Senangnya nak buat Strawberry Cheesecake Rolls ini, guna 5 bahan je.Rangup di luar, manis dan lemak berkeju di dalam. Tak perlu renyah nak buat macam-macam langkah untuk hasilkan ‘dessert’yang sedap. Bagi penggemar cheese, resipi ini wajib dicuba.Cuti sekolah dah nak mula hujung minggu ni, bolehlah buat dengan anak-anak.

Berikut merupakan perkongsian resipi daripada Puan Hurun’lin Malik sebagai rujukan.

“Omaigadd! Hmm good bak kata anak ain.Sedap kot. Main taram je tu, tersedap pulak. Guna bahan ape ade je, bayangkan cuma 5 bahan je. Ain bagi nama strawberry cheesecake roll. hihi suka ati je. Jom tengok apa bahan-bahannya”.

Strawberry Cheescake Rolls

Bahan-bahan:

10 keping kulit popia
250g cream cheese
6 biji strawberry (potong kecil)
2 sudu besar gula aising
4 titik esen vanilla
*Tambahan gula aising untuk ditabur

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.

IKLAN

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese.

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

4. Kemudian, tutup dengan lapisan cream cheese lagi.

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!5. Lipat popia macam biasa.

IKLAN

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

6. Goreng sehingga kekuningan.

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!7. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.

IKLAN

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

Siap!

Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

Baca lagi Di Sini: Resipi Cheese Tart Magnum Buncit, Puas Hati Makan Penuh Keju Selambak!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Mak-mak bolehlah cuba resipi simple dan sedap ini dengan anak-anak di rumah.

Sumber: Hurun’lin Malik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI