Siti miliki kondo mewah di Dubai. Rezeki penyanyi popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza miliki rumah mewah yang terletak di Dubai.
Siti yang sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang sejak bergelar anak seni rezekinya melimpah ruah. Sikapnya yang merendah diri menjadi idola ramai. Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, ibu kepada dua orang cahaya mata ini sentiasa bekerja keras dalam karier seninya.
Terbaru dirinya memuat naik video kondominium mewah di The Address Residences, Dubai dengan kapsyen, “Alhamdulillah. Home Sweet Home”. Dari perkongsian tersebut anak tirinya, Asyraf Khalid membuat pendedahan menerusi Instagram Stories dengan mengucapkan tahniah kepada Siti.
Siti Miliki Kondo Mewah Di Dubai
Menerusi kapsyen Asyraf mengucapkan tahniah.
Ads
“Tahniah Mak Iti kerana memiliki rumah pertama di Dubai. Gembira dan bangga dengan kejayaan itu”
“Kejayaan ini memberikan inspirasi kepada saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah akan murahkan lagi rezeki Ayah & Mak Iti.
“Mak iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah dalam meningkatkan lagi kerjaya seni Mak Iti,” tulis Asyraf.
Dalam hantaran sama, Asyraf turut mengusik ibu tirinya itu dengan mengatakan dia kini tidak perlu lagi menyewa hotel apabila ke Dubai.
“Selepas ini jika ke Dubai, tak payahlah sewa hotel dah,” tulisnya lagi namun hantaran itu dipercayai sudah dipadamkan oleh Asyraf.
“Masih Kecil Dulu Tolong Ibu Jual Kuih, Siapa Sangka Rezeki Dari Allah” Netizen
Menerusi ruangan komen video di Tik Tok akaun watieysoong, netizen memberikan komen positif dan memuji sikap Siti yang sentiasa rendah diri. Malah mengucapkan tahniah buat Siti.
“Rezeki dia yang masih kecil dulu hanya tolong ibu jual kuih sapa sangka pengakhiran nya rezeki dr Allah dah tertulis..tahniah tokti” titaabah.
Bulan Disember Kalau Ada Penyakit HATI ‘Hepatitis S’ Jangan Layari Media Sosial. Meskipun, penyataan ini sinis, namun memang ada benarnya. Bulan Disember, cuti sekolah panjang ramai yang membawa keluarga dan anak-anak pergi bercuti.
Namun jika ada perasaan cemburu, dengki, atau tak senang dengan perkongsian kawan-kawan mengenai percutian mereka yang dianggap ‘menunjuk-nunjuk’, sebaiknya jangan ‘skodeng’ atau layari media sosial seperti FB dan IG bulan ini.
Bulan Disember, kalau ada penyakit hati Hepatitis S, jangan layari media sosial.
Hepatitis S di akibatkan oleh virus setan. Nanti makin tenat penyakit hati tu. Bawak berubat dulu. Bila rasa dah ok, baru tengok balik FB & IG.
Saat status ini di tulis, kawan kawan saya ada yang bercuti bawa family ke Istanbul, ada yang ke Perth, ada yang di Jepun.Bulan Disember sempena cuti sekolah panjang, memang ramai yang melancong jauh.
Bila mengidap Hepatitis S, habis dicemuhnya kawan kawan yang sedang melancong bergumbira dengan family. Habis dikatakan kawan kawan nak show off. Sedar kah atau tidak apa fungsi media sosial?
Untuk bersosial. Kawan kawan tu cuma nak berkongsi kegumbiraan dengan kita yang berada di tanah air. At least kita yang tak pernah sampai lagi, dapat jugak tengok suasana di sana, thanks to our friend yang up gambar. Macam tadi, saya dapat tengok betapa cantiknya kepala paip untuk ambil wudu’ di bilik wudu’ Masjid Sultan Ahmed, Istanbul. Dapat gelak ketawa tengok kawan saya main baling baling ais salji di Jepun. Dan dapat mengimbau kenangan masa saya sendiri bercuti di Perth bila tengok gambar kawan saya melepak di tepian Swan River.
Kalau pun betul kawan kita berniat show off, itu urusan dia dengan tuhan. Kita sangka baik. Dan yang perlu kita lakukan, ialah doakan moga percutian mereka diberkati, moga mereka peroleh kegembiraan, dan selamat pulang nanti. Doa lah juga moga kita akan dapat bercuti ke destinasi yang sama.
Yang dah chronic Hepatitis S tu, berhenti lah dari skodeng FB & IG kawan kawan. Jangan desak kawan untuk stop upload gambar percutian, sebab itu hak kawan, wall dia, dia punya suka. Anda yang sepatutnya tinggalkan medium FB & IG.
Mingguan Wanita:Ada benarnya kalau ada ‘masalah hati’, cemburu dan sakit hati melihat kawan-kawan pergi melancong ke sana sini, ada baiknya tutup dulu media sosial untuk bulan Disember ini.
Anita Baharom Selamat Bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita diijabkabulkan menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City.
Sebelum ini Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mat aitu, selamat bergelar isteri selepas suaminya, Engku Isyamuddin melafazkan sekali akad jam 11.50 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” kongsi Anita.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Majlis pernikahan pagi tadi dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Anita dan suami juga memanjatkan rasa bersyukur selepas segala yang dirancang telah selamat.
Bernama ‘Kentut’. Mahunya ia menjadi trauma buat lelaki ini bila namanya sedemikian rupa. Tak kurang juga jadi bahan lawak oleh sesiapa saja yang mendengarnya.
