
Suami Amyza Aznan reda permegian Andre Mikhail, dia kembali pun pada bulan Ramadan. Dengan emosi yang tenang, itulah yang diluahkan dari hati seorang ayah, Khairil Idzar yang merupakan suami kepada pelakon wanita ini.
Sejak tahun lepas, ramai yang mengikuti perkembangan kisah anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail dan akhirnya anak soleh itu menghembuskan nafas terakhir pada bulan Ramadan.
Tidak layak rasanya nak minta Amyza Aznan bersabar. Suaminya juga sakit. Anak kedua juga kena kanser. Beratnya dugaannya.
Gelap dunia ibu apabila kehilangan anak. Dan malam ini pulangnya anak pertamanya ke negeri abadi.
Bagaimanapun, Khairil atau nama penuhnya Khairil Idzhar Md Nazir reda dengan ketentuan llahi dan menganggap pemergian anaknya pada bulan mulia itu sebagai satu penguat semangat buat dirinya.
“Dia pergi di bulan Ramadan. Itu yang menguatkan saya.
“Saya ada bersama Allahyarham (meninggal), semuanya dipermudahkan. Pemergiannya terlalu mudah,” katanya lagi.
Khairil berkata demikian ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Khairil menyifatkan Andre sebagai seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan keluarga meskipun sedang menanggung derita akibat kanser paru-paru sejak tahun lalu.
“Dia anak yang baik. Tidak menyusahkan saya walaupun dalam keadaan sakit.
“Dia tak dapat bercakap ketika nafas terakhirnya. Doktor dah maklumlan semalam yang
keadaannya kritikal,” ujarnya.
Menurut Khairil, Andre telah setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga dan sepanjang tempoh itu arwah sentiasa kelihatan ceria walaupun terpaksa menahan kesakitan.
“Anak saya setahun melawan sakit kanser. Dia tetap gembira walau sakit. Dia ada tanya kenapa makin lama makin tidak kuat, tapi itulah prosesnya kan,”
tambahnya.Untuk rekod, Andre menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam Isnin akibat kanser paru-paru.
Jenazah bakal disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada pagi Selasa.
Sumber gambar: Media Hiburan