Adat berumahtangga saling membantu antara suami dan isteri. Tak dinafikan melunaskan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami, namun adakalanya pendapatan suami tidak mencukupi seterusnya memerlukan bantuan isteri yang turut sama bekerja.
Perkara ini memerlukan perbincangan bersama dan sebaiknya suami dapatkan izin serta redha seorang isteri sebelum meminta bantuan pasangan itu dan ini.
Di samping itu, apabila suami kurang berkemampuan, ini caranya berterima kasih pada isteri yang sanggup membantu. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan ingat betul-betul pesanannya:
Ini Caranya Berterima Kasih Pada Isteri
Kalau pendapatan seorang itu tak mampu untuk sara keluarga, kemudian nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang. Maka jaga tujuh perkara ini:
Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan… Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income.
Selepas itu tunjuk berapa baki setelah pendapatan itu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.
Kalau negatif, negatiflah… Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan…
Suami Kurang Berkemampuan, Minta Izin Isteri Bantu
Mintak izin dan redha isteri kalau hendak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan itu, insyallah, dia akan bantu. Cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.
Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh… Minta elok-elok…
Bantuan Isteri Tak Boleh Lebih
Bantuan isteri tak boleh lebih 50 peratus.
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50 peratus, meaning that isteri itu pula kena keluarkan duit lebih daripada kita. Kita pula yang kurang keluarkan duit.
Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.
Ads
Bantuan isteri itu hanya untuk top up mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua…
Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri.
Jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita itu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang…
Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada…
Bila Berkemampuan, Suami Ambil Semula Tanggungan
Ambil semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami sudah ada lebihan, macam ada ot(over time) ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri…
Kita bayar guna pendapatan kita. Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita sudah mampu untuk bayar sendiri…
Ads
Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri itu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu.
Tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia. Beneficial for each other…
Berterima Kasih Pada Isteri Yang Sanggup Membantu
Hargai bantuan yang dihulurkan isteri.
Hargai isteri, sesekali itu bawalah dia makan di luar. Kemudian bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan.
Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua…
Sekian, semoga bermanfaat…
MW: Dalam rumah tangga beginilah resamnya, saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain barulah bahagia. Tidak semua pasangan hidupnya senang selepas berkahwin namun carilah bahagia dengan cara tersendiri dan binalah hidup mengikut kemampuan.
Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
Ada 4 petua yang dikongsikan oleh beliau.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak ayah.
Bila dah ada anak, jangan harap mak-mak nak hidup selesa macam zaman anak dara. Apa-apa mesti anak didahulukan dan jadi keutamaan. Kalau dulu boleh bangun lambat tapi bila anak kecil, semuanya kena ‘siap siaga’.
Kalau nak hidup selesa pun dan ada masa untuk diri sendiri, mungkin masa anak seorang sebab hanya dia seorang, boleh gilir-gilir dengan suami. Tapi kalau anak dah masuk dua orang atau lebih, fasa kehidupan akan berubah sama sekali.
Begitulah bila anak masih kecil dan berderet-deret. Masa untuk mak nak hidup selesa tiada lagi, kadang nak ‘me time’ pun tak sempat. Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini ada benarnya.
Mak Nak Hidup Selesa, Jangan harap Kalau Anak Ramai
Masa anak seorang kira ok lagi. Gaya hidup selesa kita masih lagi terurus.
Nak makan tak huru hara, nak tidur senang, mengantuk saja terus masuk bilik bum atas katil.
Masuk dua orang, sedikit demi sedikit cabaran nak ‘survive’ hidup dengan selesa tu datang menerjah.
Makan pun kelam kabut, kadang sampai tercekik gara-gara nak urus anak sekali di waktu yang sama.
Tiba saat anak masuk tiga orang, tak ada lagi erti hidup selesa. Nescaya lifestyle mak-mak memang berubah 360 darjah.
Diri dah tak terurus, makan minun tak ikut waktu, tidur tak menentu dan rambut dulu lurus macam buat ‘rebonding’ sekarang asyik gugur setiap kali mandi.
Macam mana nak ada masa urus diri kalau setiap masa sibuk mengurus anak-anak.
Sebelum nak makan kena pastikan dulu anak-anak cukup makannya.
Sebelum nak mandi, anak-anak dulu kena di pastikan dulu mandi dan siap persalinannya.
Sebelum nak bergerak ke sana ke mari, barang barang ‘keperluan’ anak-anak kena sediakan dulu kalau tak huru hara sepanjang perjalanan.
Sibuk mengurus diet makan berkhasiat untuk anak-anak sampaikan diri sendiri hilang selera makan gara-gara ‘kortisol’ datang menyerang.
Anak Dahulukan & Jadi Keutamaan
Segala berkenaan anak tak pernah lekang di fikiran, anak sentiasa jadi keutamaan dalam minda, dalam tenaga dan aktiviti harian.
Sehinggakan lupa buat ‘Self Love’ badan pun makin lemau dan tepu.
Itu baru tiga orang, kalau masuk je empat orang ke atas bermula la ‘mimpi ngeri’ setiap insan. Sehari kalau tak jadi tarzan memang tak sah!
Jaga anak ni cabaran dia lebih extreme dari sukan extreme tau!
Anak-anak bukan kerja untuk satu orang. Anak-anak kerja untuk satu pasukan yang boleh bekerjasama.
