“Setiap kali melintasi terusan ini, hati saya sayu” – Nazriah ‘hilang’ ayah 37 tahun lalu di Sungai Korok. Tragedi lemas enam sekeluarga yang menggemparkan negara baru-baru ini bukan sahaja menyentuh hati masyarakat, malah mengembalikan memori duka buat seorang guru, Nazriah Abd Razak, 46, yang pernah kehilangan ayahnya di lokasi yang sama 37 tahun lalu.
“Setiap Kali Melintasi Terusan Ini, Hati Saya Sayu” – Nazriah ‘Hilang’ Ayah 37 Tahun Lalu Di Sungai Korok
Menurut Nazriah, hatinya terasa pilu setiap kali melalui terusan Sungai Korok kerana di situlah bapanya, Abd Razak Osman, 38, terkorban dalam satu kemalangan jalan raya pada 15 Jun 1988.
“Setiap kali melintasi terusan Sungai Korok ini, hati saya sayu. Inilah tempat ayah saya meninggal dunia 37 tahun lalu, dan kini enam sekeluarga pula terkorban di lokasi sama,” katanya ketika ditemui pada Jumaat di lokasi kejadian.
Mengimbas tragedi silam, Nazriah memberitahu ketika itu bapanya sedang dalam perjalanan dari Jerlun ke Jitra bersama dua rakan. Kereta mereka terbabas ke dalam terusan tersebut pada awal pagi. Ketiga-tiganya ditemui meninggal dunia akibat lemas kira-kira dua jam kemudian.
Nazriah berada di lokasi kejadian enam beranak ditemukan lemas di Sungai Korok yang juga pernah mengorbankan bapanya pada 1988. Gambar kecil: Abd Razak.
“Mayat mereka ditemui kira-kira dua jam selepas kejadian, masih berada di dalam kereta. Arwah dipercayai meninggal dunia akibat lemas. Ketika itu saya baru berusia sembilan tahun,” ujarnya.
Tragedi tersebut bukan sahaja meragut nyawa ayah yang menjadi tonggak keluarga, malah meninggalkan kesan mendalam terhadap ibunya yang ketika itu tidak bekerja dan perlu membesarkan tujuh anak yang masih kecil.
“Mak tidak bekerja. Ayah tinggalkan kami tujuh beradik yang masih kecil. Sejak hari itu, mak banyak mendiamkan diri. Datuk bawa mak berubat ke merata tempat sebab dia hilang semangat,” katanya sebak.
Kejadian yang menimpa enam sekeluarga baru-baru ini benar-benar menyentuh hatinya, apatah lagi salah seorang mangsa merupakan bayi yang masih kecil.
Ads
“Bila tengok berita, saya terus teringat arwah ayah. Mak pula tak boleh tengok berita orang mati lemas di sungai sebab akan teringat tragedi tersebut,” katanya.
Kini, hanya gambar lama dan keratan akhbar tragedi 1988 menjadi kenangan yang tersisa buat Nazriah dan adik-beradiknya. Lebih memilukan, beliau berkongsi bahawa adik bongsunya yang paling rapat dengan arwah ayah sedang menantikan hari lahir ketika tragedi berlaku.
“Adik bongsu paling rapat dengan ayah. Dua hari lagi dia nak sambut hari lahir ketika kejadian berlaku. Kami semua memang rapat dengan ayah. Sepatutnya saya ikut dia ke Alor Setar hari tu, tapi tak jadi sebab demam,” ujarnya.
Jenazah arwah ayahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya, Pokok Sena.
Ads
Nazriah menunjukkan gambar arwah bapanya.
Sehingga hari ini, Nazriah masih menghormati lokasi itu setiap kali melaluinya. Dia akan memperlahankan kenderaan apabila melintasi terusan Sungai Korok sebagai tanda mengenang tragedi lalu.
“Laluan ini gelap, tiada lampu jalan. Banyak kemalangan berlaku di sini. Kalau pihak berkuasa dapat pasang lampu jalan, ia boleh kurangkan risiko, apatah lagi ramai guna jalan ini waktu malam,” katanya.
Untuk rekod, kejadian lemas enam sekeluarga yang berlaku pada Isnin lalu mencetuskan duka ramai apabila mereka ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta selepas dilaporkan hilang sejak pagi Sabtu.
Rezeki tertangguh. Setiap yang berkahwin, tentunya mendambakan cahaya mata, penyambung keturunan. Ditakdirkan berbelas tahun masih belum dikurniakan anak. Anggaplah ada rezeki yang lebih baik menanti. Semua telah diaturkan olehNya.
Jangan sedih, redha dan anggaplah ini rezeki tertangguh yang belum Allah berikan lagi. Dialah perancang segala-galanya.
Inilah yang dikongsikan oleh pelawak Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36 tahun dalam media sosialnya tentang keputusan rawatan IVF isterinya, Nor Hasanah Yahaya tidak berjaya.
Tiada yang dapat digambarkan oleh pasangan ini, namun Achey memberitahu biarpun proses yang dilakukan oleh isterinya itu gagal tetapi dia tetap bersyukur dan reda dengan keputusan itu.
‘Syukur Alhamdulillah…reda @anne-achey please comeback stronger” tulis Achey secara ringkas.
Malah, video pendek itu melihatkan isterinya yang mesra dipanggiul Anne duduk di kerusi roda memeluk erat achey yang kelihatan tenang.
Dalam perkongsian Anne di laman sosialnya turut memperlihatkan anak angkatnya, Tiara menangis apabila mengetahui dirinya tidak dapat menjadi seorang kakak.
‘Mama kan ada, kakak kan ada kawan mama. Nanti mama buat lagi baby, okay. Kakak doakanlah mama boleh?
“Tapi ini yak ada baby lagi tau. Tak ada rezeki. Nanti Allah bagi rezeki baru pada kita okay, Ni kakak kawan dengan mama aja, boleh?,” kata Anne memujuk anaknya.
“Kalau kakak sedih, mama dengan ayah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan ayah awak,” tulis Anne dalam perkongsiannya.
Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga sejal 11 tahun lalu dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang diambil pada tahun 2018
Achey dan Anne memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu dalam usha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Mingguan Wanita : Moga suatu hari nanti, Achey dan Anne akan dipermudahkan dan peroleh rezeki yang lebih baik lagi.
Lama tak dengar kisah pelakon cantik Emelda Rosemila yang juga isteri pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie ini. Sekitar awal tahun 2000, nama pelakon yang tak dimakan usia ini cukup dikenali.
Paling tak boleh lupa, lakonannya dalam drama Kekasihku Seru (sekitar tahun 2008), sebuah siri drama bergenre seram gandingan mantapnya bersama Datin Seri Umie Aida. Selepas mendirikan rumahtangga, Emelda seakan menyepi lama dari dunia lakonan.
Hakikatnya, Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Binti Abdul Hamid ini masih lagi aktif dalam dunia seni. Terkini, lakonannya sebagai Helena menghiasi drama Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan di Astro.
Dan, menjadi isteri kepada seorang sutradara hebat tak memungkinkan dirinya menyepi dari dunia seni yang sudah menjadi darah dagingnya. Sebagai isteri, Emelda melihat sisi suami dari sudut yang diterjamahkan sebagai seorang yang punya cara sendiri yang kadangkala disalah erti.
Luah Emelda, “Dia adalah seorang yang sangat berbakat. Menjadi idola kepada ramai penuntut di Aswara satu masa dahulu. Boleh menyanyi, menari, berlakon, mengarah, menulis dan bermain alat muzik.”
“Darah seni yang mengalir dari sejarah dan salasilah keluarga. Tapi dia tak suka tunjuk apa yang dia boleh buat. Minat yang mendalam dalam bidang seni.”
Sisi Adlin Aman Ramlie Yang Kita Tak Tahu
Akuinya isteri Adlin ini lagi, “Di rumah, kalau tak buat apa dia akan habiskan masa dengan membaca, especially buku-buku biography dan sejarah. Tak kira sejarah kita atau sejarah luar.”
“Sejarah P. Ramlee favorite dia. Kalau tak baca, dia akan menulis sampai pagi. Seorang individu yang kuat kerja dan tak pernah putus asa. Selalu positif dan memandang ke hadapan.”
“Adakala penat melayan karenah-karenah manusia. Ramai manusia yang suka bermuka-muka. Ramai juga yang beriya-iya. Kalau penat dia akan senyap. Fikiran dia tak pernah berhenti berfikir.”
Dalam pada itu, jujur luah Emelda suaminya ini seorang yang baik hati. “Baik hati suka tolong orang. Ramai juga yang ambil kesempatan atas keluhuran hati.”
“Walaupun cara dia sering disalah erti. Sebagai isteri saya selalu bersimpati dan kagum dengan semangat yang patut dicontohi. Saya bangga dengan Adlin Aman Ramlie.” Tulis Emelda yang bahagia disamping suami dan anak tercinta, Edra Rafael Adlin.
Patutlah Cantik, Tengok Rutin Sarapan Pagi Emelda Rosemila Ini
Kalau tengok wajah Emelda Rosemila ini memang macam tak dimamah usia. Awet muda sentiasa. Tapi bila tengok cara Emelda ambil sarapan pagi memang kita akan rasa kagum dengan rutin pemakanan sihatnya itu.
Patutlah wajah Emelda berseri-seri malah langsing pula tu. Kata Emelda dalam instagramnya, “Morning is my favourite time of the day. Kena bangun dengan semangat to kick start your day.
“So apa yang kita consume untuk breakfast juga menentukan macam mana energy kita sebum lunch. Kadang makanan buat kita jadi lemah dan malas. So, consume only the best for yourself.”
Idea Sarapan Emelda Yang Mak Mak Boleh Cuba
Morning all! Having my 1st homemade gula melaka granola + oat. Yummynyaaaa! Have a wonderful day semua!Avocado + raw honey + chiaseed
My most fav breakfast meal. Simple and very easy to make, and healthy too! Always eat fruits on an empty tummy!! Sexy Avocado + the sweetest Raw Honey
Beberapa minit to noon. Still boleh wish good morningggggg! Brekkie harinie ~ Strawberry oat ( blend stoberi ) Dark choco Walnut Stoberi Blueberry Raw Honey
Egg Muffin je pagi nih. Have a good day! Muah muah!
For Blood, colon, heart, skin, immune system etc
Spinach
Ulam raja
Celery
Ginger
Turmeric
Lemon
Kiwi
Apple
ChiaSeeds + raw honey
Good Morning from Mama CoCo. Pakai subang gayut harinie!
Morning! Comei tak ai?
Pagi tadi punya breakfast! Peanut butter on toast. Tenggelam dah roti.
Morning! Harinie breakfast edra ada headgear. Lama dia stare sebelum makan.
Baguskan cara Emelda ini, amalkan pemakanan sihat untuk kecergasan sepanjang hari. Lagi rasa seronok, sarapan yang disediakan ini juga dinikmati bersama anaknya, Edra.
Haa.. mak-mak pun boleh cuba contoh sarapan gaya Emelda ini. Sebab bukan sekadar cantik malah menyelerakan. Paling penting ianya sajian sarapan sihat.
Demi kebahagian dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih pada suami isteri memang sanggup lakukan apa sahaja.Bukan hanya sanggup berkongsi kasih malah Sarifah Salmah Tuan Embong yang menyatukan suami, Saiful Abdul Satar, 34, dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara Shah Rizan.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nur Elyana, 18, berkongsi video dan gambar perkahwinannya di TikTok baru-baru ini.Menerusi video itu, kelihatan Nur Elyana dan Sarifah, 26, duduk berdua di pelamin dengan memakai persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Minta Suami Kahwin
Berkongsi kisah, Sarifah yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana.Katanya, semua itu dilakukan demi kebahagiaan suaminya yang inginkan lagi zuriat namun sukar ditunaikan kerana dia berisiko tinggi untuk hamil selepas mengalami keguguran anak kedua pada 2019.
“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak (Amir Malik Saiful, 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.
“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.
“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya.
Sarifah Salmah Tuan Embong (kiri) bersama dengan madunya, Nur Elyana Aleeya Mysara dalam persalinan pengantin sedondon berwarna hijau.
Suami Mahu Tambah Zuriat
Menurutnya, suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan. Bagaimanapun, Sarifah berkata, keputusan itu yang terbaik buat mereka kerana dia tahu suaminya sudah lama menyimpan keinginan untuk menambah zuriat.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan itu dan mereka terima selepas saya jelaskan alasannya.
“Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.
“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.
Jodoh Isteri Kedua
Sementara itu, Nur Elyana berkata, dia tidak sangka hubungan dengan Saiful yang dianggap majikan dan abang berakhir sebagai suami isteri pada 18 Mac lalu selepas dinikahkan di Pejabat Kadi Daerah Mersing, Johor.
“Terkejut juga ketika Kak Sa (nama gelaran Safirah) suarakan hasratnya untuk melihat saya berkahwin dengan suaminya.
“Namun, saya bincang dengan keluarga terlebih dulu dan Alhamdulillah, mereka restui perkahwinan itu.
“Ini yang dinamakan jodoh dan sebagai isteri kedua, saya sedia beralah dengan Kak Sa dan tiada masalah sesuaikan diri kerana sudah lama tinggal bersamanya.
“Malah, saya yang ajak Kak Sa pakai baju pengantin warna sedondon kerana mahu meraikan hari bahagia dengannya,” katanya.