Sehari Saja Transform Rumah Sewa Jadi Wow! Lepas Tular Ubah Pula Kediaman Orang Lain Guna Bajet RM1000

Cantik kediaman yang MW kongsikan ini. Pemiliknya banyak gunakan perabot terpakai saja. Dia dan suami cuma ambil masa sehari transform rumah sewanya jadi wow! Lepas postingnya jadi tular. Dia bantu pula ubah kediaman orang lain dengan kos paling bajet iaitu RM1000.

Itulah istimewanya cerita dekorasi rumah yang disewa keluarga kecil Siti Zakirah Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Mc’Yah ini.

Ibu anak tiga dari Besut Terengganu rupanya ada ‘tangan emas’. Lagi-lagi kalau dikaitkan dengan kelebihan mendeko kediaman. Sebabnya tak perlu keluar duit berpuluh-puluh ribu pun, kediamannya bertukar rupa menjadi cantik.

Perabot semua terpakai, kecuali rak kasut dan meja makan saja saya beli di Ikea. Dekorasi rumah saya banyak yang campur-campur.

Idea sepenuhnya dari saya. Tanpa sebarang google atau tiruvasi.” Tutur pengasas syarikat 9088 Legacy Sdn Bhd ini.

 

Cuma Satu Hari

Kerja-kerja dekorasi dilakukan sendiri olehnya dan suami. “Cuma cat saja minta bantuan team kerja suami. Ada 2 orang. Termasuk saya 4 orang.”

IKLAN

Keseluruhannya siap dalam tempoh 24 jam saja. Cuma bilik lama sikit sebab vanity mirror suami DIY sendiri.

Jadi enjak 3 ke 4 hari sementara tunggu vanity mirror siap.”

Tuturnya lagi ketika dihubungi, kerja-kerja mendekor bermula seawal 8 pagi dan selesai jam 2 pagi keesokan harinya. “Sebaik cat kering, terus tampal apa yang nak dideko.”

Mc’Yah mula mengias pada bahagian ruang tamu, ke ruang makan, ke ruang laundry. Seterusnya bilik dan akhir sekali luar rumah.

IKLAN

Jelas ibu 3 orang anak berusia 27 tahun ini, kos renovation keseluruhan sebanyak RM3,000.

 

Transform Rumah Orang Lain Bermodal RM1K

Sebaik selesai mengubah kediaman rumah sewa, Mc’Yah berkongsi kisah di grup dekorasi. Postnya menjadi tular dan ramai mula menghubunginya.

IKLAN

Selepas post tu, ramai minta saya tolong design kan rumah mereka. Dengan kos yang memang bajet.”

Inilah akhirnya saya bantu kakak ini transform rumah dia. Modalnya RM1K. Dia nak sebiji macam rumah saya dengan modal sebegitu. Saya buat semampunya untuk kakak tu.”

Yang paling menarik, Mc’Yah juga cuma perlukan sehari saja transform kediaman kakak yang dibantunya.

Kebetulan kedai perabot terpakai dekat je dengan rumah dia. Saya belikan kat situ. Perabot lama saya cat putih untuk dia.

Cuma saya tak boleh tukar banyak sangat dan letak banyak aksesori. Sebabnya dia memang tak ada bajet.” Dengan kreativiti yang ada, maka terhasillah kediaman cantik lagi selesa mata memandang.

Sumber/Foto : Mcyah Joanjett