Dalam Bayan Linnas oleh Mufti Wilayah Persekutuan & Muzakarah Fatwa Kebangsaan penggunaan vaksin itu, harus. Entah kenapa, sudah ada mak-mak yang mula tolak vaksin anak.
Benar.. sama ada mahu vaksin anak atau tidak, itu keputusan mak ayah, tapi anak juga punya hak mereka untuk hidup sihat.
Pengalaman yang dilalui Dr Taufiq Razif ini sudah beberapa tahun berlalu. Sedihnya, sampai ke hari ini kes yang seumpama masih lagi berlaku.
Semakin Sikit Anak Tak Divaksin, Semakin Cepat Penyakit Meletus
Saya paling hiba kalau ada ibu bapa yang tolak vaksin untuk anak-anaknya.
Baru ni je pun (ketika artikel ini ditulis) ada kes sorang ibu berusia 40 tahun yang hilang 2 orang anaknya serentak akibat difteria.
Penyakit yang boleh dielakkan jika majoriti ibu bapa kat Malaysia ni bersatu untuk lindungi anak masing-masing dengan vaksin.
Mula-mula si abang yang umur baru 2 tahun yang meninggal. Seminggu lepas tu, adik dia yang umur 11 bulan pula yang meninggal. Dah la meninggal dalam diam je. Kejut tidur tak bangun bangun. Rupanya dah meninggal! Innalillah..
Bayangkan seorang ibu nak tanggung kesedihan yang amat dahsyat ni. Bagi seorang ibu ini takde la kesedihan yang lebih dahsyat daripada kematian si anak.
Kalau kematian suami biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat oleh ikatan akad je. Kesedihan bila kematian anak ni berbeza jauh sebab anak ni diikat oleh ikatan darah dan daging si ibu tu sendiri!
Ads
Bayangkan kesalahan tu sebenarnya ditanggung oleh para ibu yang tak nak mevaksinkan anak-anaknya sebab percayakan doktor Google dan Facebook.
Penyakit dahsyat ni kembali merebak laju kat dalam negara kita ini berpunca daripada para ibu yang tak nak vaksin anak anaknya la.
Semakin sikit anak yang tak divaksin dalam sesuatu komuniti semakin cepat sesuatu penyakit tu meletus (outbreak ).
Ini Derita Yang Pesakit Difteria Tanggung, Seksanya..
Selama ni saya cuma jumpa penyakit ni kat Indonesia je. Tak pernah lagi dengar kes difteria kat Malaysia sebelum ni.
Ads
Saya bukan apa, saya pernah saksikan sendiri betapa seksanya pesakit yang kena penyakit difteria ni. Cuba tengok komplikasi yang boleh muncul daripada difteria ni :
√ Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yang perlahan lahan dan sangat kejam! ( Airway blockage )
√ Bila benda putih ( pseudomembrane ) dalam tekak tu tiba-tiba terjatuh atau tertelan, racun dalam tu boleh rosakkan otot jantung anak kita ( myocarditis )
√ Lepas tu boleh juga terjadi kerosakan saraf ( neuropathy )
√ Anak kita juga boleh kena jangkitan paru-paru ( pneumonia )
Ads
Sebab dalam selaput putih tu ada toksin yang sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak tu tengah tidur selaput tu tiba-tiba meluncur turun. Sangat lah berbahaya!
Tolong.. tolong sangat siapa-siapa yang ada anak dan belum divaksin secara sempurna, tolong la sempurnakan vaksin mereka.
Jangan percaya Google.
Jangan percaya internet.
Kerana yang merawatnya adalah kami para doktor. Kerana yang menyaksikan kematian mereka adalah kami para doktor.
Bezakan gejala difteria.
Nota Penting : Sangat Terdedah Penyakit Ngeri
Anak yang tak divaksin akan sangat terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol/batuk seratus hari ( pertussis ), kancing gigi ( tetanus ), campak, demam kepialu ( typhoid fever ), jangkitan pada otak ( meningitis ) dan bermacam lagi penyakit yang mematikan.
Sungguh tidak berperikemanusiaan tindakan yang dilakukan oleh wanita ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Sepanyol ini, seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas merakamkan perbuatannya membunuh kejam kucing jantan yang mahu mengawan dengan kucing peliharaannya dengan ‘membasuhnya’ dalam mesin basuh dua kali sebelum memuat naik video itu ke media sosial.
Rakaman diambil wanita tidak diketahui identitinya di Jaen, Andalusia, Sepanyol, itu dikongsikan ke Instagram.
Apabila kucing berkenaan tidak mati ketika pusingan pertama dia mengulangi proses membasuh kali kedua tanpa menghiraukan haiwan berkenaan mengiau ketakutan.
Wanita itu didengar berkata: “Kenapa? Ngiau? Duduklah dalam tu! Inilah padahnya jantan yang mahu mengawan dengan kucing kesayangan saya.”
The Mirror melaporkan dia turut menyertakan emoji ketawa seolah-olah perbuatannya menggelikan hati dengan rakaman diberi tajuk ‘Gatolavadora’ (mesin basuh kucing).
Selepas selesai dia menunjukkan kucing itu pada jarak dekat dan berkata: “Kucing pembawa sial sudah mati.”
Perbuatannya dikecam hebat pengguna media sosial tetapi wanita berkenaan langsung tidak rasa bersalah malah mengancam membunuh anjing pula selepas ini.
Daily Mail memetik organisasi pegawai kebajikan haiwan berkata, wanita itu kini dilaporkan menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa.
