Stop That Dot Together: HOMESOY Menggalakkan Wanita Melakukan Pemeriksaan Payudara Bersama Orang Tersayang Dan Membina Kehidupan Yang Sihat

Share

Bulan Oktober diraikan di seluruh dunia sebagai bulan kesedaran kanser payudara, satu inisiatif global untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan pengesanan awal dan rawatan segera.

Di Malaysia, kanser payudara kekal sebagai punca utama kematian akibat kanser dalam kalangan wanita. Namun, berita baiknya ialah peluang untuk sembuh jauh lebih tinggi jika ia dikesan awal. Justeru, bulan ini menjadi seruan buat setiap wanita untuk mengambil langkah kecil demi kesihatan yang besar ertinya.

Wanita, sedarlah — setiap titik kecil mungkin membawa makna besar. Kadangkala, tanda amaran itu hadir tanpa disedari dan sering kita abaikan.

Dalam kesibukan mengejar masa dan tanggungjawab, ramai antara kita terlupa akan satu perkara penting — mengenali tubuh sendiri. 💗

Kempen ‘Stop That Dot Together’ oleh HOMESOY dilancarkan bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025. HOMESOY bukan sekadar mengingatkan, tetapi turut menggerakkan dan mengajak wanita untuk menyemak, menyedari, dan bertindak demi kesihatan payudara mereka.

Pengesanan Awal Selamatkan Nyawa

Menurut laporan World Health Organization (2020), 1 daripada 20 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payudara. Namun anda perlu sedar sebenarnya jika pengesanan awal  dilakukan akan menyelamatkan nyawa.

Dek kerana itulah HOMESOY memainkan peranan bukan sahaja sebagai minuman sihat, tetapi juga simbol sokongan terhadap kesedaran wanita.

Kajian saintifik menunjukkan soya boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, terutamanya dalam kalangan populasi Asia yang mempunyai pengambilan soya yang tinggi. Ini disokong oleh isoflavon iaitu sejenis fitoestrogen atau estrogen berasaskan tumbuhan yang wujud secara semula jadi dalam kacang soya. Isoflavon ini berpotensi untuk membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Untuk mendapatkan manfaat ini, susu soya merupakan pilihan yang sangat mudah. Secara amnya, semakin tinggi kandungan protein soyanya, semakin banyak isoflavon soya yang terkandung di dalamnya.

Susu soya HOMESOY 3.0 merupakan sumber protein berkualiti tinggi, kalsium, dan serat pemakanan. Malah menjadikan HOMESOY 3.0 pilihan bijak untuk kesejahteraan wanita moden.

Bukan Sekadar Soya Biasa

Siapa sangka, dalam segelas kecil HOMESOY 3.0 tersimpan kebaikan besar untuk tubuh wanita. Ia bukan sekadar minuman soya biasa, tetapi padat dengan nutrisi yang menyokong kesihatan harian. Bayangkan, setiap gelas mengandungi protein sebanyak 7.5 gram, bersamaan dengan sekeping keju cheddar untuk membantu membina dan memulihkan otot.

Bukan itu sahaja, kandungan kalsiumnya setara dengan segelas susu lembu (300mg) yang membantu menguatkan tulang dan gigi, manakala serat pemakanan sebanyak 3.8 gram (sama seperti sebiji epal kecil) membantu melancarkan sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

Diperkaya dengan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik, HOMESOY 3.0 turut menjadi pilihan sempurna bagi mereka yang intoleransi laktosa. Dalam setiap tegukan, ada rasa enak yang menenangkan, dan kebaikan yang memelihara keseimbangan dalaman wanita setiap hari.

Di saat anda menikmati segelas HOMESOY, ingatlah ianya bukan sekadar minuman. Ia satu peringatan khas buat anda di mana sayangi diri, periksa diri dan teruskan hidup dengan sihat dan berani.

Jangan lupa SERTAI KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’ bersama insan tersayang. Daftar saringan payudara anda hari ini di homesoy.my

 

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh