“Bukan titik terendah lah kita panggil, tapi titik yang kita rasa kita dah macam reda. Apa nak berlaku, berlaku lah. Itu masa fasa sebelum jadi isteri.
“Jadi saya memilih untuk berkahwin dengan Datuk K. Masa itu, peminat pun dah terbahagi dua, ada yang suka, ada yang tak suka. Ada yang setuju, ada yang tak setuju,” kongsinya dalam temubual tersebut.
“Ökey, Saya Reda”-Siti Nurhaliza
Pada masa sama, Siti percaya jika itu adalah jodohnya maka dia akan tetap meneruskan perkahwinan tersebut.
“Sebab saya cuba untuk pertama, itulah jodoh yang telah tertulis oleh Allah dan juga saya membina masjid.
“Rezeki Allah dah tetapkan. Apapun cabaran, dugaan ketika itu, saya serah pada Allah sahaja. Allah tentukanlah yang terbaik untuk saya. Kadang-kadang orang kata rezeki, jodoh, maut, semua di tangan Allah.
“Sebab apapun yang berlaku, di hujungnya nanti saya tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk saya,” ujarnya.
Peminat Terbahagi Dua
Malah selepas berkahwin, Siti tetap berusaha untuk terus kekal dalam industri meskipun sedar ada peminat yang sudah beralih arah.
“Selepas itu memang ada peminat yang terbahagi dua. Tak lama lepas saya dah bergelar isteri, mereka melihat macam mana Datuk K jaga saya.
“Saya masih lagi bekerja keras dalam industri. Akhirnya mereka semua kembali memberi kepercayaan kepada saya semula. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan itu.
“Itulah keadaan yang kalau ditanya, titik terendah saya itu. Bukan senang sebab ini adalah keputusan masa depan saya juga. Kalau silap, saya kena lalui sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur,” tambahnya.