Suami mudah ‘tewas’ bila ada wanita lain bagi layanan lebih, mulalah nak banding dengan isteri sendiri. Kadang-kadang, seorang lelaki boleh jadi goyah hanya kerana dibuka penutup botol sos oleh wanita lain. Terasa istimewa, konon ada orang yang ‘hargai’ dia lebih dari isteri sendiri.
Suami Mudah ‘Tewas’ Bila Ada Wanita Lain Bagi Layanan Lebih, Mulalah Nak Banding Dengan Isteri Sendiri
Tapi berhati-hatilah wahai suami, tidak semua perhatian itu ikhlas. Ada yang datang dengan niat, ada juga yang cuma manis di awal. Jangan sampai yang dibina bertahun, musnah hanya sebab terpedaya dengan layanan sementara.
Kalau kita ada anak perempuan atau anak lelaki menghampiri usia berkahwin, kita tanya apa expectation sebagai bakal suami kepada isteri.
Apa layanan yang suami mahu? Siapa akan jaga anak? Siapa akan urus rumah?
Suami ada kehendak yang unlimited. Isteri juga. Kalau suami sekadar mahu isteri koyakkan peket sos, which is benda tu memang wajib buat kalau suami suruh, maka bincanglah secara realistik:
Isteri tak payah beranak. Mudah isteri kerja layan suami sahaja. Isteri tak payah kerja boleh ikut suami 24/7
Kahwin ni perlu realistik. Bertujuan untuk mengelakkan dari maksiat. Maka pertimbangkanlah semua keadaan.
Sebab itu saya kata tugas isteri adalah di rumah bukan bekerja. Isteri pula zaman ini bekerja berhias lebih di tempat kerja dari depan suami.
Suami pula ada yang tak nak bagi nafkah secukupnya. Jika begitu gi mana pak? Kalau suami suruh isteri bekerja tapi dia pun cari pasal di luar maka tiada maknalah perkahwinan itu.
Perkahwinan itu seharusnya dapat menundukkan pandangan dan nafsu. Jika perkahwinan sama ada beristeri satu dua atau tiga masih tidak dapat tundukkan pandangan dan nafsu maka serahlah jiwamu pada Allah kerana jalan halal ada, antum pilih yang haram.
Berapa banyak kes rogol dilakukan mereka yang sudah beristeri bukan satu malah dua. Mereka ini sakit sebenarnya. Sakit kerana tidak dapat beza benda halal dan haram.
Ads
Hidup ini mudah bagi pembuat maksiat jika kita sentiasa menyalahkan orang lain sebagai asbab kita buat dosa dan maksiat.
ولا تزر وازرة وزر اخرى
Manusia tidak tanggung dosa orang lain. Manusia yang melakukan dosa maka dosa tertanggung atas dia apa pun.
Kezaliman orang kepada dia bukan alasan dia buat dosa pula. Wal iyazubillah.
Saya sangat kasihan kepada para isteri yang telah bertungkus lumus untuk perkahwinan tapi mendapat nasihat begini.
Serah jiwa mu pada Allah dan perkahwinan mu pada Allah.
Ads
Nota tambahan: bermesra berdua, berkhalwat dalam kenderaan, aksi sebegini adalah haram kerana ia adalah jalan kepada zina.
Celah mana isteri dia pula salah?
Wahai suami, jangan cepat goyah hanya kerana ada yang pandai ambil hati. Iman itu benteng, cinta itu pilihan, dan kesetiaan itu tanggungjawab. Kalau isteri pernah sanggup korbankan segalanya untuk kita, apa alasan kita untuk tak setia pada dia?
Beringat sebelum terkena. Jangan biarkan layanan manis yang sementara, menghancurkan kebahagiaan yang sebenar.
Pernah terjadikan pada mak ayah yang menjaga anak-anak demam dan cirit birit, walau demam anak dah surut, keadaan anak pun dah pulih, tapi cirit-birit masih berlarutan.
Doktor dari Poliklinik Az-Zaara, Ampang terangkan sebabnya. Jadi mak ayah bertenang dan jangan panik. Panduan yang doktor kongsikan di bawah bantu mak ayah untuk ambil langkah seterusnya.
Kenapa Lepas Deman Cirit Birit, Anak Boleh Alami ‘Temporary Lactose Intolerance’
Kebiasaanya ini terjadi akibat TEMPORARY LACTOSE INTOLERANCE. Pernah dengar tak?
Ok, saya terangkan secara mudah. Dalam usus kita, ada satu enzim yang dipanggil lactase, khas untuk memproses lactose, salah satu bahan utama dalam susu dan produk-produk tenusu seperti yogurt, cultured milk (vitagen dan sebagainya), cheese dan lain-lain.
