
Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati, urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.
Inilah dilakukan oleh Prof Muhammad Kamarul Kabilan yang bertindak memimpin solat jenazah isteri kesayangannya, arwah Nadiah Kasumawati yang diberikan meninggal dunia di Jeddah selepas dilaporkan hilang di Jeddah 14 Januari lalu. Solat jenazah arwah telah dilakukan selepas Subuh pagi tadi di Masjid Althaniyan, Jeddah. Lebih menyentuh hati, jenazah pelakon ini dimandikan sendiri oleh anak perempuan mereka, Sarah dengan dibantu oleh kawannya.
“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya, alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am,”katanya yang turut berkongsi solat itu dilakukan lebih 500 orang di Masjid Althaniyan, Jeddah.
Dalam pada itu, di media sosialnya, Muhammad Kamarul turut berkongsi coretan buat isteri dikasihi dan setiap kata-katanya dilihat amat menyentuh hati. Penuh kasih sayang dan rasa cinta buat isteri dikasihi.
“Menuju perjalanan akhir. Sungguh hati ini rasa cemburu. Kira-kira 500 orang menyertai solat jenazahmu selepas waktu Subuh. Jika aku memperoleh separuh jumlah darinya di pengakhiran hidup ini, dirinya ini sudah cukup bahagia.
“Pengakhiran yang baik dilalui olehmu membuatkan hati ini rasa gembira. Namun rasa sedih masih menyelubungi hati ini kerana tak berapa lama lagi kaki ini melangkah menghampiri rumah baharumu.
“Sayang, kau sememangnya layak memperoleh semua kebaikan di akhir hayat ini. Setelah apa yang dirimu lalui. Bekerja tanpa mengenal penat, bermandi peluh dan air mata demi suami dan anak-anak.
“Biarlah Allah yang melayani dan membalas SEMUA kebaikan, kasih sayang dan cinta yang telah kau curahkan kepadaku, kepada anak-anak, keluarga, sahabat dan jiran sepanjang tahun-tahun ini. Aamin. Oh ya, suhu di rumah baharumu 22 darjah seperti yang pernah kau katakan kepada Sarah, “Malaysia sangat panas!” Sekarang, kau berada di tempat yang lebih sejuk.
Betapa mendalamnya kasih seorang suami, Muhammad Kamarul turut berkongsi “rumah terakhir” yang menjadi persinggahan kekal buat isterinya di mana arwah Nadiah Kasumawati telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baharu Dahaban Jeddah, Arab Saudi sekitar jam 7.35 pagi waktu Arab Saudi.
“Hati ini sarat dengan pelbagai rasa tapi saya tahu awak di tempat yang lebih bahagia, lebih tenang dan damai. Selamat tinggal, sayang. Insya Allah, saya dan anak-anak akan datang menziarahi awak tidak lama lagi, amiin.
Sebelum ini media melaporkan Prof Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya berlepas ke Jeddah menerusi penerbangan Saudia jam 5.30 petang semalam bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital.
Sebelum ini, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 14 Januari lalu.Kredit :- FB Muhammad Kamarul.