Berita Sosial

Suami Datang Nak Jemput Isteri, Terkejut Tengok Ada Dua Orang Terbaring Bertindih Atas Tanah

Share

Semalam tular kisah seorang suami datang nak jemput isteri balik kerja tetapi dikejutkan dengan pemandangan dua wanita terbaring kaku kerana terkena renjatan elektrik ketika berada di kolam ternakan ikan.

Suami Datang Nak Jemput Isteri

Apa yang lebih menyayat hati, salah seorang mngsa baru sahaja menjalani latihan industri dan masih mempunyai dua anak kecil.

Menerusi laporan Astro Awani

, kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 petang Ahad di Kampung Air Tawar, Kuala Besut. Mangsa ialah pemilik kolam ikan, Wan Adilah Wan Awang, 49, dan pelajar praktikal, Rubayyi Razak, 27.

Kedua-duanya ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah paip di kawasan kolam.

Terkejut Tengok Ada Dua Orang Terbaring Bertindih Atas Tanah

Suami Rubayyi, Wan Muhammad Naim, datang untuk menjemput isterinya pulang berehat. Namun, dia terkejut apabila menemui isterinya bersama majikan terbaring di lokasi.

“Dari jauh saya nampak ada dua orang terbaring atas tanah dalam keadaan bertindih. Apabila saya dekat, barulah nampak rupanya kedua-duanya adalah isteri saya serta majikannya.”

Pada mulanya dia tidak mengetahui siapa mereka. Namun apabila semakin dekat, dunia seakan-akan terhenti seketika. Rupanya terbaring di situ adalah isteri tercinta dan majikannya. Kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

Dia tidak berani menghampiri kerana bimbang masih terdapat arus elektrik dan segera mendapatkan bantuan.

Rubayyi merupakan pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Biodiversiti di UiTM Kampus Jengka. Allahyarham menjalani latihan industri sejak 10 Ogos lalu dan dijangka tamat awal Oktober.

Pemergiannya meninggalkan suami serta dua anak kecil berusia dua tahun dan empat bulan.

Menurut kenalan rapatnya pun, allahyarhamah seorang wanita yang kental, kuat berusaha dan tidak mudah mengalah. Insya-Allah, segala usaha, jasa dan kebaikan yang ditinggalkan akan terus dikenang.

Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga arwah Wan Adilah dan Rubayyi ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

 

Published by
Nadia Mohamad