Ads

Suami Imamkan Sendiri Solat Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan Anak Perempuan Arwah

Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati,  urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.

Inilah dilakukan oleh Prof Muhammad Kamarul Kabilan yang bertindak memimpin solat jenazah isteri kesayangannya, arwah Nadiah Kasumawati yang diberikan meninggal dunia di Jeddah selepas dilaporkan hilang di Jeddah 14 Januari lalu. Solat jenazah arwah telah dilakukan selepas  Subuh pagi tadi di Masjid Althaniyan, Jeddah. Lebih menyentuh hati, jenazah pelakon ini dimandikan sendiri oleh anak perempuan mereka, Sarah dengan dibantu oleh kawannya.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya, alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am,”katanya yang turut berkongsi solat itu dilakukan lebih 500 orang  di Masjid Althaniyan, Jeddah.

Suami Imamkan Sendiri Solat  Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan Anak Perempuan Arwah

Dalam pada itu, di media sosialnya, Muhammad Kamarul turut  berkongsi coretan buat isteri dikasihi dan setiap kata-katanya dilihat amat menyentuh hati. Penuh kasih sayang dan rasa cinta buat isteri dikasihi.

Ads

“Menuju perjalanan akhir. Sungguh hati ini rasa cemburu. Kira-kira 500 orang menyertai solat  jenazahmu selepas waktu Subuh. Jika aku memperoleh separuh jumlah darinya di pengakhiran hidup ini, dirinya ini sudah cukup bahagia.

Suami Imamkan Sendiri Solat  Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan Anak Perempuan Arwah
Muhammad Kamarul mengimamkan sendiri solat jenazah isterinya buat kali terakhir

“Pengakhiran yang baik dilalui olehmu membuatkan hati ini rasa gembira. Namun rasa sedih masih menyelubungi hati ini kerana tak berapa lama lagi kaki ini   melangkah  menghampiri rumah baharumu.

Ads

“Sayang, kau sememangnya layak memperoleh semua kebaikan di akhir hayat ini. Setelah apa yang dirimu lalui. Bekerja tanpa mengenal penat, bermandi peluh dan air mata demi suami dan anak-anak.

Suami Imamkan Sendiri Solat  Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan Anak Perempuan Arwah
Hampir 500 orang bersolat jenazah selepas Subuh pagi tadi di Masjid Althaniyan, Jeddah

“Biarlah Allah yang melayani dan membalas SEMUA kebaikan, kasih sayang dan cinta yang telah kau curahkan kepadaku, kepada anak-anak, keluarga, sahabat dan jiran sepanjang tahun-tahun ini. Aamin. Oh ya, suhu di rumah baharumu  22 darjah seperti yang pernah kau katakan kepada Sarah, “Malaysia sangat panas!” Sekarang, kau berada di tempat yang lebih sejuk.

Ads

Betapa mendalamnya kasih seorang suami, Muhammad Kamarul turut berkongsi “rumah terakhir” yang menjadi persinggahan kekal buat isterinya di mana arwah  Nadiah Kasumawati telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan  Baharu Dahaban Jeddah, Arab Saudi sekitar jam 7.35 pagi waktu Arab Saudi.

Suami Imamkan Sendiri Solat  Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan Anak Perempuan Arwah
NADIAH KASUMAWATI BT ABDUL KARIM COLUMN 23, ROW 12, BLOCK 8, DAHABAN NEW CEMETARY, JEDDAH SAUDI ARABIA.
Suami Imamkan Sendiri Solat  Jenazah Nadiah Kasumawati, Urusan Mandi Dilakukan Anak Perempuan Arwah
Tanah Perkuburan di Dahaban, Jeddah Arab Saudi yang menjadi destinasi akhir Nadiah selepas dilaporkan hilang ketika transit di Airport Abdulaziz sebelum berlepas ke London

“Hati ini sarat dengan pelbagai rasa tapi saya tahu awak di tempat yang lebih bahagia, lebih tenang dan damai. Selamat tinggal, sayang. Insya Allah, saya dan anak-anak akan datang menziarahi awak tidak lama lagi, amiin.

Sebelum ini media melaporkan Prof Muhammad Kamarul  bersama anak perempuannya berlepas ke Jeddah menerusi penerbangan Saudia  jam 5.30 petang semalam bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital.

Sebelum ini, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 14 Januari lalu.Kredit :- FB Muhammad Kamarul.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Obses Kecantikan: Apabila Impian Menjadi Karma Tubuh – Dr. Malar

Minum jus atau makan suplemen tidak akan mengubah DNA kita. Kalau kulit gelap, ia kekal gelap. Begitu juga dengan bentuk tubuh. Tiada jalan pintas.