan mata sendiri, degupan jantung berhenti seketika, meremang bulu roma, mata tidak terkebil melihat kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas.Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana.MasyaAllah..SubhanAllah..

Ubah Persepktif Kehidupan

Menurut beliau lagi, pengalaman menyaksikan kebesaran Allah tersebut akan mengubah perspektif sesiapa terhadap kehidupan secara keseluruhannya.

“Setiap manusia harus pergi ke angkasa sekiranya diberi peluang.Ia menjadikan anda lebih beriman dan yakin pada Sang Pencipta.Pengalaman itu sangat mengagumkan dan menakjubkan.

“Sukar sebenarnya untuk mengubah fikiran orang yang percaya Bumi itu rata.
Tetapi saya berkongsi disini pengalaman tentang apa yang saya lihat.”

MW: Semoga persoalan mengenai bentuk sebenar muka bumi ini terjawab. Ia merupakan penjelasan dan pengalaman daripada angkasawan sendiri yang pernah meneroka angkasa lepas.

Baca Disini: Penyanyi Suhaimi Saad Jelaskan, Kenapa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Kerana 7 Sebab Ini!

Sumber: drsheikhmuszaphar

IKLAN