
Senaman hilangkan dagu berlapis, sambil tengok TV pun boleh buat. Ramai yang idamkan jawline atau tulang rahang pada bahagian muka dari tepi bawah telinga hingga dagu. Kalau masih ada, itu simbolik kepada berat badan anda yang masih kurus!
Selebriti ternama seperti Angelina Jolie, Jennifer Lopez, Kila Fairy, mahu pun model terkenal Alicia Amin masing-masing mempunyai jawline yang jelas dan on point sebagai ‘aset’ apabila bergambar.
Tahukah anda, sebenarnya bahagian wajah kita ini juga perlukan rutin senaman tertentu untuk dapat pastikan pipi tidak terlihat bagai dipam-pam umpama kuih pau. Jadi apa yang perlu anda buat?
Bukan hanya individu berbadan besar saja yang mengalami masalah double chin, perempuan kurus pun selalu mengeluh bila tengok muka depan cermin.
Menurut, Health Guide HQ, ada beberapa senaman yang sebenarnya boleh anda buat untuk hilangkan masalah double chin. Ini antara tip paling berkesan, serius anda kena cuba.
Caranya sangat mudah, murah dan berkesan. Duduk dekat rumah pun boleh buat. Kalau anda mengamalkan senaman ini selama 10 minit setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
Tetapi ada juga cara kedua yang boleh anda cuba, buat urutan mudah di hadapan cermin seperti wanita ini:
@betahouse_use Exercise to get rid of double chin 🫡#doublechin #doublechinreduction #doublechinexercise #massage #faceyoga #massagetherapy ♬ dźwięk oryginalny – Nathomy
Cuba anda amalkan, katanya cukup membantu untuk munculkan jawline. Barulah cantik nak selfie dan pakai selendang raya tahun ini.
Caranya sangat mudah, jimat tanpa mengambil suntikan dan berkesan. Jadikan senaman ini dalam 10 minit setiap hari, kesannya akan kelihatan lebih cepat, tau!
Sumber video: Betahouse Use