Suami tak mampu beri nafkah batin lepas kahwin isteri muda. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang bukan sahaja mengikat dua hati, tetapi juga datang dengan tanggungjawab yang besar termasuklah nafkah zahir dan batin.
Namun, apa berlaku bila seorang suami yang sudah berusia memilih untuk berkahwin dengan wanita lebih muda, tetapi tidak lagi mampu memenuhi nafkah batin? Situasi ini semakin kerap didengari dan membawa kepada pelbagai konflik dalam rumah tangga.
Nafkah batin dalam Islam merujuk kepada hubungan intim antara suami dan isteri. Ia bukan hanya keperluan fizikal, tetapi juga emosi dan psikologi. Apabila suami gagal menunaikan hak ini, ia boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Dalam banyak kes, isteri muda yang penuh keinginan dan tenaga merasakan diri mereka terabai, menyebabkan timbulnya rasa kecewa, tertekan, dan akhirnya renggang dalam hubungan.
Beberapa faktor menyumbang kepada kegagalan suami memberi nafkah batin, terutamanya bila melibatkan jurang usia yang besar:
Faktor kesihatan dan usia: Semakin meningkat usia, lelaki mungkin mengalami masalah seperti mati pucuk (erectile dysfunction) atau lemah syahwat.
Stres dan tekanan: Tanggungjawab berganda, termasuk keluarga pertama, pekerjaan dan kewangan juga boleh melemahkan keinginan seksual.
Keputusan terburu-buru: Ada juga kes di mana suami tidak membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin lagi, lalu hanya menyedari kekangan selepas perkahwinan kedua berlangsung.
Dalam kes sebegini, isteri muda seringkali menjadi mangsa keadaan. Mereka mungkin:
*Rasa tertipu atau tidak dihargai
*Mula mencari kebahagiaan di luar rumah tangga
*Mengalami kemurungan atau tekanan jiwa
*Mula mempersoalkan keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lebih tua
Meskipun cerai adalah jalan terakhir, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil sebelum sampai ke tahap itu:
*Komunikasi terbuka – Isteri dan suami perlu berbincang secara jujur tentang keperluan masing-masing.
*Rawatan perubatan – Suami digalakkan mendapatkan rawatan dari pakar sakit tuan jika menghadapi masalah kesihatan.
*Kaunseling rumah tangga – Profesional boleh membantu pasangan mencari titik tengah dan memahami peranan serta keperluan masing-masing.
*Agama dan sabar – Dalam Islam, setiap pasangan disarankan saling melengkapi dan memahami keterbatasan pasangan dengan redha dan ikhtiar.
Berikut perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan – Doktor Kesihatan Lelaki –
‘Kahwin isteri muda, tapi tak mampu bagi nafkah batin’
Setahun dah berkahwin.
Tapi satu hal yang dia tak boleh bagi, nafkah batin.
Bukan tak nak. Tapi zakar langsung tak boleh tegang.
Nak masukkan pun tak lepas.
Tak pernah pancut. Tak pernah rasa klimaks.
Setiap malam dia cuma baring… peluk isteri dalam diam.
Malu. Hilang keyakinan. Tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu rasa dia.
Dia ada darah tinggi. Kolesterol.
Dan paling teruk saraf tulang belakang dia terhimpit.
Doktor pakar suruh operate. Tapi dia tolak.
Dia cari jalan lain. Dia cari saya di HIM WELLNESS.
Saya rawat dia, 6 sesi.
Lepas habis rawatan…
Dia datang jumpa saya dengan mata bergenang.
“Doktor… saya dah boleh masuk. Dan saya dah pancut.”
Ayat ringkas. Tapi saya tahu… itu ayat penuh harga diri.
Dia rasa muda balik. Hidup balik. Yakin balik.
Hubungan dia dengan isteri makin erat.
Yang dulu rasa dia ‘tak layak’, sekarang jadi suami yang sebenar.
Dan inilah sebab saya teruskan kerja ni.
Sebab saya tahu… di luar sana, terlalu ramai lelaki yang senyap-senyap hadap benda ni sendiri.
Tapi tak tahu mana nak mula.
Kalau anda pun alami masalah yang serupa, jangan tunggu sampai rasa putus asa, datang jumpa saya di HIMWellness, saya bantu.
Kesimpulannya perkahwinan bukan hanya soal cinta, tetapi soal tanggungjawab yang perlu dipikul secara adil dan saksama. Suami yang mahu berkahwin lagi, lebih-lebih lagi dengan wanita muda, perlu menilai kemampuan diri dari segi zahir dan batin.
Jangan sampai keputusan yang dibuat menjadi punca penderitaan orang lain. Nafkah batin itu hak isteri, dan ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Sumber: Dr Ahmad Samhan – Doktor Kesihatan Lelaki –
Baca artikel lain juga: Suami Tak Mampu Bersama Isteri Berhak Mohon Fasakh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE