Sekian Lama Jaga Emak, Chef Wan Hiba Mak Ani Disahkan Kanser

Share

Chef Selebriti Terbaik Dunia, Chef Wan atau nama sebenarnya Dato’ Redzuawan Ismail ini dalam kesibukan mengurus perniagaan restoran terkemukanya. Anak ini tak pernah lelah menjaga ibunya, Mak Ani yang mengalami Dementia.

Bila mana ibunya disahkan mengalami kanser payudara mencecah usia 89 tahun, hati Chef Wan bertambah ‘retak’. Sungguh, ini ujian paling hebat untuknya lalui sebagai anak yang begitu menyayangi ibunya.

Alangkah beruntungnya nak-anak yang direzekikan peluang menjaga emak ayah lanjut usia. Biarpun bermacam ujian ditempuh, tentunya terselit kemanisan di sebalik dugaan tuhan.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh Chef Wan di dalam laman instagramnya. Akuinya semalam dia berada di Hospital Glenegles nak ambil result ujian mammogram yang dapat mengesan dan mengesahkan Mak Ani alami kanser payudara.

Terkejut saya bila doktor dapat kesan 2 ketulan besar dan ia sudahpun merebak sehingga ke kelenjar limfa mak

.”

Baca sini : Mak ayah, sila contohi kesabaran Chef Wan, jaga ibunya yang dah lanjut usia.

Bersama adik-beradik

Kesan 2 Ketulan Besar Pada Mak Ani

Beberapa hari lalu, Chef Wan ada memandikan ibunya. Setiap kali dia cuba menggosok bahagian itu dengan sabun, Mak Ani akan mengingatkan agar menggosok dengan lembut sebab ia menyakitkan.

Malah, Chef Wan sendiri membuat ujian memeriksa ketulan pada ibunya. Dia minta Mak Ani baring, dengan menggunakan tiga jari, Chef Wan mencari lokasi ketulan. Semakin dalam dia menekan bahagian yang dimaksudkan, semakin Chef Wan merasai ketulan daging atau tisu keras yang besar pada bahagian itu.

Alangkah terkejutnya Chef Wan.

Akuinya, biarpun dia bukan seorang doktor, dia tahu akan penyakit berkenaan. Kefahaman itu diperoleh menerusi pembacaan berkaitan kanser payudara, malah sesetengah informasi berkaitan penyakit ini didapati ketika menerima jemputan membuat demo masakan dalam mana-mana Minggu Kanser negara.

Bila saja dapat kesan ketulan pada Mak Ani, Chef Wan terus membawa ibu berjumpa doktor. Patah hati Chef Wan bila tahu emak sendiri menghidap kanser payudara.

Sebelum ini cuma dengar kisah sebegini dari kawan-kawan, ibu-ibu mereka malah dari cerita-cerita wayang tapi bila tiba ibu sendiri yang alami, hati saya benar-benar hiba

.”

Faktor Umur, Cuma Boleh Beri Ubat

Untuk proses seterusnya, doktor akan menjalankan Pemeriksaan Imbasan CT (CT Scan) untuk mengesan sama ada kanser dah merebak ke beberapa tempat di tubuh ibunya atau sebaliknya.

Bagaimanapun, dengan faktor usia dan saiz tumor yang agak besar, Mak Ani tak boleh menjalani kemoterapi ataupun pembedahan.

Biopsi payudara juga bukan satu pilihan yang boleh dilakukan, memandangkan ianya terlalu menyakitkan untuk Mak Ani yang sudahpun berusia. Malah, tumor yang ada juga terlalu besar.

Apa yang doktor boleh lakukan adalah dengan memberikan ubat-ubatan. Agar usaha itu dapat mengecutkan tumor berkenaan.

Apa pun Isnin ini selepas CT Scan.. ujian darah yang mana saya kan bawa emak esok.. akan membantu kami memahami dengan lebih lanjut.

Biarpun saya bersedih bagi emak saya malah keluarga saya, namun saya perlu jadi lebih kuat menerima ujian hebat ini dan harunginya hingga ke akhirnya.”

Sesekali Chef Wan bawa Mak Ani ke restoran mewah miliknya.

Mak Ani Bakal Sambut Ulang Tahun Ke-89

Paling penting, saya akan menjaga dan merawat ibu dengan sebaiknya dengan sehabis daya yang mampu.”

Mencurahkan emak dengan kasih sayang, dan memberi keselesaan sehingga ke hujung nafas emak.”

Chef Wan juga memohon agar Allah memberinya kekuatan menghadapi momen paling sedih dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Chef Wan teramat bersyukur kerana Allah memberi keberkatan untuknya menjaga emak selama emaknya masih bernafas.

Chef Wan akur, suatu hari nanti Mak Ani akan meninggalkannya juga. Malah, dalam dua minggu lagi, Mak Ani akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke 90 tahun.

Jika menurut chinese she already 90 years old.
9 bulan dalam perut tu.
I didn’t sleep all nite.” Luah Chef Wan sebak.

MW : Semoga Allah memberi kekuatan hati untuk Chef Wan dan memudahkan urusan Chef Wan serta Mak Ani

Sumber/Foto : Chef Wan

IKLAN