Dalam era ekonomi gig yang kian berkembang, kerjaya sebagai pemandu Grab menjadi peluang kedua bagi kebanyakan kaum wanita untuk mengubah nasib dan kewangan mereka.
Menyedari keperluan ini, baru-baru ini Grab Malaysia menganjurkan program khas bertajuk #SisBoleh Kuasai Kewangan, sebuah inisiatif berinspirasi telah berlangsung pada 14 November 2024 di ibu pejabat Grab Malaysia.
Dihadiri oleh komuniti Grab Driver wanita, acara ini mengetengahkan usaha Grab dalam memperkasakan wanita melalui peluang pekerjaan fleksibel dan sokongan yang menyeluruh. Masterclass tersebut dipenuhi dengan ilmu praktikal meliputi aspek keselamatan, kemahiran kerja, dan komuniti, dengan fokus utama pada literasi kewangan.
Peluang Kedua yang Mengubah Kehidupan
Wanita seperti Mariah Ton Kiptiah Abd Manap, 53, dari Sungai Buloh membuktikan bagaimana kerjaya sebagai pemandu Grab dapat memberi impak besar kepada kehidupan.
Sejak 2017, Mariah memanfaatkan fleksibiliti masa sebagai pemandu Grab untuk membantu menampung keperluan keluarganya, termasuk menyara pengajian anak-anak di universiti. Menariknya, beliau turut memanfaatkan kursus kewangan anjuran Grab untuk menyusun simpanan dan pelan kewangan dengan lebih baik.
Ads
Mariah mengakui, “Hasil memandu Grab, saya mampu menyelesaikan hutang dan menyediakan keperluan keluarga. Dengan kursus yang ditawarkan, saya belajar cara menyimpan untuk masa depan.”
Sementara itu, bagi Nor Ezatul Farrita Shaari, 46, seorang ibu tunggal dan florist sambilan, Grab menjadi penyelamat tatkala perniagaan bunganya terkesan akibat pandemik. Bermula sebagai pemandu pada Disember 2023,
Ezatul kini menikmati pendapatan harian yang stabil di samping menikmati fleksibiliti masa.
“Grab memberi saya peluang untuk berdikari tanpa membebankan anak-anak saya. Dengan inisiatif keselamatan seperti AudioProtect dan pilihan untuk membawa penumpang wanita sahaja, saya kini lebih yakin memandu,” ujar Ezatul.
Ads
Fokus pada Literasi Kewangan
Kemuncak Masterclass #SisBoleh ialah sesi Bersama perunding kewangan terkenal, Aisya Rahman. Beliau berkongsi strategi menangani trauma kewangan, mengurus aliran tunai, serta cara memanfaatkan pendapatan daripada Grab untuk menyelesaikan hutang.
Aisya Rahman diberi tugasan untuk mendidik para wanita lebih celik tentang kewangan. “Kita tahu wanita ni kaum yang sering ditindas. Saya sendiri dibesarkan oleh seorang nenek yang dimadukan.
Dalam Islam, bermadu itu tidak salah tetapi ia sedikit sebanyak memberi implikasi dari sudut kewangan. Suami cenderung ‘memilih’ salah satu
keluarga untuk ditekankan, dan dalam kes nenek saya sebagai isteri pertama, dia tidak bernasib baik. Ibu saya pula seorang ibu tunggal, jadi sejak kecil saya menjadi saksi pelbagai trauma kewangan yang dilalui oleh dua keturunan.
“Malah ramai wanita yang saya temui melalui Grab terdiri daripada ibu tunggal, balu, atau mereka yang dibelenggu masalah hutang. Grab merupakan peluang kedua untuk mereka membina kehidupan dan kewangan yang lebih baik,” ujar Aisya.
Ads
Bagi Rasidah Hassim, 34, bengkel ini memberikan panduan yang sangat berguna. “Saya kini lebih faham tentang pengurusan hutang dan aliran tunai, sesuatu yang sebelum ini saya abaikan,” katanya.
Inisiatif Keselamatan untuk Pemandu Wanita
Grab turut memperkenalkan ciri-ciri keselamatan dalam aplikasi mereka untuk memberi keyakinan kepada pemandu wanita, seperti:
AudioProtect: Rakaman audio semasa perjalanan.
Pilihan Penumpang Wanita: Memberi kebebasan kepada pemandu untuk mengambil penumpang wanita sahaja.
Kongsi Lokasi Langsung: Memastikan keselamatan melalui perkongsian lokasi masa nyata.
Melalui program seperti #SisBoleh, Grab bukan sahaja menawarkan platform pekerjaan, tetapi juga ruang untuk wanita membina komuniti yang saling menyokong. Kisah inspirasi seperti Mariah, Ezatul, dan Rasidah membuktikan bahawa kerjaya sebagai pemandu Grab bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga mencipta peluang untuk pertumbuhan diri dan keyakinan.
Grab Malaysia terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan wanita melalui inisiatif yang bersifat inklusif, praktikal, dan inspiratif. Sebagai platform yang menyediakan peluang pekerjaan fleksibel dan keselamatan yang terjamin, Grab menjadi pilihan utama wanita yang ingin mencipta kehidupan yang lebih baik. Syabas Grab Malaysia!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting bagi setiap individu. Realitinya, menyimpan dan menggandakan sumber kewangan yang ada, penting untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik dan melestarikan ekonomi. Sekaligus sebagai persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Namun demikian, masih ramai yang mempunyai pengurusan kewangan yang lemah.
Oleh yang demikian, terdapat 4 perkara yang wanita perlu mengambil tahu tentang kewangan.
Kesedaran Pelaburan Di Kalangan Wanita Semakin Meningkat
Kini semakin ramai golongan wanita yang peka dan mempunyai kesedaran mengenai kepentingan membuat pelaburan. Ramai wanita melabur untuk ‘mengembangkan’ lagi duit simpanan yang ada untuk mendapat pulangan pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan. Berbanding hanya menyimpan wang yang ada semata-mata di institusi kewangan.
Terdapat pelbagai pelaburan yang boleh dilakukan seperti menerusi pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, dan sebagainya. Malah, wanita juga semakin bijak merancang simpanan dengan membuat tabungan dan pelaburan secara konsisten bagi meningkatkan simpanan mereka.
Penting Ambil Tahu Pengurusan Kewangan Sendiri & Pasangan
Pengurusan kewangan yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan tidak mengambil kira wanita yang masih bujang mahupun telah berkahwin. Sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri serta mengambil tahu tentang cara menguruskan kewangan dengan baik. Ia dapat membantu untuk membezakan di antara kepentingan keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Sekaligus ia dapat mengelakkan kebocoran wang simpanan dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak diri.
Apabila membuat keputusan untuk berkahwin pula, wanita disarankan untuk mengambil tahu keadaan kewangan pasangan terlebih dahulu seperti sumber pendapatannya, hutangnya, jenis pelaburan yang diambil, apa yang dibelanjakan setiap bulan dan sebagainya.
Bukan apa, secara realitinya kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan yang berkahwin tidak hanya bergantung sumber kewangan pada sebelah pihak / suami sahaja. Sebaliknya, suami isteri perlu saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengukuhkan dan menambah lagi sumber kewangan keluarga. Bahkan, ia dapat mengukuhkan lagi institusi perkahwinan, apabila mempunyai pengurusan kewangan yang stabil.
Kos & Kesan Kewangan Memiliki Anak
Tidak dinafikan setiap anak yang dilahirkan adalah merupakan suatu rezeki. Namun demikian, daripada saat mengandung hinggalah membesarkan anak-anak ia perlu disertakan dengan perancangan kewangan yang teliti. Anak-anak merupakan satu amanah dan perlu dibesarkan dalam persekitaran yang selesa, disamping mengambil kira kos yang perlu dibelanjakan.
Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu memikirkan keperluan dan perbelanjaan asas anak-anak seperti makan minum, pakaian, yuran pengasuh, kos pendidikan, perubatan dalam membesarkan mereka. Ia tidak termasuk dengan keperluan tambahan seperti insuran perubatan, kelas tambahan seperti tuisyen, disamping aktiviti riadah seperti bercuti dan sebagainya.
Maksimumkan Sumber Pendapatan
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan punca pendapatan yang ada. Golongan wanita umumnya lebih kreatif dalam menjana pendapatan tambahan. Di samping pendapatan tetap yang diperolehi, ada yang menjadikan minat dan hobi sebagai bisnes yang mampu menambah sumber kewangan mereka. Disamping itu, pendapatan dari sumber pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk memaksimumkan punca pendapatan.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian: Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia. Sebenarnya kanser boleh dirawat jika wanita dapat mengesan dan menyedari tanda-tanda tersebut dengan lebih awal.
Adalah amat penting bagi seorang wanita melakukan pemeriksaan kendiri payudara pada setiap bulan terutamanya bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Ini kerana pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.
Berikut adalah tanda-tanda awal kanser payudara:
Ketulan di bahagian payudara.