Malunya bila disebut nama ‘Kentut’. Bukat setakat perasaannya tapi tertanya-tanya bagaimana mak ayah terfikir untuk letakkan nama anak sedemikian. Mungkin masa kecil tidaklah ketara tapi bila dah makin membesar dan tahu makna nama itu, tentu rasa rendah diri dan malu.
Inilah yang berlaku kepada lelaki bernama ‘Kentut’, kerana nama ini jugalah dia sembunyikan identiti. Akhirnya selepas 31 tahun dengan gelaran itu, hakim membenarkan dia menukar nama baru.
Secara rasminya, lelaki bernama Kentut berjaya menukar nama kepada Ihsan Hadi selepas 31 tahun menyembunyikan identiti.
Kentut bersyukur selepas hakim Mahkamah Daerah Tangerang, Banten di Indonesia membenarkan keputusan untuk menukar namanya.
“Saya lega, bertambah semangat dan yakin,” kata Ihsan Hadi
Ihsan terpaksa mengambil keputusan mengubah nama selepas takut anak lelakinya akan dihina jika mempunyai ayah bernama Kentut.
“Saya mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan, saya tidak mahu mereka berasa dihina jadi saya membuat keputusan ini,” kata Ihsan.
“Saya tidak selesa sejak zaman kanak-kanak kerana sering diejek oleh rakan-rakan,” kata Ihsan. Dia juga selalu bertanya kepada ibu bapanya mengapa dinamakan sedemikian.
“Ibu berkata, ia nama yang baik dan tidak membawa apa-apa bermakna, itu sahaja,” kata Ihsan.
Selama 30 tahun, warga Jalan Nyiur IV, Kelurahan Kunciran, Kecamatan Pinang, Kota Tangerang, ini mengaku kerap dihina, bahkan dibuli oleh penduduk sekitar.
Kini, pemuda yang tiap hari menjual mi ayam ini mampu bernafas lega. Ini kerana mahkamah Negeri Tangerang telah meluluskan permohonannya untuk mengganti nama Kentut menjadi Ihsan Hadi.
Fakta Nama Kentut Perlu Ditukar
1. Anak Menangis, Kerap Diejek
Setiap kali pulang ke sekolah, pasti anaknya menangis. Itulah titik awal tekadnya untuk tukar nama menjadi Ihsan Hadi. Dia mengaku anaknya kerap menangis dan mengurung diri di bilik sebab malu ada yang bernama Kentut.
“Pernah waktu itu anak saya tak mahu ke sekolah kerana terus-menerus diejek kentut oleh kawan-kawannya,” kata pemuda yang kini bernama Ihsan Hadi. Bukan itu saja, ejekan dari kawasan perumahannya juga kerap diterima Hadi dan keluarganya..
Pernah ayah kepada tiga orang anak ini menguruskan dokumen kependudukan di Jabatan Pendaftaran. Ketika namanya disebut Kentut, petugas memarahi kerana beranggapan dia mengada-ngada.
2. Pilihan Nama Ihsan Hadi
Semasa dia berusia 6 tahun dan bersekolah, gurunya sendiri merasa pelik mendengar namanya. Dari situlah, nama Kentut digantikan dengan Ihsan Hadi. Sebelum itu, dia juga pernah di ejek oleh kawan-kawan. Selepas namanya ditukar terus rasa keyakinan diri.
Melihat banyak perubahan sikap pada diri anak mereka, perubahan nama itu disambut gembira. Orang tua Kentut pergi ke Jabatan pendaftaran untuk membuat permohonan nama baru anaknya. Namun, niat itu tiba-tiba dibatalkan. Dengan alasan proses pergantian nama sangat sukar.
“Bapa saya hanyalah petani tua di Karang Anyar Solo, tidak pandai untuk menguruskan hal permohonan penukaran nama itu.,” katanya.
3. Urus Sendiri Permohonan Tukar Nama
Apabila dewasa, Kentut bertemu jodoh dan berkahwin. Dia bekerja sebagai penjual mi ayam dan dikurniakan 3 orang anak. Dalam masa sama, dia kerap diejek kerana namanya.
Sehinggakan Kentut memutuskan untuk menukarkan namanya menjadi Ihsan Hadi. Di sanalah, Kentut mulai berkenalan dengan Eko, seorang driver teksi Lapas Tangerang yang memberinya pertolongan.
Kentut mulai mempersiapkan segala dokumen yang diperlukan. Seperti surat keterangan RT/RW, ijazah terakhir, KTP, sijil kelahiran dan sijil nikah. Setelah lengkap, Kentut mendaftarkan diri memohon perbicaraan nama tersebut
4. Dapat Restu Orang Tua
Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi Kentut dalam proses penukaran namanya. Meski demikian, hatinya merasa lega, kerana orang tuanya merestui pertukaran nama tersebut.
Kentut mengaku, nama baru yang digunakan itu adalah jalan baru hidupnya, terutama bagi ketiga anaknya. Setelah 30 tahun menggunakan nama Kentut, akhirnya Mahkamah Negeri Tangerang, meluluskan pertukaran nama warga Jalan Nyiur IV, Kelurahan Kunciran, Kecamatan Pinang, Kota Tangerang, itu menjadi Ihsan Hadi.
“Permohonan pertukaran nama Saudara yang sebelumnya Kentut menjadi Ihsan Hadi diluluskan,” ujar Hakim Elly Istianawati
Selepas perbicaraan, Ihsan lterus sujud syukur dan terpancar kegembiraan di wajahnya. Dengan nama yang disandangnya kini, Ihsan mengaku lebih percaya diri. Dia tak sabar untuk menghebohkan namanya kepada orang lain yang akan bertanya.
Mingguan Wanita : Mungkin masa kecil tak adalah terasa sangat tapi bila dah besar dan ada anak, kena fikir balik. Kasihan kat diri kita dan anak-anak.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.