Suami belasah isteri di penjara 3 bulan, denda RM2000. Kata hakim isteri bukan punching bag. Pasti ramai yang masih mengingati video tular di media sosial di mana seorang suami tanpa belas kasihan bertindak menarik rambut dan menendang isteri sebelum perbuatan itu dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Susulan tindakan kejam itu, polis menjalankan siasatan dan membawa kes ini ke pendakwaan. Berjalan begitu pantas, kes yang menarik perhatian ramai ini akhirnya menemui titik noktah apabila hakim menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan ke atas tertuduh.
Memetik Harian Metro, lelaki berkenaan yang juga bekas suami kepada penyanyi dangdut, yang merupakan seorang ahli perniagaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, selepas didapati bersalah memukul isterinya.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Reduan Mahamood, 58, yang mengaku bersalah.
Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan.
Nik Siti Norazlini dalam hujahnya turut menasihati tertuduh dan mengharapkan hukuman itu dapat memberi pengajaran kepadanya.
Ads
“Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiapa sekali pun,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adriana Mohd Arif, 45, dengan memukul serta menendang mangsa. Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, di sini, pada 14 November lalu.
Ads
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari.
Terdahulu, Mohd Shafiq memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap Reduan dengan alasan dia sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Malah katanya, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah penyara utama keluarga.
Ads
Bagaimanapun Norfarhanim memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran supaya tertuduh lebih bijak dalam mengambil sebarang tindakan pada masa akan datang.
Pada 19 November lalu, Harian Metro melaporkan polis menahan bekas suami penyanyi dangdut yang memukul isterinya sebelum kejadian itu tular di media sosial, baru-baru ini. Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular pada 17 November lalu.
Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.
Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan ssuami ebagai tanda memohon maaf kepada individu terbabit.
Shuib mohon semua mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin. Abang Siti Sarah yang kini di hospital telah ditidurkan bagi membolehkan paru-paru berehat.
Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, bagi membolehkan paru-parunya berehat.
Perkara ini dikongsikan pelawak, Shuib Sepahtu di akaun Instagram (IG), awal pagi tadi.
Mohon Mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin
“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.
Menurut Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.
DiTidurkan Bagi Membolehkan Paru-Paru Berehat
Tambah Shuib, “Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.
“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.
Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Pada Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera. Amin.
Mak-mak yang sedang menyusukan bayinya secara ekslusif tidak perlu berasa bimbang dan menghentikan penyusuan ibu. Kerana, Covid-19 tidak berjangkit melalui susu ibu.
Hal ini ditegaskan oleh Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Haliza Yussoff yang mana beliau menyeru agar ibu semua ibu yang sedang menyusukan bayi di rumah teruslah berbuat demikian.
Panduan Menyusukan Bayi Semasa Wabak Covid-19
Maklumnya,
Buat pengetahuan semua, COVID-19 tidak berjangkit melalui susu ibu. Dengan mengambil kira manfaat penyusuan susu ibu serta kelebihan yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.
Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyeru semua ibu di Malaysia untuk terus menyusukan bayi dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut:
1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). 2. Kepada ibu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafsan seperti batuk, demam dan/atau kesukaran bernafas, segera mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. 3. Sekiranya batuk, sentiasa mengambil etika batuk yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin dan membasuh tangan serta mengasingkan diri daripada bayi kecuali pada waktu penyusuan.
Jika Ibu Positif Covid-19, Teruskan Penyusuan Ikut Langkah Ini
1. Sekiranya ibu telah disahkan positif COVID-19, ibu perlu guna topeng muka (facemask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik yang betul sebelum dan selepas memegang bayi. 2. Sekiranya ibu mengalami gejala yang teruk disebabkan oleh jangkitan COVID-19 adalah dinasihatkan untuk memerah sisi ibu(express breast milk) dan dapatkan orang yang sihar untuk memberikan susu perahan ibu kepada bayi dengan menggunakan sudu dan/cawan yang bersih.
Penyusuan ibu adalah terbaik dalam pelbagai situasi. Semoga semua ibu dan bayi di Malaysia dilindungi.
MW :Semoga ibu dan bayi dilindungi daripada virus Covid-19 yang semakin menular ini.
Bila ada pengkritik fesyen memuat naik satu status larangan individu 60 kg menghadiri fashion show, ramai sungguh yang memberi sokongan moral pada mereka yang bersaiz besar ini. Pelakon Fasha Sandha pun sama turut mempersoalkan ‘mengapa berat 60 kg tak boleh ke pertunjukan fesyen?’.
“Apa masalahnya kalau orang saiz besar nak pergi fashion show?” Ini respons Fasha yang dimuat naik dalam instagram miliknya.
Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 34 yang ketika ini sedang menjalani penggambaran drama ‘Istana Firdausi’ turut terkesan dengan status sedemikian.
“So what if manusia berate lebih 60 kg nak pergi fashion show? Apa masalahnya? Dulu I pun pernah lebih 60 kg. Haih.. Apa laa..” tambah ibu kepada dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Saya Pernah Lebih 70 KG, Walau Sekarang Dah 57.8 KG
Fasha juga memaklumkan betapa satu cabaran bagi orang yang genetiknya berbadan besar nak jaga badan. Macam-macam usaha perlu dilakukan demi nak dapatkan badan langsing. Fasha memahami kesukaran tersebut.
“Tak baik hina orang yang genetik memang dah semulajadi besar. Kalau jenis kurus kering sebab genetik, memang selamanya akan kecik walau melantak 2 pinggan nasi.”
“You tau betapa seksanya orang yang genetik berbadan besar ni jaga badan? Makan pun kena catu tau. Kepada yang dihina oleh wanita jelita kurus tersebut. Saya harap awak tabah.”
“Jangan risau, saya pun pernah lebih 70 kg walaupun sekarang dah 57.8 kg.”
“Kita sama-sama buktikan, kita boleh berjaya. Saya sokong team perempuan besar.”
Tapi Persoalannya..
“Apa masalahnya kalau orang saiz besar nak pergi fashion show? Sepatutnya orang bijak pandai fashion macam you, bagi semangat pada orang. Bukan memberi hinaan”
“Orang bersaiz besar pun layak untuk berfesyen dan bergayakan?” Benarlah seperti kata Fasha ini, wanita bersaiz besar pun tetap punya perasaan mahu kelihatan cantik dan berpakaian menawan.
Malah di New York Fashion Week 2018 pun ada saga model plus-size yang berjalan catwalk di pentas runaway. Mungkin ‘dia’ tak tahu wanita chubby ni sweet dan ada aura tersendiri sebenarnya.
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.