Keluar cecair dari payudara
Warna kulit di sekitar payudara menjadi merah
Terasa gatal pada bahagian puting
Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
Terasa sakit yang berterusan di bahagian payudara
Puting payudara masuk ke bahagian dalam
Terjadi kedutan di sekitar payudara
Jika anda menghadapi salah satu atau kesemua di atas, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor agar mendapatkan rawatan yang betul. Sayangi diri anda dan para wanita yang anda sayangi dengan menyebarkan maklumat penting ini.
Pelancaran Positively Pinktober
Bulan Oktober cukup sinonim dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memberi kesedaran cara pemeriksaan kendiri payudara dan termasuklah promosi hebat yang sedang berlangsung.
Watsons turut mengalu-alukan bulan kesedaran kanser payudara dengan Positively Pinktober bagi mengalakkan masyarakat sentiasa berfikiran positif.
Sekali lagi Watsons bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Malaysia bagi memupuk mesej positif termasuk berkongsi kisah yang dilalui pesakit kanser payudara.
“Walaupun orang kata kanser ini menakutkan tetapi saya selalu katakan pada diri sendiri bahawa saya akan menang dalam pertarungan ini walau apa yang terjadi. Saya adalah pemenang!”- Vandanaa.
“Saya tak pernah risaukan tentang diri saya sebab saya bekerja di hospital, saya akan dapat rawatan yang terbaik. Tetapi saya hanya fikirkan anak-anak saja, hanya itu saja dalam fikiran saya. Lebih-lebih lagi anak kedua yang merupakan satu-satunya anak perempuan saya.”- Mazwin.
“Bukan sesuatu yang mudah menerima apa yang berlaku pada diri sendiri, tetapi setelah saya lalui semuanya, saya rasa lebih yakin dengan diri dan sedar bahawa kesihatan adalah lebih penting daripada segalanya. Saya amat bersyukur, setiap kali bangun pagi masih lagi bernafas dan masih mampu teruskan hidup untuk satu hari lagi.- Kim.
Penjimatan Sepanjang Kempen Berlangsung
Positively Pinktober menjanjikan penjimatan yang berbaloi bermula 30 September hingga 27 Oktober di semua outlet Watsons di seluruh negara dengan tawaran menarik seperti belian dengan belian (purchase with purchase) sehingga 50 peratus untuk semua.
Malahan, penjimatan tambahan turut ditawarkan dengan baucar kesihatan dan kecantikan bernilai RM240 daripada jenama yang turut sama mengambil bahagian. Barulah puas membeli-belah!
Di samping itu, bagi setiap pembelian beberapa jenama produk yang terlibat, sebahagian daripada hasil kutipan akan disumbangkan kepada BCWA atas usaha berterusan mereka dalam meningkatkan kesedaran kanser payudara di kalangan rakyat Malaysia.
Antara jenama yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini ialah:
Cashback Dengan Boost
Melalui pembayaran dengan aplikasi Boost , bermula 30 September sehingga 27 Oktober, anda akan peroleh RM10 cashback pada setiap pembelian minimum RM 60 dan ke atas. Manakala dengan pembelian minimum RM 100 dan ke atas, anda akan dapat sebahagian daripada 2, 000, 000 Boost coins.
Peluang Menang Sehingga RM 10,000 Mata Ganjaran Watsons
Selain itu, ahli Watsons turut berpeluang menjadi salah seorang pemenang mingguan untuk memenangi mata Watsons bernilai sehingga RM 10,000 apabila anda mengambil bahagian dalam Watsons Pinktober Dance.
Caranya cukup mudah! Anda hanya perlu lakukan Watsons Pinktober Dance, belajar untuk melakukan BSE (Breast self- examine) di rumah dengan menonton video ini.
Bagaimana Untuk Menyertai?
Setiap ahli Watsons yang mengambil bahagian perlu memuat naik video anda melakukan video tarian di IG reels.
Pastikan post anda berada di grid profil Instagram dengan tanda pagar, #WatsonsPinktoberDance dan tag @watsonsmy.
Lengkapkan penyertaan dengan menetapkan profil anda kepada “PUBLIC” supaya Watsons boleh melihatnya.
Seramai 5 orang pemenang akan di pilih setiap minggu dan peraduan ini akan berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Oktober 2021. 5 penyertaan yang menepati syarat dan berada di kedudukan teratas akan dipilih sebagai pemenang (tertakluk kepada terma dan syarat).
