Akibat cemburu, seorang lelaki sanggup mengikat dan mencederakan isterinya. Tindakan itu dilakukan selepas si suami mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Lelaki berusia 42 tahun itu juga turut mengugut untuk membakar dan membunuh mangsa.

Suami Cemburu, Isteri Diikat, Diugut Bunuh, Bakar Rumah

Kejadian yang berlaku di Kampung Baru Alai, Gerik itu telah mengakibatkan mangsa, seorang guru mengalami lebam di pergelangan tangan dan kaki kesan diikat dengan tali dan luka di dada akibat cecair lilin.

Artikel lain: Cemburu Bukan Tak Boleh Tapi Kalau Berlebih-lebih Boleh Jadi Racun

Difahamkan, semasa kejadian mangsa berusia 36 tahun sedang tidur di bilik rumahnya sebelum dikejutkan suspek dengan meletakkan pisau pada leher.

Lelaki itu kemudiannya mengikat tangan dan kaki mangsa menggunakan tali selain mengugut akan membunuh wanita terbabit sekiranya tidak memberi kerjasama.

Suami Cemburu, Isteri Diikat, Diugut Bunuh, Bakar Rumah

Tindakan suspek itu dilakukan selepas mengesyaki isterinya membawa masuk lelaki asing ke rumah untuk beraya ketika ketiadaannya.

Mangsa telah menafikan perkara itu dan merayu agar dilepaskan, namun tidak diendahkan sebaliknya suspek mengugut mahu membakar mangsa dan rumah sekiranya tidak mengaku.

Difahamkan, mangsa berjaya melepaskan diri dengan memberi alasan mahu ke bilik air dan segera beredar keluar dari rumah menggunakan kereta.

Ads

Suami Cemburu, Isteri Diikat, Diugut Bunuh, Bakar Rumah

Mangsa yang dalam ketakutan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Lalang.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Ads

Sumber: Sinar Harian

Baca lagi: Jangan Mudah Cemburu Elak Suami Cari Lain

Angkara Cemburu! Seorang Suami Tergamak Tetak Isteri Hingga Mati

Ads

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI