
Suami didakwa kena azab kubur kerana tak beri nafkah, gambar ular 2016 di Turki jadi pelaris kisah viral. Baru-baru ini, tular di media sosial satu gambar menggemparkan memaparkan sekumpulan ular muncul dari dalam tanah kubur, disertai dakwaan bahawa ia adalah bukti “azab kubur” terhadap seorang lelaki yang mengabaikan nafkah terhadap isteri dan anak-anaknya.
Gambar itu dikaitkan dengan satu kisah beremosi yang diceritakan oleh seorang wanita yang mendakwa bapa saudaranya disambut ular ketika dikebumikan. Katanya, arwah semasa hidup bersikap baik pada orang luar namun dikatakan lalai menunaikan tanggungjawab dalam rumah tangga.
Bahasa yang digunakan, suami tidak memberikan isteri nafkah kerana gaji isteri besar dan ketika hari pengebumian suami tersebut, isterinya tidak redha dan kerana itulah ular memenuhi kubur lelaki tersebut.
Suami Didakwa Kena Azab Kubur Kerana Tak Beri Nafkah
Nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah wajib bagi seorang lelaki bergelar suami.
Surah al-Baqarah, ayat 233 menyebut “Dan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Kewajiban ayah menanggung makan dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani, kecuali sesuai dengan kemampuannya.
Ayat ini menegaskan bahawa bapa (suami) bertanggungjawab menyediakan nafkah zahir, termasuk makanan dan pakaian, kepada isteri (terutama dalam konteks menyusukan anak). Ini adalah perintah langsung, bukan cadangan atau pilihan.
Begitu juga, surah at-Talaq, ayat 7 yang menyebut:-
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang sempit rezekinya hendaklah memberi nafkah dari apa yang Allah beri kepadanya. Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut apa yang Allah berikan kepadanya…”
(Surah At-Talaq, 65:7)
Ayat ini menunjukkan nafkah wajib diberikan mengikut kemampuan seorang suami itu namun tetap wajib bukan diabaikan.
Jadi dalam bab nafkah, lelaki wajib menunaikannya.
Gambar Ular 2016 Di Turki Jadi Pelaris Kisah Viral
Namun melebih-lebih bahawa adanya azab kubur dengan ular keluar melingkar ketika pengebumian boleh menjadi fitnah pada zaman ini.
Tidak pasti adalah kisah tular ini betul tetapi jika gambar digunakan, ia ternyata bukan kejadian baru.
Semakan dapati ular ditemui dalam lubang berlaku pada tahun 2016 di Turki. Kejadian dirakam di Bornova, İzmir, Turki, semasa kerja-kerja penggalian tanah menggunakan jengkaut tetapi ia tidak dikaitkan dengan azab kubur.

Sedikit info, dari sudut sains pula, ular memang hidup dalam tanah terutamanya di kawasan lembap dan tenang seperti tanah perkuburan yang tidak diganggu manusia. Ular jenis Natrix tessellata dan Eryx jaculus misalnya, biasa ditemui di kawasan selatan Eropah dan Asia Barat termasuk Turki.
Naratifnya menggunakan gambar ular yang menunggu lelaki bergelar suami yang tidak memberikan isteri nafkah semasa hidup, boleh dipandang dari pelbagai sudut. Paling penting, jangan mengaibkan jenazah kerana pembalasan diterima lelaki yang gagal dalam bab nafkah adalah urusannya bersama Allah SWT.
Kisah suami mengabaikan nafkah memang perlu diberi perhatian. Ia satu pengabaian amanah yang berat. Namun, menyebarkan gambar dan naratif tanpa bukti, lalu mengaitkannya terus dengan “azab kubur”, boleh mencetuskan fitnah terhadap si mati dan keluarganya.
Azab adalah urusan Allah, bukan keputusan kita berdasarkan gambar tanpa konteks.
Jangan tunggu tanah berbicara baru kita menyesal. Amanah nafkah itu bukan pilihan, tapi jalan ke syurga atau ke balasan yang tidak terduga.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI