Selebriti

Setahun Adira Suhaimi Tunggu Kes Selesai, Harap Selesai Dengan Cepat Dan Mudah

Share

Kalau dihitung, hampir setahun penyanyi dan usahawan Adira Suhaimi menanti kesnya berkahir. Penyanyi ini juga mengakui hanya mahu segala urusan membabitkan kes pengesahan lafaz rujuk dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu Hasaan atau Datuk Red, diselesaikan sebaik mungkin.

Setahun Adira Suhaimi Tunggu Kes Selesai

Bagi ibu kepada lima cahaya mata itu, tempoh yang panjang pastinya bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.

“Semoga kes ini berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan selesai cepat. Sebab saya rasa sudah hampir setahun kes ini berlarutan.

“Anak saya yang bongsu pun sudah nak masuk usia lima tahun,” katanya.

Dalam prosiding berkenaan, Adira turut membawa abang kandungnya, Nor Azalin sebagai saksi bagi membantu kes pengesahan lafaz rujuk tersebut.

Adira hadir ke mahkamah ditemani dua peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie dan Nor Saidah Zakaria sebelum Datuk Red tiba beberapa minit kemudian.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.

Harap Selesai Dengan Cepat Dan Mudah

Kes berkenaan bermula selepas Datuk Red, menerusi permohonan yang difailkan pada 18 Disember lalu, mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka.

Bagaimanapun, perkara itu mengejutkan Adira yang sebelum ini mendakwa bekas suaminya meminta bayaran RM100,000 sebagai antara syarat untuk menarik balik kes berkenaan.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April 2024.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob, 4.

Sumber: Sinar Plus

 

Published by
Nadia Mohamad