Sekolah Pertama Dia Mengenali ABC Jadi Tempat Bermulanya Kerjaya Guru Ini

Cerita Ashibah June Binti Abu Hassan  setelah lulus dan disahkan berjaya bergelar seorang guru, perasaannya amat gembira. Kegembiraan itu bertambah apabila ketika pertama kali mengajar, dia diberi tanggungjawab mengajar anak murid di kampung kelahirannya sendiri.

Saya tidak dapat bayangkan perasaan pertama kali mengajar. Sangat teruja dan mencabar apabila diberi tanggungjawab yang besar kerana pada ketika itu saya mengajar dan mendidik anak-anak penduduk kampung sendiri.

“Melihatkan karenah anak murid membuatkan saya mengimbau semula kenangan lama ketika belajar di sekolah yang sama. Tidak sangka di sekolah pertama saya belajar di sekolah itu juga saya mula menabur khidmat bakti.

Sejak berada di alam persekolahan rendah lagi Ashibah June Binti Abu Hassan sudah tertarik hati dengan kerjaya sebagai seorang Guru. Tidak hairanlah setelah dewasa, wanita yang berasal dari Kampung Bohor Bahru, Mengkarak Bera, Pahang ini telah memilih kerjaya dalam bidang Pendidikan.

Sebenarnya kerjaya guru ini menjadi minat saya sejak kecil lagi. Bapa saya merupakan seorang pesara askar manakala arwah ibu ialah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Ibu dan bapa menyokong saya memilih kerjaya ini.

“Saya bermula sebagai seorang guru biasa. Kini saya diberi amanah memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM). Sejak awal tahun 2020 saya telah dihantar bertugas di Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan, Pahang.”

Sebagai seorang PK HEM di sekolah, sasaran Ashibah ialah dalam memastikan anak-anak didik menjadi seorang yang bersahsiah baik, berdisiplin, berketrampilan dan membantu dalam kebajikan serta bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan.

Tenangkan Murid Kematian Nenek 

Sebelum ini guru berusia 47 tahun ini pernah berkhidmat  tempat kelahirannya iaitu di Sekolah Kebangsaan Bohor Bahru. Namun setelah mendirikan rumah tangga, dia kemudiannya berpindah mengikut suami yang bekerja di Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang.

IKLAN

Sebelum berkhidmat di sekolah terbaharunya ini, Ashibah juga pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, dan Sekolah Kebangsaan Paya Bungor.

Banyak pengalaman yang telah dikutip oleh Ashibah sepanjang berkecimpung dalam bidang Pendidikan. Jika hendak dicerita satu persatu sudah pasti tidak terdaya dia mengimbaunya. Namun antara banyak pengalaman itu ada satu yang memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Antara pengalaman yang saya tidak akan lupa ialah apabila seorang murid kehilangan neneknya sebelum dia menduduki peperiksaan UPSR. Terasa amat sayu saya mendengar perkhabaran itu. Tidak dapat saya bayangkan kesedihan murid tersebut sebelum dia melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.

“Saya dan sahabat guru lain menenangkan anak murid ini supaya tabah dan kuat untuk meneruskan peperiksaan pada hari tersebut,” ujarnya lagi.

IKLAN
Guru Perlu Ilmu Pendidikan Yang Luas

Ashibah puas bergelar guru. Katanya lagi seorang guru akan berasa puas jika anak-anak didiknya dapat menguasai sesuatu pelajaran atau kemahiran yang boleh mereka zahirkan dalam kehidupan.

Bukan sahaja Pendidikan diberi untuk menjadikan mereka bijak dan mahir tetapi menjadikan mereka seorang yang beradab dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan.

“Pada pendapat saya, seorang insan yang mahu menjadi seorang guru atau pendidik harus mempunyai ilmu Pendidikan yang luas dalam zaman yang semakin mencabar pada masa kini.

“Perubahan dan perkembangan persekitaran yang semakin pesat menjadikan seorang guru itu lebih berusaha untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam Pendidikan.”

IKLAN

Sekolah Pertama Dia Mengenali ABC Jadi Tempat Bermulanya Kerjaya Guru Ini

Cabaran yang dihadapi sebagai guru memang tidak dapat dielakkan. Bagi Ashibah, cabaran sebagai seorang guru adalah menjadi seorang pendidik yang terbaik kepada anak-anak didik.

Guru merupakan idola mereka. Oleh itu guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan perubahan zaman yang semakin canggih.

“Cabaran saya sebagai PK HEM pula untuk membantu pihak sekolah terutama guru besar dalam dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah berjalan dengan baik dan berkesan.”

Apabila ditanya apakah pencapaian terbaiknya sebagai seorang guru, jawapan yang diberikan Ashibah boleh dijadikan sebagai panduan guru-guru lain.

Pencapaian terbaik saya sebagai seorang guru ialah apabila anak-anak didik dapat menguasai dan menggunakan ilmu yang diajar bukan sahaja untuk berjaya dalam peperiksaan tetapi dapat diterapkan dalam kehidupan dan masa hadapan mereka.

“Dalam jawatan yang disandang pula, kehadiran murid amat dititikberatkan. Sudah tentu peratusan tinggi kehadiran murid yang hadir ke sekolah merupakan satu kejayaan bagi diri saya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI