Suami Minta Izin Kahwin Lagi Sebab Zuriat, Dah Poligami Isteri Pertama Hamil Itulah Dicerai

Sebelum isteri beri keizinan berkahwin lain, bukan main manis mulut suami berjanji. Bila sudah mendapat, isteri pertama tak lagi dianggap syurga di hatinya.

Gara-gara mahukan zuriat, suami ini mendesak isteri agar mengizinkannya berkahwin lagi. Dan ditakdirkan tuhan, isteri pertama hamil, barulah isteri kedua. Sudahnya, terbongkarlah niat zuriat itu cuma satu alasan.

Kisah yang disampaikan Wan Nurul Hani ini benar-benar terjadi, malah ramai yang dapat kita lihat ada saja kisah seumpamanya terjadi di kalangan sahabat-sahabat kita. Sedih sungguh!

15 Tahun Kahwin Tiada Zuriat, Suami Mohon Kahwin Lagi

Si suami datang ke mahkamah untuk memohon kebenaran poligami.. reason? isteri tak mampu bagi zuriat selepas 15 tahun perkahwinan.

Mana la tidak hancur hati si isteri bila si suami beralasan sedemikian.. sedangkan selama ni doktor dah sahkan dua dua tiada masalah kesihatan.

Si isteri pernah memberi cadangan kepada si suami untuk mengambil anak angkat.. namun ditolak mentah-mentah oleh si suami.

Siap berjanji bulan bintang bagai cukuplah si isteri ada dengannya dan dia tidak kisah soal anak dan tidak akan berpaling lain.

IKLAN

Suami Janji Berlaku Adil, Aduh! Ini Yang Jadi

Itulah orang cakap.. jangan disangka panas sampai ke petang. Atas permohonan suami nak berpoligami itu, maka redha lah si isteri.

Si suami siap berjanji akan adil dengan kedua-dua isteri.. siap berjanji kasih sayang kepada isteri pertama tidak akan pernah berkurangan.

Si suami pun berkahwin dengan isteri baru.. yang lagi muda dari isteri pertama. Dan yakin isteri muda mampu berikan zuriat kepada dia.

Ditatang isteri muda bagai minyak yang penuh. Isteri pertama sudah mula diabaikan.. banyak lebihkan isteri kedua.

Takdir dan kuasa Allah tiada siapa pun mampu menolak.. baru beberapa bulan perkahwinan baru si suami dengan isteri kedua, isteri pertama disahkan mengandung terlebih dahulu sebelum isteri kedua.

IKLAN

 

Suami Minta Izin Kahwin Lagi Sebab Zuriat, Dah Poligami Isteri Pertama Hamil Itulah Dicerai

Takdir Tuhan, Isteri Pertama Hamil Dulu, Tapi Dicerai Pula

Tapi aneh.. si suami langsung tidak amik endah isteri pertama yang tengah mengandungkan zuriat dia.. sedangkan itulah zuriat yang ditunggu selama 15 tahun berkahwin..sedangkan itu la alasan terbesar si suami buat untuk berpoligami dahulu.. diabaikan isteri pertama yang tengah alahan teruk.. janji hanya tinggal janji.

Kesudahannya, si suami ceraikan isteri pertama yang sarat mengandung itu tanpa ada lagi rasa kasih sayang dan belas ehsan.. tegarnya kau wahai lelaki.

IKLAN

Allah anugerahkan kepada si isteri seorang anak lelaki sebagai ganti si suami.. semoga anak ini akan menjadikan ibunya sebaik-baik wanita yang perlu dihargai..

Tuan hakim selalu berpesan kepada lelaki-lelaki yang datang untuk memohon kebenaran berpoligami:

Walaupun poligami itu suatu sunnah, tetapi tanggungjawabnya sangat besar dan berat.. jadikan poligami itu makin dekatkan diri kita kepada Allah.. bukan makin menjauhkan diri kita dan buat kita lalai.. di padang masyar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang.. senget sebelah.. siapakah golongan itu? itulah lelaki yang berpoligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab.. menganiaya isteri-isteri dan anak-anak.”

MW : Wahai suami yang ada niat mahu berkahwin lagi, tapi takut berlaku adil. Fikirlah dalam-dalam, masak-masak. Benar, ada lelaki mencoret ‘apa salahnya, cuma poligami saja pun.’ Pada lelaki tiada salah, namun tahukan suami.

Walau sekecil zarah tidak adil yang kau lakukan, bakal mengundang rasa cemburu, terkilan isteri-isteri yang akhirnya mengundang pergaduham. Sudahnya, bukan sunnah lagi yang kau cuba tegakkan. FIKIRLAH!

Sumber/Foto : Wan Nurul Hani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI