SHUT Dengan Kerjasama KPWKM Perjuangkan Isu Perhambaan Moden Terhadap Wanita

Share

Isu perhambaan moden atau lebih kepada keganasan terhadap wanita sering berlaku tanpa kita sedar. Keadaan ini mungkin dipengaruhi keadaan sosial, budaya dan faktor ekonomi.

Mungki juga perhambaan moden atau memperdagangkan wanita kerana faktor mendesak sehinggakan ada wanita tertipu engan janji-janji manis yang diberikan.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 2014, sebanyak 2,874 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan, sebanyak 4,123 kes berlaku pada tahun 2013 dan sebanyak 3,488 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Sebab itulah dengan memberi kesedaran kepada isu ini, SHUT (Stop Human Trafficking), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesedaran isu berkaitan pemerdagangan mausia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan program khusus untuk menangani isu berkaitan keganasan terhadap wanita yang berkait rapat dengan perhambaan moden.

Program Tangani Perhambaan Moden

Program yang diadakan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh panel-panel yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Antaranya Datuk Azizah Mat Hassan, Muna Munirah dan Dini Dalilah.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan kadar berlakunya kes keganasan terhadap wanita dan di samping itu juga dijadikan platform kepada golongan ini untuk berdikari di mana mereka boleh menjana pendapatan walaupun mempunyai kekangan untuk bekerja mengikut situasi kehidupan yang mereka alami seperti hanya mampu bekerja untuk beberapa hari kerana perlukan masa untuk menjaga anak dan sebagainya melalui syarikat Qwork yang merupakan salah satu daripada rakan strategik SHUT khusus untuk menangani masalah pendapatan.

Malah dengan kesedaran ini, SHUT dengan kolaborasi bersama 2 buah syarikat penerbitan tempatan iaitu Aco Media Sdn Bhd dan Amazing Creative Group dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menandatangani sebuah MOU dalam penerbitan filem indie tempatan bertajuk ‘Eva’ yang akan dihasilkan pada tahun 2022

Cik Dini Dalilah

Ini adalah salah satu cara  untuk menyampaikan mesej secara santai dan mudah difahami dan juga dirancang untuk menyertai persada antarabangsa agar memartabatkan Malaysia yang mengambil inisiatif untuk memerangi keganasan terhadap wanita dan perhambaan moden.

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

IKLAN