Semperit Susu Pakai Empat Bahan…Sedap, Gebu Dan Cair Di Mulut

Semperit adalah antara biskut raya ‘evergreen’ yang sehingga sekarang menjadi pujaan ramai. Walau pun pelbagai biskut raya viral sekarang, namun ia antara biskut yang paling popular tiap kali tiba musim perayaan.

 Semperit Susu Untuk Aidiladha

Semperit ada beberapa jenis termasuklah Semperit Susu. Aidilfitri diraikan dalam serba sederhana kerana kita masih dalam tempoh PKP, namun Aidiladha yang akan muncul tak lama lagi boleh diraikan dengan lebih meriah kerana sudah boleh merentas negeri dan sebagainya.

Mesti ramai yang nak balik kampung dan Semperit Susu ini boleh dijadikan buah tangan untuk keluarga tersayang di kampung. Mudah je nak buatnya.

Resipi lain ada di sini:

Semperit Coklat Rangup, Lepas TEKAN Biarkan 15 Minit Baru BAKAR

Biskut Raya Bakar Guna Kuali, Elok Molek Juga Kejadiannya!

IKLAN

Bahan Tak Banyak Guna

Yang paling best..HANYA GUNA EMPAT BAHAN! Waduhhh! Senang sangat ni! Bajet pun tak tinggi. Maklumlah, sekarang semua kena bajet kan?

Jangan risau. Walau pun biskut ini hanya guna empat bahan, namun rasanya tetap sedap tau! Bahkan ia gebu dan cair di mulut! Memang mantap!

Satu adunan ini boleh dapat seratus biji lebih biskut. Selamat mencuba!

SEMPERIT SUSU

BAHAN BAHAN:
250 gram mentega- suhu bilik (buttercup)
230 gram susu pekat manis
400 gram tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad

CARA MEMBUAT:

Semperit Susu Pakai Empat Bahan…Sedap, Gebu Dan Cair Di MulutSatukan mentega dan susu pekat manis. Kacau sekadar bergaul sebati sahaja.

Masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Doh yang lembut, akan memudahkan ditekan dari acuan. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung jagung sambil menguli perlahan. Kelembutan doh bergantung kepada butter yang digunakan.

Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan. Susun dalam loyang pembakar saya guna baking paper. Hias dengan coklat cip atau ceri. Terpulang pada anda.

Semperit Susu Pakai Empat Bahan…Sedap, Gebu Dan Cair Di Mulut

Biarkan seketika dalam 30 minit. Panaskan dulu oven dalam 10 minit dan bakar dalam suhu 180C dalam 20 minit, bergantung pada oven masing-masing. Dah masak, keluarkan dan sejukkan. Siap!!

Nota Tambahan:
Cara nak tahu semperit sudah masak ataupun tidak, cuba tolak menggunakan garpu dan jika bergerak tak melekat pada loyang pembakar, maknanya ia telah masak.

Sumber: Azura