“Semoga Tiada Anasir Jahat & Malaysia Terus Aman Damai Dibawah Kepimpinan Ayahanda Yang Disayangi,” Tok Ti

Share

Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 39 merupakan antara golongan selebriti yang menjadikan Tun Mahathir Muhammad,93 sebagai seorang ikon dan idola dari segi pencapaian hidup dan kepimpinan diri. Jika mengikuti laman instagram beliau, penyanyi lagu Si Comel Pipi Merah dan ibu kepada Siti Aafiyah ini, setia memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi diatas kepada pemimpin kesayangan ramai ini sejak sekian lama dan dari dahulu lagi.

Menerusi posting yang terbaru beliau dilaman intagram, Tok ti ada berkongsi harapan dan mendoakan agar negara Malaysia terus sejahtera, aman damai serta dilindungi daripada segala anasir jahat dibawah kepimpinan Tun Mahathir Muhammad.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Jumaat yang mulia ini , doa saya moga Allah SWT terus melindungi Malaysia daripada anasir jahat & terus aman damai di bawah kepimpinan Ayahanda yang kami sayangi @chedetofficial bersama Bonda Tun Siti yang setia menemaninya..” “#malaysiakutercinta #malaysiabaru

Terdahulu, PRU14 dimenangani parti Pakatan Harapan yang diketuai bekas perdana menteri ke-4, Dr Mahathir.  Barisan Nasional kecundang di tangan PH selepas 60 tahun parti itu memerintah negara.

Semalam, sejarah tercipta apabila Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 buat kali kedua pada kira-kira 10.00 sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif,setelah 15 tahun meninggalkan jawatan tersebut.

Sumber: ctdk

IKLAN