span dan pencuci botol

Kadang mungkin ada mak-mak terlepas pandang bab penggunaan span dan pencuci botol susu anak, lama tak tukar sampai dah lunyai dan warna pun berubah.

Macam situasi yang Doktor Saidatul Husna dan saudara Mohd Fhais kongsikan ini, baru perasan span pencuci pinggan dan pencuci botol susu anak sebenarnya sudah patut diganti baru.

Haaa… jangan pandang remeh ya, sebab dari benda sekecil-kecil inilah penyakit boleh singgah.

Basuh Pinggan Tapi Ternampak Rupa Span

Tadi Sai tolong ummi masak kat dapur. Masa tengah basuh pinggan, tengok kat span. Eh! dah kotor sangat ni. Nampak lama. Dah lusuh dan lunyai.

Mujur kat rumah ada span lain. Terus ganti yang baru.

Sai lupa yang ummi ada kencing manis. Boleh pulak Sai biar span tu tak berganti baru. Padahal situlah tempat kuman paling banyak membiak.

Alahai…

Sai risaukan ummi je. Sebab kalau tangan dia luka terkena pisau ke apa, kuman dari span ni akan masuk ke kawasan luka dan berenang ke salur darah. Sangat bahaya bagi mereka yang ada kencing manis.

Pesakit kencing manis ni sistem imun tubuh tak macam kita. Sistem imun mereka sangat lemah. Luka sikit pun dah boleh kena macam macam jangkitan.

Lagi bahaya kalau luka tu dari betis ke bawah. Kalau penjagaan diri tak rapi, silap haribulan mereka boleh kehilangan kaki.

Span yang guna sampai berbulan bulan ni, ada kemungkinan besar kuman yang berbahaya untuk perut seperti E-Coli masih hidup.

**(E-Coli cara sebut E-Kolai).

Tanda tanda dijangkiti E Coli yang ada shiga toxin, kita akan demam, muntah muntah dan cirit birit. Kalau ada anak kecil kena hati hati dengan E Coli ni.

Jadi, jangan biarkan span kat sinki tu jadi tempat kita membiak kuman ya.

Bersihkan Span

Sebenarnya, ada je cara nak bersihkan sendiri. Sama ada,

1) Rebus di atas dapur dengan api yang besar. Tak lama, dalam 5 minit je.

2) Kalau ada microwave lagi bagus.
Rendam span dalam air dan guna kepanasan yang tinggi. 2 minit dah okay.

3) Atau paling mudah, beli je baru. Yang mesra pinggan mangkuk. Erti kata lain mudah nak lentok masuk celah celah bekas. Boleh tukar setiap 3 minggu.

Sai suka guna kain jaring macam dalam gambar. Mudah nak selit bahagian bekas yang sempit.

Mak ayah yang ada penyakit ni tubuh dan jiwanya sangat sensitif. Tu la kenapa kita wajib tahu serba sedikit tentang sakit mak ayah sebab kalau bukan anak, siapa lagi yang nak bertanggungjawab menjaga dan memberi khidmat pada mak ayah kita kan.

Periksa Pencuci Botol Susu Anak Kita!

Haa… lepas check span basuh pinggan, mak-mak tolonglah tengok pencuci botol susu anak pula. Sebab pencuci botol susu anak pun guna span juga.

Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.

Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.

Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.

Secara logiknya span tu memang dah terkumpul banyak kuman berbahaya terutamanya Escherichia Coli (E-Coli). Masa basuh botol tanpa sedar kuman ini boleh melekat semula pada botol.

Kita tak nampak ni !

Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.

Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.

Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.

1. Rendam/rebus span dengan air panas selama 5 minit.

2. Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.

Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.

Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.

Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.

Jangan Lupa Komen