Suami Sambut 6 Anak Dengan Tangan Sendiri Tapi Akhirnya Pilih Penyondol, Ibu 7 Anak Bangkit Dengan Tahajud & Doa

Share

Suami sambut 6 anak dengan tangan sendiri tapi akhirnya pilih penyondol, ibu 7 anak bangkit dengan tahajud dan doa. Seorang wanita, Mie Farah tular di media sosial selepas berkongsi kisah rumah tangganya yang berakhir dengan pengkhianatan meskipun suaminya pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh anak mereka dengan tangan sendiri.

Dalam perkongsian panjang di Facebook, Mie Farah  mendedahkan sisi sebenar rumah tangga yang selama ini kelihatan bahagia di mata orang luar namun penuh pengkhianatan. Katanya, dia melalui fasa perpisahan dan keperitan selepas suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus janda berusia 23 tahun.

Menurutnya, hubungan terlarang itu berlaku sejak sebelum dia bersalin anak bongsu mereka dan diteruskan ketika dirinya masih dalam pantang. Lebih memilukan, dia sendiri pernah membawa wanita tersebut ke klinik untuk pemeriksaan kandungan.

“Aku cakap kat doktor, dia madu aku. Doktor pun kata baiknya awak bawa madu check up. Aku senyum sinis je tengok anak dalam perut perempuan lain,” tulisnya dalam perkongsian itu.

“Ramai yang bertanya, bagaimana aku mampu bertahan membesarkan tujuh orang anak seorang diri? Jawapan aku hanya satu “konsisten dengan tahajud, zikir, dan berubah diri menjaga amal”- Mie Farah

Terima Poligami Demi Selamatkan Rumah Tangga

Dalam usaha menyelamatkan rumah tangga, wanita itu sanggup menerima poligami walaupun hidup dalam kesempitan. Katanya, rumah mereka cuma mempunyai dua bilik dan dia pernah tidur sekatil dengan ‘madu’ yang ketika itu belum berkahwin dengan suaminya.

“Aku bawa penyondol tidur sekatil dengan aku sebab rumah kami 2 bilik je. Miskin. Rezeki tu sekadar cukup-cukup makan pakai. Tapi sebabkan perempuan ni dah mengandung. Aku tolong. Aku fikir demi anak-anak, aku tahan. Tapi akhirnya aku diceraikan lepas aku batalkan poligami tu,” jelasnya.

Jelasnya selepas kantoi, dia pernah tanya suami tentang hal ini kerana masih memikirkan tiada manusia yang sempurna.

“Even dia dah mengaku aku tak marah. Aku cakap “tak pe lah Bahh. Kita manusia bukan malaikat, nanti solat taubat, kita berubah, tinggalkan dia”

Suami kata,  kalau perempuan tu tak mengandung dia dah lama tinggalkan perempuan tu. Aku fikir kenapa  tunggu da mengandung? Aku baca & simpan bukti conversation dari hari pertama perempuan tu tak datang period. Kenapa tak buang masa masih baru sedangkan dia expert bab2 cari ubat sensei. Sebab memang penipu. Allah tu nak jauhkan daku dengan dia sebab tu semua ni jadi. Alhamdulillah.

Namun, selepas segala pengorbanan, dia bukan sahaja diceraikan, malah mendakwa dipukul, dicekik dan diterajang oleh suaminya selepas pulang dari Mahkamah Syariah.

“Jadi aku dituduh sengaja nak berlaku zalim pada mereka kerana tak boleh bin kan anak nama laki tersebut. Pagi tu aku pergi mahkamah syariah & balik dari mahkamah tu aku diceraikan.

“Aku dipukul teruk. Dicekik, dibaling, terajang. Kemudian dia kata aku yang provoke dia kerana aku nak keluar rumah. Aku dah diceraikan maka aku nak pergi. Aku nak call perempuan dia untuk tengok anak tapi dia mengamuk tu yang dia pukul aku. Selama aku hidup dia memang kaki pukul. Aku tak pernah buka cerita pada sesiapa. Even keluarga aku pun tak pernah tahu dia kaki pukul macam tu.

“Aku diam sebab nak jaga maruah keluarga. Selama ni aku yang urus segalanya  perniagaan, marketing, anak-anak  tapi akhirnya aku juga yang ditinggalkan.”

Anak-anak masih kecil; 10, 8, 7, 5, 4, 2 tahun dan 12 bulan dan menjadi mangsa pengabaian bapak- Gambar AI

Syukur Dikelilingi Jiran dan Keluarga Mentua Yang Baik

Selepas berpisah, dia  membesarkan tujuh orang anaknya sendiri. Walaupun hidup sederhana, dia bersyukur kerana dipermudahkan urusannya oleh orang sekeliling.

“Setiap kali tunggu Grab, orang bengkel dah kenal aku. Mereka siap ambilkan kerusi, suruh aku tunggu dalam, kadang-kadang tolong carikan kedai. Uncle bengkel dan pekerja sekitar pesan, ‘Nanti kami tengok-tengokkan anak-anak awak.’”

Dia juga bersyukur kerana rumah yang didiaminya kini dikelilingi jiran-jiran berhati baik dan kemudahan lengkap.

“Rumah ni aku tak cari pun. Tapi Allah hantarkan. Depan rumah ada pasar, pet shop, semua dekat. Aku jatuh cinta pandang pertama dengan suasana kampung ni. MasyaAllah, mudah serba-serbi.”

Dalam pada itu, dirinya  turut menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga mentua yang tetap melayannya dengan baik walaupun dia sudah berpisah dengan anak lelaki mereka.

“Mak mertua aku sangat baik. Aku sayang keluarga mertua aku lillahitaala. Mereka anggap aku macam keluarga sendiri. Aku takkan putuskan hubungan, cuma aku menjauh demi ketenangan.”

Ambil Hak Anak, Tutup Aib Lama

Apa yang menggembirakan, dia kini  memperoleh hak penjagaan penuh semua anaknya selepas mendakwa bekas suami mengabaikan tanggungjawab.

“Dia tinggalkan lima anak di rumah, anak sulung umur 10 tahun urus adik-adiknya. Malam dia keluar snooker, badminton. Aku trace location untuk bukti pengabaian anak-anak.”

Walaupun masih menerima pelbagai tohmahan, dia tetap memilih untuk berdiam diri dan menumpukan hidup kepada anak-anak serta memperbaiki diri.

“Aku tak rugi hilang jantan sampah. Kau kutip sampah aku, kau pun akan dapat bahagian kau nanti. Bila aku jaga amal dan baiki diri, Allah tunjuk rezeki lain.”

Kini, wanita itu menjalani kehidupan baharu dengan lebih tenang dan redha, dikelilingi jiran-jiran yang prihatin serta keluarga mentua yang masih menyayanginya. Baginya, setiap kepahitan lalu hanyalah jalan menuju kekuatan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros