Setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza. Semuanya telah ditentukan olehNya. Ada yang bahagia, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kaya dan ada yang miskin. Semua itu telah diatur olehnya sebaik mungkin.
Inilah yang dikatakan ujian hidup. Namun, jangan sesekali menyesali apa yang telah berlaku. Ada kemanisan yang menanti bagi kita yang sabar. Mungkin cepat atau lambat sahaja.
Ujian hidup yang ditarrifkan oleh Isma Addi Jumbri dalam perkongsiannya.
Ads
1. Ada yang diuji dengan pasangan, hingga tak mahu lagi teruskan hubungan.
2. Ada yang diuji dengan kesihatan, hingga tak sanggup lagi rasai kesakitan.
3. Ada yang diuji dengan kematian, hingga kini tak hilang kerinduan.
4. Ada yang diuji dengan beban kewangan, hingga terasa beban uruskan tanggungan.
5. Ada yang diuji dengan kesusahan, hingga putus harap pada Tuhan.
6. Ada yang diuji hilang punca pendapatan, hingga tak sanggup hadapi kesempitan.
7. Ada yang diuji dengan perasaan, hingga tak sedar hadapi tekanan.
8. Ada yang diuji dengan kewangan, hingga tidur malam diselimuti kerunsingan.
9. Ada yang diuji dengan kesenangan, hingga terasa perit segala kenangan.
10. Ada yang diuji dengan kehidupan, hingga tak fikirkan lagi masa hadapan.
11. Wahai kawan setiap orang hadapi pelbagai ujian dan rintangan, putus harap pada Tuhan sesekali jangan.
12. Berat dan susah mana kita ditimpa dugaan, percayalah masih ramai lagi hadapi beratnya ujian.
Ads
Apa pun yang berlaku, jangan sesekali kita pernah tinggalkan perkara ini iaitu sedekah walau sempit, senyum walau sedih dan sentiasalah bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan.
Ads
MW: Kita didatangkan hujan lebat dan ribut petir kerana Dia ingin memberikan pelangi untuk kita. Jadi, jangan bersedih, terimalah dengan penuh kekuatan dan keredaan.
Ada saranan agar isteri asingkan siap-siap baju suami dan anak yang nak dibasuh. Itu sebagai satu adab untuk memuliakan suami. Perlukan sampai begitu sekali, untuk seorang isteri memuliakan suaminya?
Ustaz Farid Rashidi menjelaskan banyak cara untuk isteri memuliakan suaminya. Basuh baju pun salah satunya. Cuma tak perlulah nak asingkan satu-satu kalau tiada najis pada pakaian-pakaian itu.
Hadamkan penjelasan selanjutnya ya. Moga tiada mak-ayah yang keliru lagi.
Viral pasal basuh baju suami pula. Semuanya gara-gara tulisan ringkas yang memberikan bermacam tafsiran pada nitizen.
Apapun, dalam memuliakan suami itu banyak caranya. Basuh baju pun dah dikira memuliakan suami. Bermakna tak perlu pun asingkan baju suami dan anak kecuali memang bernajis.
Walaupun sekarang ni ada mesin basuh, tapi tetaplah letih nak membasuhnya apalagi baju pula bertimbun. Mana nak jemur lagi, lepas itu lipat, ada pula yang nak kena iron. Fuhh memang penat. Moga Allah SWT berikan ganjaran pahala buat semua wanita muslim bergelar isteri.
Dalam sedar tak sedar, isteri dah pun memuliakan suami bila bantu urus rumah tangga, memasak, kemas rumah, mengandung, melahirkan, menyusu, jaga anak siang dan malam, sabar mendidik anak, melayani suami, bekerja pula tambah pendapatan dan lain-lain lagi.
Suami perlu bersyukur dan berterima kasih pada isteri. Ucapkanlah padanya dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.
Ingat, isteri kita bukan hamba atau kuli suruhan. Isteri kalau dia dah sayangkan suami, tak perlu suruh pun dia dah buat tau. Hargailah dia sepenuh hati.
Tentang viral itu, dalam berdakwah ada seninya. Bila nak sampaikan sesuatu, kita kena duduk setaraf dengan masyarakat. Ia lebih dekat di hati. Sampaikan dengan bahasa yang baik dan jelas. Orang lain pun macam kita juga, punya hati, perasaan dan sejuta masalah dalam kehidupan. Dan kita perlu sedar, di MEDSOS ini ada bermacam ragam manusia. Bahkan berbeza pula takat kefahamannya.
Maka, sampaikanlah ilmu dengan hikmah dan baik. Moga-moga Allah SWT berikan taufik dan hidayah buat kita selalu.
آمين يارب العالمين #UFR
Islam meletakkan tanggungjawab yang besar kepada kaum lelaki berbanding wanita. Sebagai ketua keluarga, seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa bertanggungjawab menyara dan melindungi isteri dan anak-anak. Bukan hanya memastikan keperluan dan keselamatan keluarga terjaga pada masa kini, tetapi perlu berfikiran jauh untuk memastikan kebajikan isteri dan anak-anak kekal dilindungi jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada ketua keluarga kelak.
Salah satu caranya adalah dengan merancang pemberian hibah kepada isteri dan anak-anak. Dapat difahami apabila dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, gara-gara pandemik COVID-19, ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Namun ianya bukanlah alasan untuk tidak BERUSAHA mengasingkan sedikit simpanan demi perlindungan masa depan keluarga tersayang. Malah sebagai umat Islam, kita juga digalakkan untuk berinfaq secara berterusan agar dilimpahi rezeki berganda serta sebagai ‘bekalan’ pahala berterusan walaupun bila sudah tiada.
Bukannya apa, jika ketua keluarga ditimpa kemalangan yang menyebabkan kecacatan anggota badan, hilang upaya secara kekal malah tidak mampu lagi berkerja, isteri masih mempunyai sumber kewangan untuk membantunya membesarkan anak-anak, menanggung kos pendidikan, kesihatan serta perbelanjaan harian, tanpa perlu meminta-minta untuk mendapatkan pertolongan bagi meneruskan kehidupan.
Bagaimana pula jika berlakunya kematian?Banyak kes yang berlaku apabila selepas kematian suami, isteri dan anak-anak hilang tempat bergantung dan tiada sumber pendapatan yang mencukupi. Malah lebih tragis, secebis peninggalan harta yang ada itulah seringkali menjadi rebutan keluarga dan adik beradik suami.
Hibah adalah pemberian sukarela daripada pemilik harta kepada individu tertentu atas dasar kasih sayang mahupun sebagai sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ianya merupakan salah satu kaedah perancangan dan pengagihan harta pusaka berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak1, serta sebuah penyelesaian terbaik dan efektif untuk memastikan hidup waris ataupun bukan waris terjaga walaupun selepas kematian pemilik harta.
Hibah dilaksanakan semasa pemilik harta dan penerima hibah masih hidup. Harta yang dihibahkan tidak tertakluk kepada hukum faraid dan ia bukannya harta pusaka pemilik harta tetapi telah menjadi hak milik penerima hibah.
Dalam erti kata lain, jika si suami menghibahkan sejumlah wang, rumah atau harta lain kepada isteri, ini bermakna ianya menjadi hak milik isteri tersebut dan tidak boleh dituntut oleh individu lain, apatah lagi dimasukkan dalam pengiraan faraid. Kepentingan inilah yang perlu dijaga oleh si suami supaya isteri dan anak-anak yang ditinggalkan kekal terjaga selepas ketiadaannya.
Beramal jariah, bersedekah dan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan amat dituntut dalam Islam dan ianya boleh terus dilaksanakan walaupun seseorang itu telah dijemput Ilahi. Selain hibah, instrumen lain pengagihan harta adalah menerusi kaedah infaq2 yang merupakan derma dengan membelanjakan harta atau sedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ini termasuk sumbangan ke rumah-rumah anak yatim, organisasi yang membantu orang tua dan pesakit, fakir miskin, pertubuhan-petubuhan NGO dan sebagainya. Namun perlu diingatkan bahawa sebaik-baik infaq3 adalah apabila tanggungjawab terutamanya nafkah kepada anak, isteri dan keluarga terdekat telah dilunaskan terlebih dahulu.
AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) memperkenalkan jalan penyelesaian untuk permasalahan ini, iaitu dengan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful keluarga yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.
Pelan patuh syariah ini memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau kematian semasa mengerjakan Haji atau Umrah termasuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). Istimewanya pelan ini adalah ia juga bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta buat pelanggan di mana ia menawarkan nilai perlindungan yang tinggi dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan membayar sehingga 600% daripada jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang.
Malah pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan sehingga RM4 juta tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini jugalah yang menjadi legasi yang boleh diwarisi kepada anak-anak, supaya masa depan mereka juga lebih terjamin.
Antara ciri unik pelan ini adalah Akaun Legasi yang dapat membantu meningkatkan simpanan dengan memberikan ganjaran berterusan apabila mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan apabila mencapai sesuatu peringkat kehidupan yang penting.
Sebagai contoh jika pelanggan membuat caruman dalam tempoh yang ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap dua (2) tahun, pada tahun ke-20 dan pada tempoh matang sijil. Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada mereka.
Bukan sahaja dapat melindungi dan meningkatkan simpanan, pelan ini juga memberi peluang kepada para pelanggan untuk menyumbang kepada komuniti secara berterusan dengan berkongsi legasi yang dibina dengan badan-badan amal menerusi rider A-Plus Infaq, rider (faedah tambahan) yang pertama seumpamanya di pasaran.
Sebagai umat Islam, kita percaya dalam rezeki kita, ada bahagiannya untuk orang lain. Kehidupan yang selesa bukan sekadar meninggalkan simpanan yang mencukupi buat keluarga di dunia. Sumbangan amal jariah serta kebajikan perlu diteruskan walaupun setelah meninggal dunia, sebagai‘bekalan’4di akhirat kelak.
A-Plus Infaq direka sebagai sebahagian daripada A-Life Legasi yang memberikan kemudahan kepada para pelanggan untuk mengagihkan legasi mereka tanpa perlu mendapatkan bantuan pihak luar.
Ini bermakna, jika pelanggan meninggal dunia atau mengalami HUMK, amaun perlindungan rider akan disalurkan kepada badan amal pilihan pelanggan atau boleh memilih untuk menginfaqkan faedah takaful tersebut kepada rakan amal rider berkenaan iaitu Mercy Malaysia atau Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Dengan penyelesaian takaful yang menyeluruh seperti ini, kita bukan sahaja yakin dengan perlindungan kewangan buat keluarga kita, malah dapat membantu menyumbang kembali kepada masyarakat secara berterusan, walaupun selepas meninggal dunia. Apa yang penting adalah kita perlu tanamkan niat dan berusaha untuk melindungi diri dan orang tersayang sebelum menyerah kepada ketentuan Illahi – Usaha dengan Takaful, Pelengkap Tawakal Anda.
Pernah tak terfikir, satu hari nanti, duit kat tangan kita tinggal hanya beberapa ringgit sahaja. Itulah duit untuk kita nak bagi keluarga makan. Mesti tak cukup untuk keluarga. Hati mula gelisah dan tak tenteram. Macam mana nak cari rezeki lagi. Kadang-kadang, bab-bab duit inilah, pasangan suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai.
Sebenarnya, rezeki yang Allah beri bukan hanya duit semata-mata tapi Dia bagi rezeki dengan pelbagai cara. Kita sahaja yang tidak tahu dan tidak pernah mensyukurinya. Risau duit tak ada.
Ini perkongsian daripada Raja Hazamir Raja Jusoh tentang bagaimana kita nak menjemput rezeki. Rezeki bukan dari wang ringgit semata-mata tetapi ada pelbagai cara.
+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
+ Ada yang mengundang rezeki tiap ¼ malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.
Tapi dari ALLAH SWT.
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
MW: Kita tidak tahu, kadang-kadang kita bagi kucing makan pun boleh menjadi asbab rezeki ada kawan pejabat datang bagikan kita sarapan.
Berakhir pencarian kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang, mayat Putra Faris ditemui 50 meter sahaja dari lokasi selipar yang dijumpai sekitar Sungai Ganggarak.