Kekeluargaan

Suami Minta RM50,000 Syarat Untuk Ceraikan Isteri, Buat Modal Kahwin Baru

Share

Suami minta RM50,000 syarat untuk ceraikan isteri,  buat  modal  kahwin baru. Pendedahan peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Fahmi & Co mengenai sikap segelintir lelaki yang “mencipta undang-undang sendiri” dalam urusan tebus talak ternyata mengejutkan dan membimbangkan.

Ini kerana  tiada syarat khusus mengenai jumlah malah tak ada pun kata apabila seorang isteri meminta cerai secara tebus talak, ia ditetapkan dengan satu jumlah yang tinggi. Baca perkongsian dari peguam syarie ini sebagai panduan. 
Suami Minta RM50,000 Syarat Untuk Ceraikan Isteri

Ada satu orang ni, isteri, dia berjumpa dengan saya di luar mahkamah ketika itu. Datangnya dengan penuh sedih dan marah dalam satu masa selepas keluar daripada Dewan Mahkamah. Ketika itu saya sedang menanti klien kerana perbicaraan kes saya ditetapkan pada jam 11 pagi.

Agaknya dia kenal saya kot. Dia datang dan tegur saya di kerusi luar mahkamah.

“Assalamualaikum tuan, saya kenal tuan. Saya Follow tuan di FB dan TT. Saya nak tanya tuan, memang betul ke kalau isteri mintak cerai, dia kena bayar RM50k?”

“Waalaikumussalam, siapa yang cakap macam tu puan?”

“Suami saya sebab dia tak nak ceraikan saya. Dia kata sebab saya mintak cerai, mahkamah tetapkan RM50k untuk perceraian ni diberi kepada suami”.

Huhuhuhu. Sedapnya la hai petik nama Mahkamah yang tetapkan. Entah mana-manalah dia petik sumber tu. Mujur isteri ini jenis berani nak bertanya.Kalau yang jenis “dengar dan taat ” saja, memang senang la kena sembelih.

Buat Modal Kahwin Baru

Tapikan, memang ramai isteri diluar sana yang rasa benda ni betul. Ada yang kena tipu dengan suami, kalau nak cerai boleh, bayar RM10k, RM20k, dan ada yang sampai RM100k.

Saya pernah lihat isteri bayar RM20k dan keluar daripada dewan Mahkamah, menyumpah cakap undang-undang Islam ni tak adil. Aniaya isteri. Si suami renyih sebab dapat “cash” untuk modal kahwin baru.

Persoalannya, memang ke tebus talak ni isteri kena bayar jumlah yang tinggi?

Apa itu tebus talak?

Perpisahan antara suami dan isteri dengan sebuah ganti (tebus talak) dengan menggunakan lafaz talak atau khulu’.

Ada ke masa zaman nabi terjadi tebus talak?
Ya, ada. Satu hadis yang menceritakan tentang isteri kepada sahabat Nabi saw, iaitu Thabit Bin Qais datang mengadu pada nabi. Katanya, Thabit bin Qais ni orangnya baik. Memang cantik akhlaknya dan agamanya. Tapi, si isteri ni dia takut kufur pada Islam iaitu ingkar hak suami sebab hati dia tidak suka pada Thabit bin Qais ni. Sesetengah riwayat berkata sebab Thabit ni rupanya tidaklah lawa.
Jadi sebab si isteri ni dah tak boleh nak terima hatinya pada Thabit, maka, Rasulullah saw bertanya kepada isteri tersebut, mahukah isteri tersebut pulangkan kebun Thabit yang menjadi mahar kepada isteri itu. Isteri tersebut pun setuju dan Nabi menasihatkan Thabit untuk ambil kebun itu balik dan lepaskan wanita itu dengan talak satu.
(Riwayat Al-Bukhari)

Kalau sekarang ni cerai tebus talak, dia akan jadi talak berapa?
Ijma ulama sepakat bahawa perceraian secara tebus talak adalah dikira sebagai Talak Bain Sughra. Tak boleh rujuk semula dalam eddah tapi boleh nikah semula dengan akad dan mahar yang baru. Jadi, tak ada jumlah talak satu ke dua ke atau tiga.

Apa keadaan yang patut untuk seorang isteri tu bayar tebus talak?
Ini secara peribadi berdasarkan pengalaman saya. Jika isteri tersebut memang dah tak ada hati dengan suaminya tapi tidak ada alasan yang munasabah dan kuat untuk dapatkan perceraian secara fasakh khususnya, nafkah semua suami tu jaga baik, maka, memang sewajarnya si isteri membuat keputusan untuk berpisah secara tebus talak.

Berapa jumlah yang patut isteri bagi untuk tebus talak?
Di dalam kitab al-muktamad Mazhab Syafie, tak diceritakan secara khas berapa bayaran. Cuma, dinyatakan, isteri boleh bagi mahar (mas kahwin) perkahwinan sama ada jumlahnya banyak atau sedikit. Boleh juga tak bagi duit, tapi apa-apa barang atau harta yang dimiliki isteri tersebut mempunyai nilai tertentu manfaatnya.
Kalau isteri tak setuju untuk bayar tebus talak?
Kalau tak setuju bayar tebus talak, tak perlu la untuk tebus talak. Cuba perceraian cara lain.

Kalau isteri setuju tebus talak, tapi suami tak setuju dengan jumlah yang diletakkan?
Di dalam hukum syarak dan undang-undang Konsisten menyatakan perceraian secara tebus talak ni mesti atas kerelaan antara suami dan isteri. Jika ada pertikaian tentang jumlah tu, Seksyen 49(3) Enakmen Keluarga Islam Kedah menyebut, Mahkamah boleh taksirkan jumlah ikut Hukum Syarak dengan beri pertimbangan pada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak. Jadi, kena bicara untuk tentukan jumlah sahaja.

Kalau Mahkamah dah taksir, isteri atau suami tak setuju dengan jumlah tu?
Kalau salah satu pihak tak setuju dengan taksiran jumlah yang Mahkamah tentukan, Mahkamah tak boleh paksa untuk isteri bayar tebus talak tu dan tak boleh juga paksa suami untuk terima. Senang cerita, macam jual beli. Tak ada sapa boleh paksa seseorang untuk jual atau beli sesuatu kalau tak nak. Mesti kena ada kerelaan dua-dua pihak. Kalau tak berjaya, Mahkamah akan lantik Jawatankuasa Pendamai dan ikut proses seksyen 47 enakmen keluarga islam.

Kesimpulan

Daripada huraian di atas, perasan tak, tak ada pun kata tebus talak ni sebab ganti rugi? Cuma pulangkan atau bagi nilai yang wajar sebagai ganti sahaja untuk cerai.

Ramai suami mintak jumlah tak munasabah hingga RM20k, RM30k, RM50k seolah-olah itu adalah ganti rugi kerana isteri mintak cerai. Bila disoalkan, apa kerugian yang ditanggung, ungkit bab nafkah yang diberi. Bila ditanya berapa jumlah maskahwin, hanya RM100 sahaja, hantaran pun RM2500.

Masa tu dia dah tak fikir itu adalah tanggungjawab seorang suami dan berapa ramai anak telah dilahirkan si isteri. Yang dia tahu, ini peluang untuk dapat ‘Modal Kahwin Baru’.

Beringatlah wahai isteri-isteri di luar. Tebus Talak ni bukan bayaran gantirugi kepada suami. Dan bukan juga wajib untuk anda bayar kalau anda mintak cerai. Melainkan anda sendiri yang rela dan berkemampuan. Wallahualam. Kredit :- Fahmi Ramli Official.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros