“Senyuman Terakhir Papa..” Ayah Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan

Share

Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Memang berat dan sayu rasa hati seorang anak apabila kedua-dua ibu dan ayah telah kembali kepada Pencipta abadi.Tiada lagi doa-doa keramat yang boleh dipinta mengharapkan kesejahteraan diri.

Meninggal Selepas Jalani Pembedahan

Dikhabarkan ayah kepada pelakon dan pengarah, Dato Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi hari ini.Ayahnya disahkan meninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras malam tadi.

Berita sedih itu dikongsi Afdlin, 49, menerusi Instagram dan meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Allahyarham bapanya yang telah menghembuskan nafasnya terakhir.

Terlebih dahulu, menerusi entri awal Afdlin mengundang sebak. Ini kerana Afdlin ada memuat naik foto bersama bapanya di hospital. Beliau meminta doa daripada para follower serta berharap agar pembedahan tersebut bukanlah saat terakhir bertemu ayahnya. Namun tuhan lebih menyayangi, detik itu merupakan pertemuan terakhir mereka berpisah di dunia rupanya.

“Harap ni bukan kali terakhir jumpa papa. Papa masih dalam pembedahan. Tolong doakan beliau.”

Pesanan Papa

Afdin juga ada membuat coretan perkongsian detik akhir bersama arwah ayahnya serta pesanan yang dititipkan.

“Senyuman terakhir papa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapaku yang tercinta.”

“Dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!”

“Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yang beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa..”

Rakan Artis Ucap Takziah

Ramai rakan artis yang turut sama mengucapkan salam takziah buat pelakon ini antaranya seperti Dato Hans Isaac, Que Haidar, Ashraf Muslim, Alif Satar, Anuar Zain, Yasmin Hani, Erra Fazira, Catriona Ross, Almy Nadia, Kavita Sidhu, Heliza Helmi dan sebagainya.

Baca Lagi DiSini:
‘Rebah Ketika Mahu Solat Subuh..’ Ibu Ezad Lazim Meninggal Dunia

MW: Salam takziah, semoga ALLAH SWT kurniakan kekuatan, keimanan & keredhaan buat Dato Afdlin seisi keluarga. Semoga roh ayah beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.

Sumber: Afdlin Shauki

IKLAN