Senangnya Nak Buat Pizza Guna Periuk Noxxa, Cepat & Tak Payah Uli, 7 Minit Siap!

Share

Mesti ramai mak-mak yang dah ada periuk Noxxa pelbagai guna ni. Periuk ni pernah jadi trend, sampai ada yang sanggup buat grup ‘kutu’, bayar secara ansuran semata-mata untuk dapatkan periuk idaman ni.Tapi asyik guna untuk masak menu yang sama je, jemu juga, kan. Ke masih helok tersimpan dalam kotak? eh! Menerusi perkongsian Ina Noor Azlina

, beliau tunjukkan cara nak buat sendiri pizza di rumah.Senang je rupanya. Guna periuk Noxxa tak perlu uli pun, 7 minit je dah siap! dah boleh makan panas-panas.Tak perlu susah-susah lagi.

Berikut antara perkongsiannya;

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh yeast kering
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan air

Topping (pilihan)

sosej
kiub nenas
capsicum
bawang holland
keju Mozarella
Sos Spageti Bolognese
Serbuk Pizza

Cara Membuat:

1.Masukkan 1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh yeast kering + 1 sudu teh baking powder ke dalam inner pot noxxa dan gaul rata.

2.Ratakan adunan ‘base’ tepung dengan spatula.Biar sekejap dalam 20 minit. (kekna kadang tak tunggu pun. 5 min je hehe).

3.Setelah itu, sapukan sos spagheti atau black pepper pun boleh.Kalau tiada guna sos tomato + sos tiram + serbuk oregano + garam sikit.

4.Taburlah segala bahan topping yang diingini. Akhir sekali, parutkan cheese dan tabur diatas.Selepas itu, taburkan serbuk pizza topping beli di tesco. Bila masak terus naik bau pizza macam kat Pizza Hut tu :D. Paling sedap guna Mozarella cheese, baru dapat efek bertali-tali bila potong.

5.Set mode steam 07 min.jangan risau dengar bunyi beep2. Normal tu hehe

Selamat Mencuba!

Sumber:Ina Noor Azlina

IKLAN