Kekeluargaan

Suami Sifatkan Arwah Zaleha Hamid Isteri Yang Baik “Walau Sibuk Sebagai Penyanyi,  Tanggungjawab Keluarga Tidak Pernah Dilupakan”

Share

Suami sifatkan arwah Zaleha Hamid isteri yang baik. Salam takziah diucapkan buat penyanyi Zaleha Hamid yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham Zaleha Hamid merupakan penyanyi dangdut popular era 1980-an. Mengimbas kembali zaman kemuncaknya, suami kepada Zaleha, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 60, memberitahu isterinya merupakan serang yang sangat baik dan bertanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Suami Sifatkan Arwah Isteri Yang Baik

Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi namun Zaleha tidak pernah lupa tanggungjawabnya.

“Arwah seorang isteri yang sangat baik, walaupun dia sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi ketika dulu, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah dilupakan.

“Itu yang saya sayang dia (Zaleha), walaupun sibuk dengan kerjaya seni, tetapi tanggungjawab kepada keluarga dan saya tidak pernah terlepas,” terang Ungku Sulaiman sepertimana dilaporkan Berita Harian.

Tak Pernah Bergaduh

Memetik laporan berita itu lagi, suami arwah Zaleha juga menyatakan mereka suami isteri tidak pernah bergaduh.

“Arwah siapkan semua pakaian, makanan dan minuman kami tanpa menggunakan khidmat orang gaji. Kami tidak pernah bergaduh, kalau selisih faham pun, kami berdua duduk berbincang dan tidak pernah bergaduh sampai menjerit.

“Jiran kami pernah bertanya dengan arwah pernahkah bergaduh dengan saya sebab dia lihat hubungan kami sentiasa mesra.

“Rumah tangga biasalah ada selisih faham, tetapi apabila berlaku saya akan beri masa kepada arwah untuk berfikir. Kenangan itu menjadikan saya rindu arwah,” ceritanya.

Hidap Angin Ahmar Sejak 2019

Berkongsi keadaan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Zaleha mengidap penyakit angin ahmar seluruh badan pada 2019.

“Dia mula makan lima sudu dan semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Pada hari raya kedua, dia langsung tak boleh makan dan minum. Saya bawa dia ke klinik, tetapi tutup sebab raya (Aidiladha), jadi kami pergi ke bahagian kecemasan hospital.

“Doktor kemudian memaklumkan paru-paru arwah dijangkiti kuman dan keadaannya kritikal sebelum kembali stabil dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Pada kira-kira jam 6 petang semalam, dia tiba-tiba sesak nafas ketika mahu diberi susu. Saya lihat bacaan mesin bantuan pernafasannya semakin menurun, saya bisikkan kalimah syahadah kepadanya sebelum dia disahkan meninggal dunia,” sambunya lagi yang reda dengan pemergian isteri tercinta.

Kenangan sewaktu Allahyarhamah Zaleha Hamid menghiburkan peminat.

Sumber Berita : Berita Harian

Baca Disini: Wanita Meninggal Dunia Selepas Susukan Anak, Pergi Dalam Pelukan Suami

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh