Suami Pendiam Buat Isteri Makan Hati, Cakap Seorang Diri, “Saya Sayang Isteri… Tapi Saya Tak Pandai Bercakap”

Share

Suami pendiam buat isteri makan hati, cakap seorang diri, “Saya sayang isteri… tapi saya tak pandai bercakap.” Tidak semua pasangan yang berkahwin melalui fasa cinta yang panjang.

Suami Pendiam Buat Isteri Makan Hati, Cakap Seorang Diri, “Saya Sayang Isteri… Tapi Saya Tak Pandai Bercakap”

Ada yang bertemu dalam tempoh singkat, terus yakin, lalu mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh perkenalan yang terhad itu, apa yang ditunjukkan sering kali adalah versi terbaik diri masing-masing.

Namun, apabila sudah masuk ke alam perkahwinan, barulah muncul realiti sebenar, siapa kita dalam keadaan letih, senyap, atau tidak tahu cara menunjukkan kasih.

Berikut perkongsian daripada perunding psikologi keluarga dan guaman syarie Suzana Ghazali

melalui kes yang dikendalikannya.

Cerita dalam sesi bersemuka:

Saya: “Kahwin dulu suka sama suka?”

Isteri: “Boleh dikatakan macam tu la Kak. Kami kenal tak lama, saya baru putus tunang dan tiba-tiba dia datang. Kerap kali berhubung melalui telefon, keluar beberapa kali dan dia ajak kawin. Saya terima.”

Saya pandang si suami dan suami mengangguk. Saya fokuskan kepada si isteri: “Kenapa terima? Pasti ada alasan yang buatkan awak suka kat dia?”

Agak lama si isteri diam kemudian menjawab: “Dia ambil berat tentang saya Kak. Pagi-pagi lagi dia akan wasap tanya khabar, pesan hati-hati ke tempat kerja. Ambil tau pasal makan saya, sakit pening saya walaupun melalui wsap ja. Saya rasa diambil peduli!”

Saya: “Sekarang?”
Isteri: “Sekarang dah kawin, wsap pesan makan, hati-hati tu ada lagi la kalau saya kerja tapi kalau kat rumah, kami diam Kak. Saya cakap sorang-sorang. Dia dengar ja. Mula-mula dulu saya cuba terima tapi lama-lama jadi bosan la Kak!”

Ada air mata yg bergenang di mata si suami. Saya merenungnya, mohon penjelasan.

Suami: “Betul Kak! Saya pun tak tau nak buat apa? Saya bukan jenis yg cakap banyak. Saya tak pandai. Dia nak saya buat lawak, saya tak reti. Tapi saya sayang dia Kak, sayang sangat-sangat..!”

Kali ini kedua-duanya saling berpegangan tangan dan ada air mata yang keluar daripada kelopak mata masing-masing. Saya cuma senyum, yakin perkahwinan ini masih boleh diselamatkan lagi dengan syarat; ada yg perlu berubah!

Sungguh…! Komunikasi itu penting dalam rumah tangga dan komunikasi tu macam-macam cara ya…moga pasangan tua 2 tahun daripada tempoh saya berkhidmat ni akan lebih berbahagia selepas homework yg saya berikan, Aamiinn!

Kesimpulannya, komunikasi bukan soal pandai bercakap semata-mata. Ia tentang usaha untuk memahami dan mendekatkan diri secara emosi, walaupun hanya melalui sentuhan kecil, nota ringkas, atau luahan ikhlas tanpa bunga bahasa.

Setiap pasangan ada perbezaan gaya berkomunikasi, tetapi jurang itu boleh dirapatkan jika kedua-dua pihak sanggup berubah, belajar dan bertoleransi. Kasih sayang yang tidak diluahkan tidak bermakna tiada, cuma ia perlu diterjemah dalam bentuk yang pasangan kita boleh rasa dan faham.

Dan seperti pasangan ini, kadang kala yang perlu hanyalah satu sesi jujur untuk membuka kembali jalan pulang ke hati masing-masing. Kadang-kadang, cinta tak mati, cuma sunyi.

Sumber: Suzana Ghazali

Baca artikel lain juga: Rumah Tangga Jadi Goyah Bila Suami Isteri Sudah Mula Tawar Hati

Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia, Rajin-rajinlah Bersembang, Bukan Layan Gajet

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Has