Kesimpulannya, marah macam mana sekalipun kawallah emosi. Janganlah diseksa dan dibunuh binatang yang tidak berdosa.
Berita baik buat seisi rumah di Thailand apabila negara tersebut bakal melaksanakan undang-undang larangan merokok di dalam rumah. Ramai mengetahui bahawa kesan asap rokok lebih berbahaya buat perokok pasif sehingga menyebabkan pelbagai penyakit dan mengakibatkan kematian.
Oleh yang demikian, satu undang-undang yang melarang perbuatan merokok di rumah akan dikuatkuasakan di Thailand pada 20 Ogos dalam usaha mengurangkan kes kematian yang diakibatkan oleh kesan perokok pasif.
Golongan perokok diberi peluang selama 90 hari untuk mempertimbang semula tabiat itu (merokok di dalam kediaman), yang membahayakan kesihatan mereka yang berada di bawah satu bumbung.
Portal berita Bangkok Post melaporkan tentang pengumuman tersebut, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pembangunan dan Perlindungan Keluarga. Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didakwa sama ada di mahkamah juvenil atau mahkamah jenayah.
Kursus Berhenti Merokok
Walaupun belum ditetapkan jumlah denda, mahkamah boleh memerintahkan mereka yang melanggar undang-undang itu untuk tidak merokok di dalam rumah dan/atau memasukkan mereka ke dalam kursus berhenti merokok.
Walau bagaimanapun sehingga kini, belum ada penjelasan terperinci tentang kaedah penguatkuasaan yang akan diambil.
Pengumuman itu seiring dengan usaha kempen antitembakau yang memperjuangkan persekitaran kediaman yang bebas asap rokok dan juga asap rokok elektronik.
“Tahun lalu, sejumlah 8,278 orang mait akibat kesan perokok pasif,” ujar Ketia Pusat Penyelidikan dan pengajian Kawalan Tembakau, Ronnachai Khongsakon.
Kajian itu mendapati bahawa hampir 33 peratus perokok merokok di dalam rumah dan hampir 74 peratus merokok setiap hari. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Awam negara itu, pada tahun lalu, sejumlah 54,512 orang mati akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
MW: Memang terbaik undang-undang yang bakal diperkenalkan ini. Sebenarnya tak perlu tunggu kuat kuasa daripada kerajaan pun, mak-mak boleh buat peraturan sendiri, larang perokok-perokok baik suami, kawan-kawan mahupun tetamu daripada merokok didalam rumah. Asap rokok ni sangat berbahaya pada kesihatan diri dan anak-anak dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya serta kematian.
Niat seorang ibu muda yang kononnya nak melawa anaknya jadi cemas apabila bayi tertelan anting-anting tanpa disangka-sangka. Mungkin kita tidak perasan atau rasa yang segalanya telah berada di tempat yang selamat, tetapi anak kecil akan melalui fasa suka mengutip apa sahaja yang dijumpai dan masukkan apa yang dikutip itu ke dalam mulutnya.
Kalaulah terlepas pandang, memang anak jadi mangsa bedah. Sebab itu jugalah asalkan jumpa apa sahaja di atas lantai, tolong segera kutip dan dibuang atau boleh diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Memang bila kita ada anak kecil di rumah, kita tidak boleh ambil sambil lewa akan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita terlepas pandang dan kita kemudiannya sesal sendiri.
Ini berlaku pada seorang ibu muda, Puan Hafizah Md Zan apabila anaknya tertelan anting-anting, ikuti pengalaman ngerinya saat bawa anak ke hospital.
Tertelan Anting-anting
Alhamdulillah genap seminggu dah Dhia keluar Hospital Sultanah Aminah Johor. Empat hari masuk Hospital Muar. Tiga hari masuk Hospital Aminah.
Mana yang bertanya kenapa Dhia, gambar di bawah Bukti segala-galanya. 13/12/2017 Dhia telan sendiri anting-antingnya. Macam nak gugur jantung Mama bila tahu Dhia telan Anting-anting sendiri. Doktor pakar Muar ingat anting-anting Dhia akan keluar ikut najis.
Tapi beberape malam stay hospital, bagi ubat berak disuruh puasa selama 48jam. Namun anting-anting Dhia tetap tak bergerak seperti dalam gambar. Pakar Muar terpaksa Refer ke Johor sebab hanya Johor sahaja ada kamera untuk budak punya.
Sampai Johor Bahru, esoknye Dhia diminta puasa dan di masukkan ke OT. Doktor pakar cakap sekiranya tak dapat ditarik ikut mulut. Doc akan belah perut Dhia.
Selepas Masuk Bilik Bedah
Allah menggigil badan Mama dengar. Mama berdoa yang anting-anting dapat ditarik sahaja. Hari Isnin 18/12 tepat 12.30pm Dhia diberi ubat bius. Mama setia menanti di luar bilik Ot. Tak sampai sejam doktor dah panggil Mama dan anting-anting Dhia dapat ditarik keluar sahaja.
Bersyukur sangat Mama sebab Dhia tak perlu dibedah perut. Ini semua doa dari semua, Dhia pun makin aktif. Ini buat pengajaran pada Mama dan juga buat orang lain juga ya.
Nota:
Tindik telinga atau pakaikan cincin pada bayi memang boleh menyebabkan kebanyakan bayi tercekik. Ramai mak ayah tergesa-gesa untuk memakaikan anak-anak barang kemas. Seeloknya pakaikan mereka anting-anting bila anak sudah besar sedikit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...