Berita

Seri Pengantin Diraja Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen & Dayang Anisha Di Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja

Share

Usai Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja baru-baru ini, aturcara perkahwinan di raja di antara   Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah  dan pasangannya Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah diteruskan dengan upacara Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja.

Majlis gilang gemilang tersebut telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana Istana Nurul Iman. Kebiasaannya, majlis ini diadakan selepas Majlis Bertunang. Majlis ini dihadiri oleh keluarga terdekat bagi satu pihak sahaja dan  majlis ini diadakan  secara berasingan.

Keberangkatan masuk  Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah diiringi oleh  Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah. Turut mengiringi Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah ke singgahsana indah ialah empat orang pembawa perhiasan empat, seorang membawa payung, pedang dan perisai dan tombak serta alat-alat kebesaran diraja.

Majlis yang diadakan secara gilang gemilang tersebut telah dimulakan dengan upacara berbedak diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Pengiran Anak Saleha diikuti kerabat diraja Brunei yang lain.

Bonda  Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam binti Abdul Aziz turut diberi penghormatan di majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja sambil diiringi kekanda Pengiran Muda Abdul Mateen, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah.

Sejurus selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah melakukan proses berbedak diraja, tembakan merian sebanyak 17 das dilakukan sekaligus menandakan bermulanya istiadat berbedak diraja.

 

Memetik perkongsian Instagram @muash.portfolio yang memuat naik beberapa foto eksklusif Majlis Berbedak Mandi Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah yang telah diadakan di Istana Darul Iman.

Upacara Berbedak Mandi, sebuah pemandangan kemegahan, berlangsung di Istana Nurul Iman, di mana DYMM Putera ‘Abdul Mateen dan YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam dibasuh dengan berkat oleh orang-orang terdekat dan tersayang mereka.

Ibubapa, saudara-mara, dan orang-orang tua yang dihormati memeriahkan acara bersejarah ini, melibatkan pasangan yang akan segera diijabkabulkan dalam aura kemewahan dan tradisi.

Terdahulu, pada tanggal 9 Januari telah berlangsung Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja. Pada majlis tersebut, YM Dayang Anisha Rosnah mengenakan persalinan lace rona putih hasil rekaan Teh Firdaus yang menawan dan elegan.

Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah sekali lagi dilihat menggayakan busana lace moden rekaan pereka tanahair, Teh Firdaus.

Untuk rekod, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa-Kalebic turut mengenakan persalinan baju kurung tenunan Brunei rekaan Teh Firdaus semasa acara Khatam Quran beberapa hari yang lalu.

Pasangan diraja ini bakal diijabkabulkan pada esok, 11 Januari di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Pada tarikh 14 Januari, Putera Mateen dan Dayang Anisha bakal melangsungkan Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman yang merupakan acara kemuncak istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari.

Istiadat berkenaan dijangka bakal dihadiri ramai tetamu diraja dan kehormat dari seluruh dunia.

Manakala majlis persantapan diraja pula akan diadakan pada malam 15 Januari dan semua istiadat akan berakhir pada 16 Januari iaitu dengan majlis membaca doa selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.

Meriahnya majlis meraikan mempelai diraja, Radio Televisyen Brunei menganjurkan Peraduan Mencipta dan Menerbitkan Lagu Perkahwinan Diraja 2024. Dua buah lagi dipilih sebagai juara dan naib juara iaitu Renjana Pengantin ciptaan Muhd Hazwan Haji Awang Madial yang membawa pulang hadiah wang tunai $2,000 dan sijil penyertaan.

IKLAN