Selepas mendapat diarrhea, atau baby demam dirawat dengan antibiotik, enzim lactase ini mungkin terjejas penghasilannya menyebabkan lactose tidak boleh dicernakan dalam usus. Lactose yang tidak dicernakan dengan sempurna akan menyebabkan cirit-birit.
Jadi, selagi lactose terus diberikan, radang dalam perut akan terus berlaku dan usus akan terus tidak dapat menghasilkan enzim tersebut. Bermakna lactose intolerance ini akan berlanjutan.
Bagaimana nak buat?
Mak Ayah Lakukan Ini Untuk Hentikan Cirit Birit Anak
Cara mudahnya ialah hentikan memberi sebarang susu lembu dan produk tenusu. Gantikan dengan lactose free mild, sama ada dari sumber soya atau susu lembu yang telah diproses. Ini akan membolehkan usus yang mengalami keradangan akibat jangkitan kuman/antibiotik sembuh seperti biasa dan boleh menghasikan enzim lactase semula.
Keadaan ini boleh mengambil masa beberapa hari sehingga beberapa minggu bergantung pada berapa teruk keradangan pada usus tersebut.
Bila cirit-birit dah berhenti, jangan terus tukar pada susu biasa, sebaliknya start sedikit demi sedikit.
√ Macam sekarang ambil 5 kali susu lactose free, cirit-birit dah stop.
√ Esok cuba bagi 4 kali susu lactose free dan 1 kali susu biasa.
√ Jika tiada cirit-birit, terus tambah sedikit demi sedikit sampai dah boleh tukar pada susu biasa sepenuhnya.
Mudah kan?
Bagi mereka yang mengalami permanent lactose intolerance, rawatan adalah berbeza.
Semoga bermanfaat.
* Kami tidak menjual sebarang susu lactose free, hanya berkongsi maklumat.
Berbaloi ke mak ayah garang pada anak-anak cuma disebabkan mereka buat silap? Kalau baca di dada akhbar, terlalu banyak kes dera pada anak sampai ada yang jadi punca anak meninggal. Tanpa rasa bersalah, ada sesetengah mak ayah menjerit pada anak-anak yang masih kecil depan orang ramai yang kononnya niat nak menegur.
Wahai mak ayah… berubahlah jika anda betul sayang anak dan untuk renungan bersama, baca perkongsian Ustazah Isfadiah ini…
Tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya. Mak Ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan.. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang.
1. Menjerit-jerit
Lupa nak pelankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara. Guna nada professional seperti pembaca berita. Suara diorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu. Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.
2. Lupa nak tarik nafas dan senyum
Bila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu. kita fikir kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya. Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!. Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.
3. Lupa niat; nak terang atau nak serang
Mak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa. Nabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri, 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulangkali. Lepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu. Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembap ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.
4. Lupa anak kita bukan milik kita
Kita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancanganNya yang kudus itu. Anak-anak kita adalah milik Allah. Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih redha Allah. Anak -anak merupakan asbab untuk capai keredhaan dan kasih sayang Allah.
Semoga Allah sentiasa ingatkan kita yang pelupa ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kita juga manusia tidak sempurna, dalam keadaan tertentu mak ayah alpa lalu marah anak dengan teruk sekali penuh emosi.
Sesungguhnya keadaan ini akan memberi kesan negative kepada perkembangan emosi anak-anak. Mereka menjadi kurang yakin diri, berasa tidak disayangi dan lebih buruk berdendam dengan mak, ayah.
Padahal tujuan utama mak,ayah adalah untuk mendidik, namun lain pula penerimaan anak-anak.
Oleh itu, mak ayah perlu elakkan diri marah dengan emosi, dalam keadaan tidak tenteram jauhkan diri daripada anak. Cuba ambil masa sebaiknya.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami penjelasan yang cuba disampaikan:
Elakkan Marah Dengan Emosi
Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi. Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi.
Ini akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi.
Ini bahaya.
Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Keadaan Tidak tenteram Jauhkan Diri Daripada Anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Ingat kawan-kawan, anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang dah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat.
Kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi.
Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagi lah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Entah-entah yang kita marahkan sangat dekat anak itulah teguran Tuhan buat kita. Tuhan nak bagitahu itulah kamu. Tengok dekat anak tu.
Allahu.
Bila Sudah Tenang Barulah Tegur Anak
Jadi elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Bila perasaan kita dah tenang balik, baru datang semula dekat anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati.
Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah ye dak? Begitulah.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Kita sama-sama belajar jadi ayah.
MW: Biarpun tak mudah, ayuhlah kita belajar menjadi mak dan ayah yang baik untuk anak-anak. Insyallah.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...