Berita baik buat semua pelanggan setia Watsons, ketika Positive Pinktober berlangsung, pelanggan disarankan membeli belah dalam talian menerusi Watsons 10.10 Double The Madnessyang bermula pada 4 hingga 11 Oktober di mana tawaran diskaun sehingga 75 peratus akan ditawarkan.
Tidak terkecuali, Watsons turut mengadakan flash sale harian untuk lebih daripada 500 produk, crazy deals dari serendah RM2, upsize baucar pada hari itu sendiri dan penghantaran percuma apabila membelanjakan RM100 dan ke atas.
Jangan pernah rasa tak selamat, bila ada hobi ’kerap tukar warna rambut’. Ada wanita yang berasa susah hati bila kerap kali warnakan rambutnya. Bimbang rambut rosak.
Boleh saja, penuhi hobi tukar warna rambut ikut warna idaman asalkan tahu cara macamana nak kekalkan rambut sihat, cantik lagi beralun.
Sebelum itu, kenalah tahu punca kerosakan rambut ketika mewarnakan rambut. Dalam sesetengah produk pewarna rambut terdapatnya kandungan bahan kimia iaitu ammonia.
Ammonia inilah yang menyebabkan rambut malah kulit kepala rosak. Sebelum jadi lebih melarat, hadamkan dulu macam mana nak pastikan rambut sihat, walaupun warnakan rambut berkali-kali.
Pertama : Baca Betul-betul Kandungan Pewarna Rambut Sebelum Beli
Jadi, semasa memilih produk pewarna rambut di pasaran, carilah kandungannya yang berasaskan bahan alami malah bebas bahan kimia ammonia.
Tiga bahan alami ini; Minyak Zaitun, Minyak Badam dan Minyak Avokado, wajib ada dalam produk pewarna rambut. Lagipun, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun ini pun antara pemakanan sunnah. Kelebihan minyak zaitun adalah dapat menjadikan akar rambut lebih kuat, sihat dan hidari masalah kebotakan.
Minyak Badam
Minyak badam atau Almond ini mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Bagus untuk elak rambut bercabang. Lagi-lagi, anda yang ada masalah rambut kering setelah diwarnakan.
Minyak Avokado
Bagus untuk menghilangkan kelemumur dan mencegah keguguran. Ia juga melindungi rambut daripada rosak akibat terdedah sinaran matahari yang terlalu lama. Malah, bertindak sebagai pelembap yang sangat baik.
Kedua : Pelihara Kelembapan Rambut Selepas Diwarnakan
Setelah memilih produk pewarna rambut yang sihat dan selamat. Pastikan anda memakai syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala, membantu rambut kekal sihat.
Jangan lupa pakai perapi rambut selepas bersyampu. Dan gunalah masker rambut sebaiknya sekali seminggu. Tujuannya untuk mengekalkan kelembapan rambut tidak terjejas.
Ketiga : Kurangkan Hair Styling Ya!
Maksudnya di sini, selepas mewarnakan rambut, janganlah terlalu kerap lakukan styling rambut misalnya rebonding ataupun curling. Haba panas dari alat styling ini akan menyebabkan rambut berwarna mudah kering dan rosak.
Produk Pewarna Rambut Halal Alami Ini Selamat, Walau Berkali Warnakan Rambut
Lagipun, di pasaran sekarang ada produk pewarna rambut halal alami yang sesuai untuk anda buat sendiri mewarna rambut di rumah.
Pewarna Garnier Color Naturals yang berstatus halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal) adalah solusi untuk anda yang gemar mewarnakan rambut berkali-kali.
Ia solusi untuk menjadikan rambut lebih berkilau.
Pewarna rambut Garnier Color Naturals didatangkan dengan 2 produk pilihan iaitu pek kit dan sachet. Pek kit diperkaya dengan 3 minyak semulajadi iaitu minyak zaitun, badam dan avokado. Setiapnya berfungsi menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selamat 8 minggu.
Formulasinya tanpa ammonia malah telus air, membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa.
Manakala pek sachet, diperkaya dengan minyak badam dan Serum Extra Shine yang membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa, telus air malah tanpa ammonia.
Anda yang gemar mewarna rambut, ada 6 pilihan warna untuk anda. Antaranya, Hitam Alami, Coklat Gelap, Merah Burgundy, Coklat, Coklat Caramel dan Merah Berry.
Pembungkusan yang lebih moden dan premium ini cuma menawarkan harga berbaloi-baloi untuk pembelian. Pek sachet hanyalah RM8.40, manakala pek kita berharga RM19.90.
Belian boleh dibuat di farmasi, pasaraya, pasaraya besar dan belian online di :
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...