Saya bekas suami dia. Hari ini, 26 Mei 2025 saya ambil sijil cerai. Sakit memang sakit, malu pun ada. Tapi hidup kena teruskan.

Itulah luahan hati seorang lelaki bernama Muhammad Azraf, selepas rumah tangga yang dibina bersama wanita yang dikenalinya sejak tadika, berakhir dalam keadaan yang cukup menyedihkan. Apa yang lebih memilukan, sebaik talak dilafazkan di mahkamah, bekas isterinya dikatakan keluar makan kek bersama lelaki lain yang turut berstatus suami orang!

Kisah ini bukan sekadar cerita kecurangan. Ia kisah luka yang dalam. Kisah seorang lelaki yang memilih diam, tetapi akhirnya dikhianati.

Cinta Lama, Tapi Hati Dikhianati

Menurut Azraf, mereka bercerai pada 24 Februari lalu setelah isterinya dikatakan menjalin hubungan sulit ketika masih bergelar isteri. Walaupun pada awalnya perceraian dilakukan secara baik mengikut Seksyen 47, namun dia sempat memohon pada hakim untuk tukar kepada cerai secara nusyuz selepas mengetahui hal sebenar.

“Selepas Lafaz Talak, Dia Pergi Makan Kek Dengan Suami Orang”. Memang Sakit, Malu Pun Ada. Tapi Hidup Kena Teruskan!

Namun, keputusan akhir tetap di tangan si wanita – dan dia memilih untuk berpisah tanpa menuntut sebarang nafkah idah, mutaah atau tuntutan lain.

Lebih menyedihkan, seusai keluar dari mahkamah, wanita itu dikatakan terus bertemu kekasihnya, seorang suami orang untuk ‘makan kek’ bersama. Peristiwa itu, kata Azraf, akan terus kekal dalam ingatannya.

Ads

Wanita, Di Mana Nilai Kita?

Dalam dunia moden hari ini, maruah dan integriti seorang wanita tidak lagi bergantung pada siapa suaminya, berapa banyak hartanya, atau di mana dia bekerja. Sebaliknya, ia terletak pada prinsip dan akhlak yang dijaga.

Sebagai wanita, kita adalah lambang kasih sayang, keteguhan dan kemuliaan. Namun, bila kita melangkah ke jalan yang salah apatah lagi menjadi punca keruntuhan rumah tangga orang lain kita sebenarnya bukan hanya melukakan hati wanita lain, tapi turut menconteng arang pada wajah kita sendiri.

“Selepas Lafaz Talak, Dia Pergi Makan Kek Dengan Suami Orang”. Memang Sakit, Malu Pun Ada. Tapi Hidup Kena Teruskan!
Gambar Sekadar Hiasan

Cinta Tak Perlu Dibina Di Atas Air Mata Orang Lain

Ramai wanita hari ini berdikari, berjaya dan bijak dalam kerjaya. Namun, bila berdepan soal hati, kita perlu lebih bijaksana. Hubungan dengan suami orang bukan satu ‘cinta luar biasa’  ia adalah pilihan yang mencalarkan maruah. Bila kita menjadi wanita yang memusnahkan kebahagiaan wanita lain, kita juga mengundang bahaya dalam kehidupan sendiri.

Ads

Perlu diingat, wanita yang benar-benar berkelas adalah wanita yang tahu menjaga batas dan tidak menjadikan cinta sebagai alasan untuk mengkhianati.

Reda Itu Proses, Bukan Slogan

Azraf akhiri luahannya dengan satu ayat yang penuh makna:
“Saya harap suami pertama dia reda. Saya perlukan masa untuk reda. Semoga bila dia reda, Allah reda dengan saya.”

Satu peringatan buat kita semua, terutama wanita bahawa setiap perbuatan kita akan memberi kesan kepada orang lain. Jangan sampai kita menjadi sebab seseorang perlu belajar erti reda melalui kekecewaan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.

Ads

Tidak semua jodoh kekal, tapi semua perpisahan boleh ditangani dengan bermaruah. Jangan jadi wanita yang dikenang kerana mengkhianati. Jadilah wanita yang dikenang kerana menjaga. Bila kita menjaga maruah dan batas diri, insya-Allah Allah akan jaga kita pula.

Terdahulu akhbar melaporkan seorang guru wanita menjadi mangsa kecaman selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar apabila wanita yang dipercayai isteri juruelektrik terbabit memuat naik tangkap layar perbualan berunsur lucah antara suaminya dan guru berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantaran lain di TikTok, guru wanita berkenaan dipercayai bersemuka dengan isteri juruelektrik tersebut sambil merayu agar diberikan peluang kedua untuk dimaafkan.

Wanita yang dihormati, bukan yang disukai ramai — tapi yang tahu menjaga maruah dalam diam.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI