Siti Pesan, Umairah Jangan Lupa Mak Ayah “Jati Diri Mesti Kuat. Jangan Hanyut Dengan Cabaran Dunia Seni Penuh Dugaan”

Share

Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi remaja Umairah. Percaya akan bakat yang dimiliki anak kepada adiknya itu, Siti memuji Umairah mempunyai kelebihan istimewa termasuk kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Malah dirinya juga menyatakan Umairah memiliki bakat besar berbanding dirinya. Jika boleh dirinya mahu merealisasikan impiannya yang tidak kesampaian.

“Saya pernah berangan mahu tembusi pasaran China selepas menang di Shanghai.

“Pasukan sudah bersedia ketika itu, tetapi kerana saya berkahwin, impian itu terhenti. Kini saya mahu mencari ruang dan peluang itu untuk Umairah,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online.

Siti Pesan, Umairah Jangan Lupa Mak Ayah

Memberi pesanan buat Umairah, Siti menasihati agar Umairah sentiasa ingat jasa ibu ayah.

“Perkara paling utama adalah kesabaran, rajin memperbaiki kelemahan dan pandai berkomunikasi dengan semua orang.

“Memang penat jadi anak seni. Kena hadap banyak jadual seperti penggambaran muzik video, temu bual dan sebagainya.

“Tetapi kalau itu impian Umairah, dia perlu sabar dengan segala tanggungjawab. Jati diri mesti kuat. Jangan hanyut dengan cabaran dunia seni yang penuh dugaan. Jangan lupa mak ayah kerana itu asas segalanya,” ungkap Siti yang turut menasihati agar anak saudaranya itu tidak mengabaikan pelajaran.

Baca Disini : Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Published by
Norhayati Suboh