Sihat dan cantik seiring. Bila kita mampu mengekalkan kesihatan yang baik, bebas daripada sebarang penyakit dan memiliki berat badan ideal, tentu sekali kita akan nampak cantik dipandang. Betul tak?

Salah satu cara untuk tampil lebih langsing adalah dengan minuman detoks. Minuman ini diperlukan bagi anda yang ingin pembersihan toksin dalam tubuh. Minuman detoks berfungsi untuk membersihkan organ-organ penting di dalam tubuh, juga membersihkan darah.

Sihat Dengan Berat Badan Ideal

Selain itu, proses detoksifikasi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Proses diet ini tidak memerlukan waktu lama, hanya sekitar sebulan, yang bertujuan untuk kesihatan diri. Proses ini, selain untuk menurunkan berat badan, tujuan lainnya adalah memperbaiki sistem tubuh menjadi lebih baik.

Minuman detoks ini boleh anda buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur anda.

Lagi artikel menarik di sini:

IKLAN

Usia 54 Tahun, Maintain Cantik, Rupanya Zakiah Anas Hiking Tiga Kali Seminggu, Badan Sentiasa Fit & Cergas  

Kulit Wajah Lebih Sihat & Berseri, Guna Bahan Alami Rawat Sunburn 

Jangan lupa FOLLOW MINGGUAN WANITA di instagram

IKLAN

SIHAT DENGAN DETOKS BERI

Sihat Dan Cantik Dengan Minuman Detoks

Bahan-bahan:

6 biji strawberi
1 biji pear – potong
1 biji epal hijau- potong
500 gram blueberi segar
25 gram kranberi segar
Sedikit air
Ais jika suka

IKLAN

Cara Membuat:

1.Masukkan pear, epal hijau, strawberi dan kranberi ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat. Tambahkan air jika terlalu pekat. Kacau sebati. Sedia diminum dan boleh tambah ais jika mahu.
2.Minuman detoks ini tidak hanya enak, tapi memiliki efek pembersihan yang baik pada tubuh. Beri mengandung serat, mineral, vitamin dan antioksidan penyembuhan, yang bermanfaat bagi kesihatan keseluruhan dari tubuh.

DETOKS PEAR DAN BETIK

Sihat Dan Cantik Dengan Minuman Detoks

Bahan-bahan:

1 biji pear hijau – potong
1 Biji epal hijau – potong                                                                                               1 biji lemon – perah ambil jus
75 gram betik – cencang
Ais jika suka

Cara Membuat:

1.Kisar buah pir dan epal dan ketepikan.
2.Perah jus lemon dan tambahkan ke dalam jus tadi. Kacau rata. Boleh tambah ais jika suka. Sedia dinikmati.
3.Betik membantu dalam detoksifikasi tubuh kerana membantu dalam proses pencernaan dan mengubati sembelit. Anda juga boleh memasukkan buah-buahan segar lainnya dalam resepi untuk membuat minuman yang sesuai dengan selera anda.