‘Sehabis Sopan Mak Marah..’ Sesak Dada, Bonda Rozita Tegur Aliff Syukri

Share

Sebak luahan pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim ini, “kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak, keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.”

Tak tahan dengan isu yang ditimbulkan anaknya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, sehingga membuatkan netizen mengecam, Bonda Rozita memuatnaik teguran secara terbuka untuk anak di instagramnya.

 

 

Tulis Bonda Rozita, “Geram dah tak sabar.”

Letih sesak dada Mak dah. Tak payah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau tak tahan sangat.. sudahhh lah Kri, tak sanggup nak tengok orang kutuk Kri..!!”

Ianya berentetan daripada video nyanyian dengan gimik menangis air mata darah yang dikongsikan Datuk Aliff Syukri di laman instagramnya semalam.

Sambung Bonda Rozita, “..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sangat ke ..? Mak rela masuk utan dari tengok IG atau lagu ko Kri. Tak terhibur pun, rela Mak panggil Jamal Abdillah atau Hattan dari dengar suara ko.”

Yang menangis-nangis air mata darah..!! Apa hal pulak .. ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial.. Maaf ya Kri.. tak sesudah perangai ko kan, mak dah penat tengok komen orang ‘tak reti ajar anak

Kalau kecik-kecik boleh aku piat, aku kurung ko Syukri, kalau dah besar panjang macam ni ko yang kurung aku balik..!! Sebab ko kuat.”

Sampai Keluar Air Mata Nanah Pun Tetap Buat Juga

“Bukan mak tak sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah. Sampai keluar air mata nanah pun Mak Kri buat gak.. Netizen tak kenal pun keluarga kita macam mana..!! Sedap mereka cakap pasal Kri , sebab Kri yang mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga, jangan lah buat perangai yang bukan-bukan

.

Satu-satu.. seronok ko je kan..! Macam-macam Kri buat bukan alasan Disleksia ke Akasia ke “Mak dan kami kena bahananya” Selama ni mak nasihatkan dekat, mak panggil, ko cakap bersemuka elok-elok “Kri jawab baik sangat, cakap sayang Mak dan ikut cakap Mak” lepas tu buat lagi.

Kri sangat baik dengan Mak, suka gurau, jaga Mak, korban apa saja, tapi jangan buat macam ni kat orang awam. Umur dah 30an, daripada kecik susah dengar cakap Mak. Dah tua makin menjadi-jadi ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni memang mak sangat-sangat marah sebab mak tak sanggup nak dengar lagi orang komen negatif tentang kamu Syukri..!!”

 

Sebelumnya, Datuk Seri Aliff Syukri ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dirinya mendera anak angkat perempuan yang berusia dua tahun.

Bagaimana pun, Aliff kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

MW : Ibu mana yang tak sayangkan anak, dan percayalah setiap teguran seorang ibu tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk memastikan anaknya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Baca sini : Bonda Rozita Ibrahim kongsi gambar anak-anak waktu di rumah sewa mereka. ‘lihat dan bersama saya lalui kesusahan’

Sumber/Foto : Rozita JRM Official

IKLAN