
Pelakon jelita Siti Saleha Mohd Baharum, 35, mengotakan janji apabila berkongsi khabar gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita penuh makna itu diumumkan dalam suasana penuh tradisi dan kasih sayang menerusi majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut adat masyarakat Jawa, yang berlangsung baru-baru ini.
“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar.
Kami akan menimang anak lelaki,”
ujar Saleha yang menzahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis berkenaan.
Dalam majlis yang sarat simbolik dan adat itu, suaminya Joshua Fitton turut dilihat menyiram air mandian bunga ke atas isterinya. Satu lambang kasih dan restu buat si ibu yang sedang meniti fasa kehamilan.
Detik pengumuman jantina bayi diserikan lagi dengan kepulan asap berwarna biru, tanda kehadiran putera sulung yang bakal menceriakan rumah tangga pasangan ini.
Pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu mengumumkan dirinya sedang hamil pada Julai lalu dan kini kandungannya telah mencecah enam bulan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam majlis tertutup di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Meniti trimester akhir kehamilan, Saleha mengakui belum membuat sebarang persiapan menyambut kehadiran si kecil.
“Saya belum sempat sediakan apa-apa lagi.
Buat masa ini, saya lebih fokus menjaga tubuh dan kesihatan agar proses kelahiran nanti berjalan lancar,” katanya tenang.
Ditanya tentang perubahan emosi sepanjang kehamilan, Saleha mengakui dirinya masih mampu mengawal perasaan, terutama terhadap suami. Namun, dia sempat berseloroh apabila ditanya siapa yang menjadi ‘mangsa’ luahan hatinya.
“Emosi saya tak banyak berubah dengan suami,
cuma pengurus saya yang selalu jadi tempat saya lepaskan kalau ada apa-apa yang merimaskan,” katanya sambil tertawa.
Dengan wajah yang semakin berseri dan perut yang makin membesar, Siti Saleha kini kelihatan tenang dan bahagia meniti detik bergelar ibu, satu fasa baharu yang pasti mengubah rentak kehidupannya sebagai wanita, isteri dan bakal ibu.
Apa itu mitoni: Ia adalah upacara masyarakat Jawa bagi meraikan kehamilan, terutamanya apabila kandungan mencapai usia tujuh bulan.
Tujuan: Selain untuk meraikan kehamilan, majlis ini akan digabungkan dengan majlis pendedahan jantina anak sulungnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.