Kerjasama Suami Isteri
Suami dan isteri bersatu teguhlah nasib anak-anak, saatnya suami dan isteri tidak sepakat maka roboh sudahlah nasib anak-anak.
Bukan nak cakap bila suami isteri bekerjasama proses urus anak-anak tu akan jadi mudah, tetap juga ada cabarannya.
Tapi risiko untuk mati akal bila mengurus anak bersama jadi 50 : 50, kalau urus seorang diri risiko ‘mati akal’ 99% comfirm.
Mingguan Wanita : Memang betul pun, kalau anak dah lebih 3 orang, automatik keluar suara tarzan. Tak apalah, dah memang gitu bila anak ramai, terima dan enjoy saja dengan rezeki Allah beri.
Sebelum ibu hamil pulang beraya, pastikan bab keselamatan sudah dihadam. Ya, meriah nak beraya ini bukan boleh disekat-sekat dan ibu hamil pun tetap semangat nak jumpa sanak saudara di kampung.
Sanggup berjalan jauh semata-mata nak berkumpul dengan keluarga tersayang di kampung. Haaa… tetapi sebelum pulang beraya sakan, tolong semak balik apa yang Pakar Perubatan Keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong ini kongsikan.
Sangat penting untuk buat persediaan awal sebelum pulang.
Sebelum Ibu Hamil Pulang Beraya
1. Bawa Buku Rekod
Sila bawa buku rekod antenatal anda masa pulang bersama. Letak dalam beg tangan bagaikan kita bawa pasport. In case ada kecemasan semasa di kampung, senang untuk perawat membuat rujukan tentang masalah anda.
Kalau dah masuk third trimester, jangan lupa siapkan barang kelengkapan ke hospital sebagai persediaan awal. You may go into labour while u were celebrating Raya kat kampung.
2. Kes Tumpang
Sekiranya anda ingin berjumpa doktor atau jururawat di tempat anda bercuti, jangan expect anda akan terus dilihat pada hari yang sama. Anda mungkin diberi temujanji pada hari berlainan kerana anda adalah KES TUMPANG dan staff kena mengutamakan kes temujanji mereka yang sedia ada. Melainkan kes anda adalah emergency case.
Tambahan pula, musim perayaan, bilangan staff yang bertugas di klinik akan kurang untuk memberi peluang ada yang bercuti.
3. Jangan Tinggal Ubat
Ubat-ubat yang perlu diambil jangan dilupakan. Masukkan dalam beg tangan siap-siap. Contohnya vitamin hematinik, ubat darah tinggi mahupun insulin. Anda tidak mahu keputusan bekalan ubat di saat orang sibuk beraya, tambah-tambah banyak klinik yang tutup.
4. Jangan lupakan NURSE
Bagi yang bercuti lama-lama di kampung, ibu-ibu sila lah bagitahu kepada jururawat yang incharge kawasan anda sekiranya anda terpaksa mungkir temujanji. Contohnya temujanji seterusnya jatuh pada hari anda berada di kampung, boleh bagitahu jururawat dan minta tarikh temujanji baru. Ia boleh dilakukan melalui telefon mahupun datang sendiri ke kaunter klinik.
5. Kawal Pemakanan
Jagalah makan anda. Jangan lah terlampau makan tanpa sekatan, walaupun anda tiada masalah kencing manis. Memakan kuih-kuih dan juadah yang tinggi gula serta karbohidrat seperti lemang, nasi minyak, kuah kacang (sekadar menyebut beberapa) akan meningkatkan berat badan dengan cepat. Nanti berat bayi dalam kandungan pun akan mencanak-canak naik.
Bayi obese (big baby) bukanlah satu berita baik bagi kami, lebih-lebih lagi kepada yang bakal menyambut bayi di bilik bersalin.
Banyakkan minum air masak.
Lebihkan bergerak dan membuat kerja rumah yang ringan. Risiko darah beku lebih tinggi sekiranya ibu tidak aktif dan banyak berbaring sahaja.
6. Jangan Pakai Baju Ketat Sangat
Dan sila lah pakai baju yang longgar dan selesa semasa beraya. Tak perlu ketat-ketat sangat, agar sentiasa tampil sopan. Siapa kata ibu mengandung tak boleh bergaya kan? Dan kalau ada beg, sila lah pakai beg tote yang boleh muat banyak barang. Anda perlu praktis bawa beg besar mulai dari sekarang.
7. Tolonglah Berhenti-henti Kejap
Last but not least, sekiranya anda mengambil flight atau duduk dalam kereta berjam-jam lamanya, sila lah berhenti atau berjalan-jalan setiap 2-3 jam.
Duduk tanpa bangun melebihi 4 jam terus menerus akan meningkatkan risiko darah beku. Bagi yang memandu, boleh berhenti di R&R dan bangun ke tandas atau untuk membeli kudapan ringan.
Rancang Perjalanan, Biar Selamat
Faham, kalau boleh nak cepat sampai tetapi jangan sampai risikokan kandungan, ya. Paling penting, ibu hamil jangan amalkan menahan kencing kerana risiko jangkitan kuman pada saluran kencing lebih tinggi semasa anda mengandung.
Selamat pulang berhari Raya, bakal-bakal ibu, Kesihatan dan keselamatan anda, adalah doa kami semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...